Susah sungguh untuk kurus tapi mudahnya jadi gemuk. Ramai yang mengalami
masaalah ini namun nak merungkai misteri mudahnya jadi gemuk tak terjawab
sedangkan telah menggunakan pelbagai pendekatan yang berbeza.
7 Sebab Mudahnya Jadi Gemuk Tapi Susahnya Untuk Kurus Yang Perlu Di Ketahui
Pada yang masih gagal menurunkan berat badan berlebihan itu sepatutnya mungkin
perlu tahu ada kemungkinan terdapat penyebab di sebalik kegemukan yang di
alami atau sebab mudahnya jadi gemuk.. Ia bukan sekadar melibatkan makanan dan
minuman sahaja kerana gaya hidup anda juga ada memainkan peranan yang penting.
Untuk pengetahuan anda, ada segolongan mereka yang mungkin lebih
berisiko mengalami masalah berat badan dan mudahnya jadi gemuk serta susahnya
untuk kurus ekoran beberapa faktor yang di kenalpasti. Jom kita kupas
permasalahan ini ya!
7 Sebab Mudahnya Jadi Gemuk Tapi Susahnya Untuk Kurus Yang Perlu Di Ketahui
#1 Genetik
Obesiti dan genetik memang saling berkait rapat dan kajian menunjukkan bahawa individu dengan ibu bapa yang obes lebih tinggi risiko untuk mengalami masalah kegemukan.Ini bermakna mereka ini mungkin berada di dalam ‘zon merah’ untuk menjadi gemuk jika ibu bapa anda juga mempunyai berat badan berlebihan akibat genetik itu sendiri.
Namun, ini bukanlah bermakna bahawa anda pasti akan mendapat masalah berat badan jika ibu bapa anda mengalaminya kerana faktor lain juga akan juga menjadi penyebabnya.
#2 Hormon Insulin
Selain genetik, hormon insulin yang berfungsimengawal simpanan tenaga juga akan mempengaruhi berat badan dan jika ia tidak stabil, boleh jadi kegemukan.Ini kerana salah satu daripada fungsi insulin adalah untuk mengawal sel lemak dan membuat ia terkumpul sedangkan sudah terdapat sejumlah lemak yang dibawa.
Untuk mengelakkan hormon ini mempengaruhi berat badan, sila kurangkan karbohidrat dan lebihkan serat bagi memastikan berat badan anda terkawal.
#3 Hormon Leptin
Leptin adalah antara hormon lain yang boleh menyebabkan kegemukan ekoran
fungsinya untuk mengawal rasa lapar dan dahaga boleh mengalami kerosakan.
Dalam tubuh badan orang yang sihat, hormon leptin mampu berfungsi dengan baik lantas membuat otak cepat tangkap akan kandungan lemak dalam badan.
Tubuh badan orang obesiti pula, mereka cenderung rintang terhadap hormon leptin lantas membuat otak tidak dapat memproses maklumat ini.
Namun ketahuilah bahawa ubatan tertentu seperti antidepresen, antipsikotik dan diabetesb boleh mendatangkan kesan sampingan khususnya pertambahan berat badan.
Ini kerana ubatan ini boleh mengurangkan kadar metabolik dan meningkatkan selera makan. Jadi, sila ambil jika perlu hanya dengan saranan doktor sahaja.
Dalam tubuh badan orang yang sihat, hormon leptin mampu berfungsi dengan baik lantas membuat otak cepat tangkap akan kandungan lemak dalam badan.
Tubuh badan orang obesiti pula, mereka cenderung rintang terhadap hormon leptin lantas membuat otak tidak dapat memproses maklumat ini.
#4 Pengambilan Ubatan Tertentu
Jika anda ada keadaan kesihatan tertentu, adalah penting untuk kalian mengambil ubatan untuk merawat kondisi tersebut berdasarkan preskripsi doktor.Namun ketahuilah bahawa ubatan tertentu seperti antidepresen, antipsikotik dan diabetesb boleh mendatangkan kesan sampingan khususnya pertambahan berat badan.
Ini kerana ubatan ini boleh mengurangkan kadar metabolik dan meningkatkan selera makan. Jadi, sila ambil jika perlu hanya dengan saranan doktor sahaja.
#5 Tabiat Makan Sejak Kecil
Jika anda lihat secara umum, ramai dalam kalangan individu yang ada masalah berat badan cenderung untuk gemuk sejak daripada kecil dan bukan tiba-tiba sahaja.Ini disebabkan oleh tabiat makan sejak kecil yang gemarkan makanan ringan serta makanan segera akibat terpedaya dengan pengiklanan pihak tidak bertanggungjawab.
Oleh itu, ibu bapa perlu lebih peka dan tegas terhadap pemilihan pemakanan anak sejak mereka masih kecil lagi agar masalah kegemukan dapat dibendung daripada awal.
#6 Hanya Elak Lemak Tetapi Bukan Gula
Ramai yang percaya bahawa untuk menurunkan berat badan, anda perlu kurangkan mengambil makanan yang berunsur lemak. Ya, anda mungkin betul mengenainya.Namun tidak ramai yang tahu bahawa bukan lemak sahaja yang membawa kepada masalah ini, tetapi gula juga turut akan mendatangkan kesan sama bahkan lebih buruk.
Ini kerana pengambilan gula yang tinggi mampu mengubah biokimia dalam tubuh badan lantas menyebabkan masalah seperti obesiti dan lebih teruk lagi, kencing manis.
#7 Informasi Yang Tidak Tepat
Akhir sekali, punca kenapa badan cepat gemuk sebenarnya didalangi oleh
informasi yang tidak tepat disebar dan diedar melalui rangkaian-rangkaian
media sosial.
Ada pihak yang menggunakan media sosial untuk menyebarkan informasi yang salah mengenai sesuatu jenis makanan atau minuman hanya untuk tujuan pengiklanan.
Akibatnya, mereka yang mudah terpedaya cenderung untuk percaya dengan maklumat-maklumat ini lantas tidak lagi mengikut saranan diet sihat untuk tubuh badan.
Usahlah lagi menyalahkan mereka yang mempunyai masalah berat badan sebagai tiada motivasi untuk menjaga kesihatan bagi mengelakkan kegemukan kerana ia mungkin bukan salah diri mereka sendiri. Susahnya untuk kurus sendir yang rasa.
Mungkin ada individu yang tidak boleh mengawal masaalah kegemukan tersebut angkara faktor biologikal dan lantas membuat ia menjadi sukar untuk diuruskan.
Namun dengan motivasi yang tinggi masaalah kegemukan @ mudahnya jadi gemuk ini pasti boleh di atasi dengan melakukan perubahan gaya hidup, pemakanan dan senaman yang berterusan. "Nak seribu daya... Bak kata satu pepatah lama tu. Kan!
Nak dapatkan lebih informasi di blog ni, klik SINI
p/s: Jom ubah diri menjadi lebih positif dan hindarkan vibe negatif jauh-jauh yer!

Sumber : Hellodoktordotcom
ammi nak kurus tapi no. 6 tu tak dapat dielakkan huhu
ReplyDelete