Melihat pokok kaduk tumbuh merimbun di laman kebun, tergerak hati nak mencuba
membuat miang kham iaitu sejenis makanan Thai yang menggunakan daun kaduk
sebagai bahan utama. Aku tak pernah makan pun sebelum ni. Cuma pernah tengok
gambar dan resepi di media sosial jer. Kata orang rasanya memukau rasa.
Resepi Miang Kham Yang Terasa Bagaikan Dah Sampai Ke Thailand Gittuh!
Teruja jugalah nak buat miangkham ni. Salah satu sebab cara makannya yang unik
sangat. Caranya selepas disediakan bahan-bahan yang kebanyakannya mentah,
masukkannya dalam daun kaduk bersama sos, lipat dan kunyah lumat baru di
telan. Macam makan sirih kaedahnya.
Sos miang khamnya ni aku campur sos buatan sendiri dengan sos miang kham yang
beli di laman shopee. Nak makan hanya dengan sos 'readymade' tu susah sikit
sebab terlalu cair. Sos buatan sendiri pula pekat. Apabila di campur keduanya,
barulah aku dapat tekstur dan rasa yang sesuai di tekak, akulah, hehe!
Resepi Miang Kham Yang Terasa Bagaikan Dah Sampai Ke Thailand Gittuh!
Bahan-bahan resepi miang kham:
Daun kaduk
Kacang tanah
Udang kering
Kelapa parut
Halia
Bawang besar
Cili api
Limau nipis/kasturi
Cara membuat miang kham:
Daun kaduk dibasuh bersih dan dikeringkan. Limau nipis/kasturi dipotong kecil.
Cili api juga dipotong kecil dan nipis. Juga bawang besar dipotong dadu
kecil-kecil.
Kacang tanah disangai, dibuang kulit dan ditumbuk kasar. Udang kering direndam
sebentar kemudian di sangai.Begitu juga kelapa parut disangai sehingga
berwarna keperangan.
Bahan membuat sos miang kham:
Seketul gula melaka
Seketul (besar ibu jari) belacan
2 sudu gula putih
2 batang serai
Sedikit air
Sedikit tepung jagung
Cara membuat sos miang kham:
Serai di tumbuk/kisar lumat. Campurkan kesemua bahan seperti gula melaka,
belacan, gula putih, serai dan air secukupnya.
Masak di atas dapur sampai menjadi pekat seperti tekstur madu. Letak sedikit
tepung jagung jika perlu untuk menjadikan ia likat.
Cara makan miang kham:
Gulung daun kaduk seperti sarung. Letakkan semua bahan dalam secubit satu
bahan seperti kelapa parut, udang kering, cili api, kacang tanah, halia, limau
nipis/kasturi, bawang besar dan cili padi.
Akhir sekali letakkan sos dan balut seperti memakan gobek sirih dan terus
masukkan ke dalam mulut dan kunyah.
Resepi Miang Kham Buat Kali Kedua
Mula makan memang terasa pelik akan rasanya yang unik pelbagai perisa tu.
Serius sedap jugalah. Rasa yang berlainan dari apa juga yang lain pernah
dirasai.
Pokok kaduk tumbuh merimbun subur di tepi rumah. Memang akan buat berulang
kali lah ni. Terasa bagai berada di negara gajah putih, negara Thailand la
tuuuu!
Nak dapatkan pelbagai resepi menarik di blog ni, klik link
SINI
p/s: satu resepi ni aku buat 2 kali makan selang 2 hari. Teringat-teringat
juga ni nak buat lagi.
sedap tuu. fav.. tq share
ReplyDeletesignboard
signboard design
wow! nampak sedap. bolehlah cuba nanti.
ReplyDelete