30 August 2021

Resepi Masak Lemak Cili Api Udang Bersama Keladi Lambuk, Menyelerakan Tuh!

Masakan masak lemak cili api sentiasa menjadi kesukaan en. suami. Jadi aku kena selalu kreatif mempelbagaikan lauk gandingan masak lemak cili api itu. Kali ni aku buat masak lemak cili api udang bersama keladi lambuk.

Resepi Masak Lemak Cili Api Udang Bersama Keladi Lambuk, Menyelerakan Tuh!
Resepi Masak Lemak Cili Api Udang Bersama Keladi Lambuk, Menyelerakan Tuh!

Apa itu keladi lambuk? Tak sama dengan bubur lambuk tau. Dan juga bukan salah satu bahan untuk mebuat bubur lambuk tu. Keladi lambuk atau juga di panggil keladi kemumu  merupakan sejenis tumbuhan daripada keluarga arecaceae yang tumbuh dikawasan tanah subur yang agak lembab di negara kita.



Keladi lambuk ini agak berlainan kerana ia boleh dijadikan ulaman yang sedap dan juga boleh dimasak sebagai sayur. Antara lauk sayur yang boleh di masak dengan batang keladi lambuk ini adalah masak lemak cili api, asam pedas, goreng belacan. 

Sayur batang keladi lambuk ini juga paling sedap di buat ulam cicah dengan sambal tempoyak, sambal kelapa dan juga sambal budu.Pergh, bila tengah makan boleh tak perasan orang keliling tau. Oh ya, poko keladi lambuk ini aku tanam di laman kebun tepi rumah. Terasa nak masak dan makan atau buat ulam, petik saja.

Pokok Keladi Lambuk Di Laman Kebun
Pokok Keladi Lambuk Di Laman Kebun

Untuk resepi kali ini aku buat resepi masak lemak cili api udang bersama keladi lambuk. Ia adalah satu gandingan yang serasi dan pastinya bertambah-tambah makan dek keenakannya yang menyelerakan. Jom kita kongsi resepinya ya!

Resepi Masak Lemak Cili Api Udang Bersama Keladi Lambuk, Menyelerakan Tuh!

Bahan-bahan masakan masak lemak cili api udang bersama keladi lambuk:

15 ekor udang sederhana besar
3 batang keladi lambuk
2 cawan santan pekat
17 biji cili api
1 inci isi kunyit (besar ibu jari)
2 biji bawang merah (kecil)
1 batang serai
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara membuat masakan masak lemak cili api udang bersama keladi lambuk:

Udang di buang kepala dan ekornya dan di bersihkan. Ketepikan. Keladi lambuk di siat kulitnya, di potong serong kecil, di cucu bersih dan di ramas sedikit untuk membuang air dari batangnya.

Cili api di tumbuk bersama isi kunyit hingga lumat. Setelah itu tumbuk lagi bersama bawang merah dan bawang putih sserta serai di titik hujungnya.

Selepas tu masukkan bahan tumbuk kedalam periuk bersama serai. Masukkan secawan santan pekat dan secawan air. Didihkan periuk bersama bahan-bahan tumbuk. Seterusnya masukkan keladi lambuk dan udang bersama.

Sentiasa kacau bahan di dalam periuk untuk mengelakkan santan berketul dan pecah minyak. Setelah mendidih masukkan secawan lagi santan serta perasakan dengan garam dan gula. Kalau nak lebih berkuah, boleh tambah lagi air.

Masukkan garam dan gula sedikit demi sedikit sambil merasa bahan masakan untuk memastikan mendapat rasa yang bersesuaian.

Lauk ini sedap di makan bersama nasi panas berserta sambal belacan, ulaman dan di tambah pula dengan ikan tenggiri masin jeruk. Huh, menyelerakan tuh!

Walau aku alergik dengan udang tapi di sebabkan lauk sedap, gagah juga makan seekor dua. Lebihnya aku banyak makan sayur keladi lambuk sajalah. Udang yang tergolek-golek dalam periuk tu biar anak-anak dengan en. suami habiskan... Gittuh!

Nak dapatkan pelbagai resepi masakan kampung yang menyelerakan boleh klik SINI yer!

p/s: Sayur keladi paling unik sebab boleh buat ulam adalah keladi lambuk. Jangan silap pokok keladi sudah, nanti gatal kerongkong tak tentu pasal... hihi!

1 comment:

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...