27 July 2021

Resepi Serimuka Jagung, Pokok Jagung Tanam Sendiri..

Antara kuih kegemaran aku adalah kuih seri muka. Kuih yang di atasnya tepung yang manis dan di bawahnya adalah pulut yang berlemak dan sedikit masin. Kali ni aku buat serimuka jagung. Pokok jagung di kebun tepi rumah telah mengeluarkan hasil.  Dah buat rebus dan bakar jagung ni, kali ni buatlah seri muka jagung pula.

Resepi Serimuka Jagung, Pokok Jagung Tanam Sendiri...
Resepi Serimuka Jagung, Pokok Jagung Tanam Sendiri...  

Tak susah nak buat serimuka jagung ni. Cuma memerlukan sedikit kerajinan  jugalah. Pastinya nak buat serimuka jagung ini memerlukan santan. Tak kisahlah, yang  dalam kotak ataupun santan segar. Apapun ynag segar lebih baik. tapi kalau dah tak ada, yang dalam kotak pun bolehlah. Jadi juga serimuka jagung aku mi.. hehe!



Kebetulan jagung di laman kebun berlebihan, bolehlah di buat untuk pelbagaikan juadah. Harap membeli, tak sempat nak di buat itu ini. Hanya sekadar di rebus sahajalah. Jom lah kita semak resepi serimuka jagung untuk rujukan di kemudian hari apabila nak buah juadah ni lagi.

Resepi Serimuka Jagung, Pokok Jagung Tanam Sendiri...  


Bahan-bahan:

Lapisan Bawah - Pulut (A)

1 cawan pulut
1/2 cawan jagung hiris
1 cawan santan kotak 
1 cawan air
1 sudu teh garam halus

Lapisan Atas - Pati Jagung (B)

1 cawan santan kotak
1 cawan hirisan jagung
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung kastard
1 biji telur
1 sudu teh garam halus
Sedikit pewarna kuning

Cara membuat lapisan bawah (A) serimuka jagung:

Basuh dan rendam pulut selama sekurang-kurangnya 2 jam. Setelah itu toskan pulut. Gaul bersama hirisan jagung.

Di dalam loyang, masukkan pulut bercampur jagung dan masukkan juga santan, air dan garam. Gaul sebati. Kukus sehingga masak.

Di dalam loyang yang lain, sapukan sedikit minyak atau lapik plastik ke dalam loyang. 

Tekan pulut dan jagung yang sudah di masak tadi. Biar betul-betul padat. Kukus kembali dan tuangkan adunan bahagian atas.

Cara membuat lapisan atas (B) serimuka jagung

Santan pekat di kisar bersama hirisan jagung. Tapis dan perah bahan kisar untuk mendapatkan pati jagung yang pekat.

Seterusnya gaul sebati dengan gula dan telur. Selepas itu masukkan tepung gandum, tepung kastard dan garam. Gaul rata agar tepung tidak berketul.

Kacau di dalam periuk sekadar naik wap sahaja. Tuang ke atas pulut yang telah di cakar sedikit permukaannya dengan garfu.

Kukus selama 30 minit atau sehingga masak. Sejukkan terlebih dahulu sebelum di potong.

Cantik dan elok kejadiannya serimuka jagung yang aku buat ni tapi seperti biasa aku gagal dalam bab memotong kuih serimuka jagung  ni. Tak berapa cantik bentuk potongan aku ni. Tak apalah asal kejadian kuih serimuka jagung nya sedap dan lazat.

Pada sesiapa yang nak mendapatkan pelbagai resepi sedap ini, boleh layari blog di SINI

p/s: Puashati dapat merasa tanaman jagung  sendiri dengan membuat kuih serimuka jagung yang sedap ini. Lepas musim jagung yang ni, nak tanam lagi dan lagi...

3 comments:

  1. Semua jenis seri muka As suka... sedapnya...

    ReplyDelete
  2. cantiknya warna seri muka jagung. jagung ni rebus pun sedap, apatah lagi dibuat seri muka ^_^

    ReplyDelete
  3. ciknnor suka PUDING jagung
    serimuka jagung kurang sikit

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...