12 August 2021

Tanaman Cincau Hitam Dari Kebun Tepi Rumah Dan Cara Buat Cincau Sendiri Yang Bersih Serta Halal

Cincau hitam sedap di masukkan dalam air sirap, air bandung dan berbagai minuman sedap. Ramai yang tak tahu cincau hitam sebenarnya di proses dari sejenis pokok herba. Pokok cincau hitam adalah pokok herba menjalar yang kecil, seakan-akan pokok pudina tetapi tidak mempunyai bau dan rasa.

Tanaman Cincau Hitam Dari Kebun Tepi Rumah
Tanaman Cincau Hitam Dari Kebun Tepi Rumah

Pokok cincau hitam atau nama saintifiknya Platostoma palustre tergolong dalam famili lamiaceace. Pokok cincau lebih sinonim dengan nama Mesona chinensis dan Mesona palustris. Pembiakkan pokok cincau hitam sangat mudah iaitu hanya menggunakan keratan batang atau keratan pucuk.

Menurut rujukan, daun cincau telah digunakan untuk membuat makanan pencuci mulut ( jeli ) dan minuman oleh orang Cina selama berabad-abad lamanya. Air Cincau dianggap mempunyai kesan bagi menyejukkan badan. Dalam perubatan kaum Cina, tumbuhan cincau hitam  ini digunakan sebagai ubat herba untuk penyakit hati, hipertensi, diabetes dan kesakitan sendi. Selain itu, ekstrak tumbuhan cincau hitam  ini mempunyai aktiviti antioksidan yang kuat. 



Aku tanam beberapa bekas pokok cincau hitam di dalam botol besar yang dijadikan pasu. Telah beberapa kali dituai, dijemur untuk mengeringkan daunnya. Setelah itu cincau hitam barulah diproses untuk dijadikan cincau yang sedap berbentuk jeli untuk dimasukkan dalam minuman berperisa seperti air sirap, air bandung, air batu campur dan bermacam-macam air lagi.

Resepi Buat Jeli Cincau Dari Tanaman Pokok Cincau Hitam

Bahan-bahan untuk membuat jeli cincau hitam:

10gm daun cincau hitam kering
3gm soda bikarbonat
10gm tepung jagung atau tepung ubi
1000ml air biasa (1 liter)

Cara membuat dan memproses jeli cincau hitam:

Soda bikarbonat disangai terlebih dahulu sebelum digunakan. Selepas itu rendam daun cincau bersama 400ml air dan soda bikarbonat tadi.

Seeloknya rendam semalaman atau sekurang2nya selama 3 - 6 jam. Rebus pula rendaman ini sampai daun-daun cincau hancur.

Tapis air rebusan, ambil airnya dan ketepikan. Masukkan semula hampas cincau dalam bekas bersama 550ml air dan ramas dan  untuk mengeluarkan lebihan pati cincau. 

Bancuh tepung jagung/ubi dan masukkan dalam campuran pati cincau. Masak pati cincau hingga betul-betul mendidih. Setelah itu tuang ke dalam bekas dan tunggu sehingga sejuk. Siap dah.

Aktiviti Menjemur DaunCincau Hitam Dari Kebun Tepi Rumah
Aktiviti Menjemur DaunCincau Hitam Dari Kebun Tepi Rumah

Setelah siap dan sejuk, rupanya seperti agar-agar berwarna hitam. Boleh di potong-potong kecil dan di masukkan dalam minuman sejuk kegemaran. Bolehlah menikmati jeli cincau hitam buat sendiri yang bersih serta halal.

Nak mendapatkan pelbagai resepi menarik di blog ini, klik SINI

p/s: Kalau nak buat air cincau sahaja, pati cincau hitam di buat dengan merebus daun cincau dengan gula bersama daun pandan dan tanpa letak tepung jagung atau tepung ubi. Jadilah air pati cincau hitam yang sedap di minum bersama jeli cincau hitam. 

3 comments:

  1. wahhhh mcm tu ke buat cincau!!

    ReplyDelete
  2. Dekat rumah pun ada pokok cincau. 2 kali mak aya cuba buat cincau. sudahnya tak pejal mcm beli pun hahaha sedap air diaaa suka sangatt!

    ReplyDelete
  3. macam ni rupa pokok cincau, masyaa allah.. baru pertama kali kak ana nampak ni , proses nak masak cincau ni rumit juga ye.. terima kasih atas perkongsian.. kalaua dekat nak kak ana minta batangnya hehe :)

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...