27 June 2021

Resepi Burnt Cheesecake Pasti Menjadi, Mudah Membuatnya, Alahai...

Waktu mula-mula kek cheese hangus a.k.a burnt cheesecake jadi viral di media sosial, ternganga aku menengok gambar kek tu. Bukannya apa, burnt cheese cake yang rentung macam ni boleh jadi viral, maunya tak terkejut. Tertanya di benak aku,  apakah rasanya, sedap ke?

Resepi Burnt  Cheesecake Pasti Menjadi, Mudah Membuatnya, Alahai...
Resepi Burnt  Cheesecake Pasti Menjadi, Mudah Membuatnya, Alahai...


Jadi teringin punya pasal, aku mencuba buat sendiri burnt cheesecake ini bersama anak-anak. Nak membelinya pun boleh tahan mahal juga burnt cheesecake ni. Tak padan dengan rentung. Aku jumpa di laman sosial  resepi burnt cheese cake yang mudah di buat dan tak renyah caranya. 

Alahai, apabila di buat. di masak dan di makan burnt cheesecake tu, sedapnya tak terkata. Masuk je di mulut terus mencair dengan lembut. Sedapnya jangan kira lagilah, dah tentu memang sedap dan lazat sesangat. Sejenis cheesecake yang sangat sempurna rasanya. Apa lagi, berebut anak beranak makan. Sekejap je dah licin sekali hidang burnt cheesecake ini.



Kiranya resepi burnt cheesecake pasti menjadi, mudah membuatnya tau. Godek-godek manja, seterusnya masuk oven dan tunggu sebentar, dah siap seketul burnt cheesecake ini. Kiranya nak buat kek ni pada yang tak ada mixer pun boleh buat. hanya guna blender saja. Tapi aku guna mixer sebab blender ada bau yang tak menyenagkan. 

Kek ni mesti di lapik dengan kertas. tak kisahlah kertas apa kecuali kertas suratkhabar sebab ada chemical yang tak elok untuk kesihatan. Seeloknya guna parchment paper yang di jual di kedai bakeri. Tapi yang aku ada hanya kertas kajang warna coklat. Tak apalah, belasah guna sajalah. Lapik tau, nanti melekat tak boleh keluar dari loyang burnt cheesecake ni. Jomlah kita belek resepi burnt cheesecake pasti menjadi  ni...!

Resepi Burnt  Cheesecake Pasti Menjadi, Mudah Membuatnya, Alahai...


Bahan-bahan membuat burnt cheese cake:


250gram cream cheese
200ml whipping cream
3 biji telur gred A
1 sudu makan esen vanila
1 sudu makan air perahan lemon
3/4 cawan gula halus
3 sudu makan tepung gandum

Cara-cara penyediaan burnt cheese cake:


Cara yang mudah mix cream cheese, whipping cream, telur, esen vanila, perahan lemon, gula halus dan tepung gandum dalam mixer sehingga bergaul sebati atau boleh juga kisar menggunakan blender sahaja.

Sediakan loyang berukuran 6" untuk burnt cheese cake yang tebal ataupun loyang bersaiz 8" untuk burnt cheesecake yang agak nipis. 

Lapik bahagian bawah menggunakan parchment paper dan oles dengan sedikit mentega/margerin untuk mudah menanggalkan kek dari loyang nanti.

Resepi Burnt  Cheesecake Pasti Menjadi, Mudah Membuatnya, Alahai...


Tuang adunan dalam luang yang telah berlapik dengan parcment paper. Seterusnya bakar dalam oven yang telah di laraskan suhunya dalam 185c dengan paparan api atas dan bawah selama 40 minit atau bergantung pada oven masing-masing, 

Setelah cukup masak, tambah lebih kurang 10 minit pada api bahagian atas sahaja bagi mendapatkan kesan rentung burnt cheesecake ini. Terpulanglah pada diri sendiri nak rentung kuat atau sikit. Siap!

*Pada yang nak membakar menggunakan airfryer, bakar dalam suhu 170c dalam 30 minit dan tambah lagi suhu 200c selama 20 minit, Ia juga bergantung pada airfryer masing-masing yer!

Inilah resepi yang aku gunakan untuk memasak burnt cheesecake ini. Sekali buat saja sudah elok sangat kejadiannya. Buatlah sendiri kek yang berharga kayangan ini. jauh lebih murah dan berbaloi sangat. Buat masit menjadilah kiranya. mudah sesangat, orang yang tak pandai dan tiada kemahiran buat kek pun boleh menjadi dengan resepi ini. Percayalahhhh!

Nak dapatkan banyak lagi resepi menarik di blog ini, klik SINI

p/s: Sedap sangat kek nih, hingga menjilat jejari tuh!

Kreditesepi: nor hidayu

No comments:

Post a Comment

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...