03 June 2021

Resepi Ikan Talapia Bakar Pes Tomyam, Bakar Guna Air Fryer Memudahkan Kerja...

Ikan talapia adalah sejenis ikan talapia yang kami satu keluarga suka makan. Isinya pejal dan banyak serta tiada tulang-tulang kecil yang boleh menyebabkan tercekik dan menyukarkan untuk di makan. Antara resepi yang aku suka buat adalah ikan talapia bakar. Kali ini aku perisakan dengan pes tomyam dan masak menggunakan air fryer. Jadilah ikan talapia bakar pes tomyan, bakar menggunakan air fryer jer!

Resepi Ikan Talapia Bakar Pes Tomyam, Bakar Guna Air Fryer Memudahkan Kerja...
Resepi Ikan Talapia Bakar Pes Tomyam, Bakar Guna Air Fryer Memudahkan Kerja...


Beberapa minggu kebelakangan i ni en. suami rajin bawa balik ikan talapia. Katanya dapat dari kolam di tempat kerja. Kawan sekerjannya memancing pakai umpan roti sebab ikan dah jinak sangat. Macam-macam resepi aku pelbagaikan. Kali ini aiku nak buat ikan talapia bakar pes tomyan, bakar menggunakan air fryer memudahkan kerja. Senang sangat, tak berasap bagai dah!



Resepi ikan bakar pes tomyam ni sudah tentulah di adaptasi dari gulai tomyam yang terkenal itu cuma buat dengan cara bakar. Sangat mudah,sangat ringkas apatah lagi bakar hanya menggunakan air fryer. Siap lumur dengan bahan-bahan campak dalam air fryer. Tunggu ting-ting bunyi sekali keluar dan terbalikkan. Bakar sekejap lagi dan ting-ting sekali lagi, dah siap. 


Resepi Ikan Talapia Bakar Pes Tomyam, Bakar Guna Air Fryer Memudahkan Kerja...

Bahan-bahan ikan talapia bakar pes tomyam:

1 ekor ikan talapia sebesar tapak tangan dewasa
1 paket pes tomyam atau 2 sudu besar pes jika menggunakan pes di botol
2 ulas bawang putih
1 batang serai
2 helai daun limau purut
1 sudu teh jus limau kasturi atau 1/2 sudu teh pes asam jawa
2 biji cili api - jika nak rasa  pedas
Garam dan gula secukup rasa
Daun pisang atau aluminium foil secukupnya

Cara-cara  memasak ikan talapia bakar pes tomyan:

Ikan talapia di bersihkan. Boleh di potong dua bahagian atau bakar terus seekor tu jika muat dalam air fryer.

Bawang putih di cincang halus. Serai di hiris halus dan daun limau purut juga di hiris sehalus yang boleh. Jangan lupa cili api juga di hiris untuk yang nak kepedasan yang lebih.

Masukkan pes asam jawa dalam sebuah bekas. Campurkan bawang putih. serai, daun limau purut, cili api dan jus limau kasturi. Perasakan dengan sedikit garam dan gula. Rasa tau di lidah sikit untuk  pastikan secukup rasa.

Resepi Ikan Talapia Bakar Pes Tomyam, Bakar Guna Air Fryer Memudahkan Kerja...
Rupa Ikan Talapia Bakar Pes Tomyam Sebelum Di Bakar

Lumur campuran pes ikan bakar tomyam yang telah di buat ini pada keseluruhan ikan talapia. Seterusnya semasa membakar lapik ikan dengan samaada daun pisang atau aluminium fol. Letak ikan dalam air fryer untuk  di bakar.

Bakar dengan suhu 180c dan set masa selama 20 minit. Selepas itu tambah masa membakar selama 10 minit lagi selepas menterbalikkan ikan di bahagian yang sebelah lagi, 

Apabila siap di bakar, bolehlah di makan bersama nasi panas-panas. Nak lebih sedap, boleh cicah dengan sambal kicap cili potong. Tapi makan begitu saja dengan nasi pun sedap juga.

Anak-anak tak habis memuju sedap sangst ikan ni. Tertanya-tanya dorang ikan apa yang aku buat bakar kali ini. Ikan segar memanglah sedap. Terasa kemanisannya lagi sebab baru tangkap dari kolam  terus di bakar. Apapun ikan talaia memang sedap di masak menggunakan resepi  ikan talapia bakar pes tomyan, bakar menggunakan air fryer., tak gitu.. hehe!

Nak dapatkan pelbagai resepi di blog ini, klik SINI

p/s: Ikan sungai memang sedap di buat bakar-bakar ni, hilang rasa hanyir ikan terus... !

4 comments:

  1. teringat kolam ikan ni yg Arwah ayah usahakan di kg dulu
    rinduuunya
    bakar mkn ramai2
    sedapp ni blm penah letak perencah tomyam

    ReplyDelete
  2. Suka jugak kak...bakar..abah SA suka memancing..selalu gak dapat ikan talapia dan buat pelbagai menu

    ReplyDelete
  3. Air fryer memang membantu memudahkan kerja di dapur!

    ReplyDelete
  4. Boleh try ni. Nampak memang best tu.

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...