28 February 2022

Resepi Ikan Siakap Sambal Masam Manis Bersama Nanas

Agak lama tak menulis di blog ini. Pembukaan untuk penulisan ini aku nak share resepi  senang  iaitu resepi ikan siakap sambal masam manis bersama nanas. Resepi ni macam yang makan di kedai tu. Mungkin lagi sedap sebab aku masak dengan kasih sayang untuk famili tercinta.

Resepi Ikan Siakap Sambal Masam Manis Bersama Nanas
Resepi Ikan Siakap Sambal Masam Manis Bersama Nanas

Ikan siakap masak gaya begini kalau tempah makan di restoran, tak tebal poket janganlah berani nak makan. Apatah lagi kalau di testoran lima bintang. Mahal ya amat. Padahal nak membuatnya senang je. Ini aku bagi resepi cara aku yang mudah-mudah je.

Sedikit info, ikan siakap atau juga dikenali sebagai ikan Kakap Putih, merupakan ikan air tawar dan air masin. Ooo aku tau ikan ni ada di sungai dan laut. Ingatkan hidup di laut je. Ikan yang sinonim untuk masakan bergoreng dan kukus. Banyak resepi yang boleh di buat dengan ikan ni. Salah satunya adalah resepi ikan siakap sambal masam manis bersama nanas. Ok, jom kita belek resepi ya!

Resepi Ikan Siakap Sambal Masam Manis Bersama Nanas

Bahan-bahan resepi ikan siakap sambal masam  manis bersama nanas:

1 ekor ikan siakap sederhana besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
3 sudu makan sos tomato
3 sudu makan sos cili
3 sudu makan sos tiram
1/2 cawan air
1 biji cili merah
3 - 5 biji cili api jika suka
1 biji tomato
1 sudu makan tepung jagung
1 sudu teh serbuk kunyit
1 cawan potongan nanas dadu
2 sudu makan gula pasir
Garam seckup rasa
Minyak masak secukupnya
Sedikit daun sup atau daun bawang untuk hiasan

Cara membuat  ikan siakap sambal masam  manis bersama nanas:

Mula-mula buat sira nanas bergula terlebih dahulu dengan merebus nanas dadu bersama air dan gula pasir. Didihkan hanya sebentar. Setelah mendidih bolehlah diangkat dan ketepikan.

Bersihkan ikan siakap,  lumur keseluruhan ikan dengan tepung jagung, serbuk kunyit dan garam. Seterusnya goreng ikan menggunakan minyak yang banyak sehingga masak dan kuning keemasan.

Sementara itu, hiris bawang merah, bawang putih dan halia. Cili merah dan cili api juga dihiris halus. Tomato dipotong baji. Jangan lupa daun bawang atau daun sup juga dihiris.

Angkat ikan siakap dan terus letakkan dalam pinggan hidangan. Keluarkan minyak dari kuali dan tinggalkan dua sudu makan minyak bagi menumis bahan yang dihiris iaitu bawang merah, bawang putih dan halia sehingga wangi.

Sesudah itu masukkan sos tomato, sos cili dan juga sos tiram. Kacau sehingga mendidih. Seterusnya masukkan cili merah dan cili api yang dihiris tadi. Juga daun sup atau daun bawang. Tinggalkan sedikit sebagai hiasan untuk di tabur diatas hidangan nanti jika suka.

Akhir sekali masukkan nanas bergula tadi bersama airnya sekali. Masukkan juga tomato. Kacau rata, perasakan dengan garam secukup rasa, bolehlah ditutup api dapur.

Curahkan kuah sos masam manis bersama nanas diatas ikan. Hiaskan iaitu tabur cili merah, cili api dan daun bawang ataupun daun sup keatas hidangan ikan siakap. Siap :)

Inilah salah satu masakan yang suami dan anak-anak bagi rating bintang penuh iaitu 5 bintang. Tak perlu makan di restoran kayangan, Makan ikan siakap sambal masam manis bersama nanas di rumah lagi puashati. Habis tulang temulang ikan dengan rempah-ratus serta sos di kikis licin. Alhamdulillah, kenyang dan puashati.

p/s: Selagi ada permintaan anak-anak dan suami akan buat lagi nanti, siapkan lah saja bahannya... hehe!



No comments:

Post a Comment

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...