Seetengah orang ada yang mempunyai jenis bentuk badan epal, dan ada juga disebut sebagai bentuk badan pir. Ada juga yang sangat bernasib baik mempunyai bentuk badan seperit jam pasir yang melengkuk cantik.Selain itu juga ada yang bentuk seperti segitiga terbalik juga kurus seperti pembaris. Raikanlah perbezaaannya, kan!
Apakah maksud disebalik setiap jenis bentuk badan manusia ini dan apakah bentuk badan ideal yang sempurna. Terdapat banyak kategori yang menentukan bentuk badan manusia secara umumnya. Antaranya ialah faktor jantina, umur, genetik dan juga gaya hidup yang di amalkan.
Ada sesetengah orang yang makan banyak, tetapi susah untuk mengalami kenaikan berat badan. Ada yang hanya makan sedikit tetapi mudah untuk bertambah berat badan. Ini ialah contoh bagaimana beberapa faktor boleh mempengaruhi bentuk badan seseorang individu.
Kenali Bentuk Badan Ideal Anda, Epal, Pir, Atau Pembaris? Setiap Bentuk Ada Maksud Rupanya....
Secara umumnya, bentuk badan manusia boleh dikelaskan mengikut beberapa jenis bentuk badan tertentu. Jom semak informasi ini untuk menambakan ilmu...
#1 Bentuk Badan Buah Epal
Kaum lelaki lebih kerap mempunyai bentuk badan seperti buah epal ini. Bagi bentuk badan manusia ini, bahagian badan atau abdomen kelihatan lebih bulat selain mempunyai saiz pinggang yang lebih besar. Ini disebabkan pengumpulan lemak yang lebih tertumpu di bahagian badan sahaja. Bentuk badan seperti ini mempunyai risiko kesihatan yang paling tinggi berbanding bentuk tubuh ideal yang lain.
Pinggang yang lebih besar dan lebar mungkin menandakan risiko yang lebih tinggi untuk mendapat penyakit berkaitan jantung. Selain itu, anda juga berisiko untuk mengalami penyakit kardiovaskular, diabetes dan juga kanser.
Anda perlu mengurangkan berat badan dengan segera dengan melakukan senaman dan mengamalkan diet yang sihat. Makan lebih banyak buah-buahan, sayuran dan juga protein tanpa lemak.
#2 Bentuk Badan Buah Pir
Bagi mereka yang mempunyai bentuk badan seperti ini, saiz bahu dan juga dada lebih kecil berbanding bahagian pinggul dan juga pinggang. Ada kajian menyatakan bahawa, lemak yang berada lebih banyak di bahagian punggung dan juga pinggang boleh mengurangkan risiko seseorang untuk mendapat penyakit jantung. Namun, ada juga kajian yang menunjukkan hasil dapatan yang sebaliknya.
Bagi mereka yang mempunyai berat badan berlebihan, adalah lebih baik untuk menghilangkan lemak badan di mana-mana bahagian tubuh sekalipun. Sentiasa amalkan pemakanan yang sihat dan bersenam setiap hari. Ini kerana, lemak di tubuh bahagian bawah lebih sukar untuk disingkirkan berbanding lemak di bahagian atas.
#3 Bentuk Badan Pembaris
Ia disebut sebagai bentuk badan pembaris disebabkan bentuk badan yang kelihatan sekata tanpa sebarang bentuk melengkung yang jelas. Saiz bagi bahagian dada dan juga pinggang juga adalah sama. Anda tidak semestinya seorang yang kurus untuk memiliki bentuk badan jenis ini.
Ada juga mereka yang obes mempunyai bentuk badan pembaris ini. Namun, kebanyakan daripada mereka yang mempunyai bentuk badan seperti ini mempunyai masalah kekurangan berat badan. Bagi wanita yang mempunyai bentuk badan seperti ini, anda berisiko tinggi untuk mempunyai masalah berkaitan tekanan, haid dan juga kehamilan.
Bentuk badan yang kurus tidak semestinya menandakan anda sentiasa sihat. Memandangkan anda agak sukar untuk mengalami peningkatan berat badan, anda masih perlu menjaga dan mengawal pemakanan anda setiap hari.
#4 Bentuk Badan Segitiga Terbalik
Bagi bentuk badan ideal ini, seseorang itu mempunyai bahagian bahu atau dada yang lebih besar atau lebar. Bahagian pinggang dan juga pinggul pula lebih kecil berbanding bahagian bahu. Ada yang menyatakan bahawa, saiz dada yang lebih besar mungkin menyebabkan risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kanser payudara.
Namun, ia sebenarnya tidak benar sama sekali. Ini kerana, untuk menentukan risiko mendapat kanser payudara, anda perlu memeriksa ketumpatan payudara anda. Payudara yang lebih tumpat boleh merisikokan anda untuk mendapat kanser payudara. Ini kerana, ia mempunyai kandungan tisu penghubung yang lebih banyak berbanding tisu berlemak.
#5 Bentuk Badan Jam Pasir
Anda perlu kerap menimbang berat badan anda untuk menentukan sama ada tergolong dalam kalangan obes atau tidak. Makan makanan yang rendah lemak dan tinggi serat untuk memastikan kelangsungan kesihatan tubuh yang berpanjangan.
Ermm adakah saya epal?
ReplyDelete