31 January 2022

Melangkah Tahun 2022 Dalam Kesamaran Kehidupan

Pergh, tajuk gempak gituuu..!!! Sebenarnya aku dah kehilangan mood untuk menguruskan waktu dalam berblogging ni. Plus, blog pun dah kekurangan lagu dan iramanya dek banyak sangat ritma  terkini dari pemacu blogger. Sungguh memeningkan kepala dan  menyesakkan pemikiran di buatnya Memang dalam kesamaran kehidupan dibuatnya. Menggagau di celah samar-samar mata pun iya jugak. Aduhh, letih betul jadinya!

Senja Di Kg Jalan Kebun


Oleh kerana itu, blog lambat loading dan bounce rate jadi tinggi. Akibatnya pageview jatuh merudum gila-gila. Itu yang jadi tak seronok bila tengok macam dah tak ada value blog ni. Memang dah rancang nak tukar template tapi tak berani buat sendiri takut timbul error yang bukan-bukan. Nanti jadi tikus membaiki labu pula. Bukan senang nak buat sendiri kena baca,  study untuk buat dan semak coding betul-betul. Hmmm..!

Aku dah panggil dan nak upah orang yang pakar dalam hal ni buatkan tapi dia tak ada masa nak buat pula. Bukan tak nak cari orang lain tapi dia pernah berkerjasama dengan blog ni dulu. Jadi ingat lebih memudahkan. Entahlah, setelah sekian lama masih tak dapat tau bila dia mula nak buat ni. Kena cari orang lain yang buatkan agaknya. Apapun tengah berfikir untuk mencari seseorang lain yang sesuai ... huh!

Kadang-kadang terfikir, nak stop blogging ke? Tapi aku sayang blog ni. Banyak dan sangat berjasa blog aku ni. Nanti hilang rasa dan hilang jiwa pula kalau aku terus berhenti menulis aka berblogging ni. Apapun insya'allah aku akan cuba mengayuh pelan-pelan mengharungi dan melayari dunia blogging ni. Walau tak macam dulu tapi tetap ada di dunia blog 

p/s: Secebis nukilan jiwa di awal tahun 2022

2 comments:

  1. Amboi! tajuk hahaha
    Samalah bab coding ni Mrs. A serammmm serahkan ajelah pada yang pakar cuma siapkan kepala agong dulu

    ReplyDelete
  2. dunia blogging agak suram kini tapi masih ada yang memeriahkannya. semoga mood blogging akan kembali sis. chaiyok!

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...