Sejak artis Korea teramat popular di Malaysia, makanan Korea juga turut
menjadi popular juga. Antara makanan Korea yang popular itu adalah tteokbokki
a.k.a topokki. Anak-anak aku amat menyukai tteokbokki a.k.a topokki makanan
korea popular terlajak sedap ini sampaikan mereka buat sendiri makanan ini di
rumah.
Resepi Tteokbokki a.k.a Topokki Makanan Korea Popular Terlajak Sedap
Resepi tteokbokki ini di ceduk dari google. Aku dah tak ingat bila mereka buat
tteokbokki terlajak sedap ini. Seingat aku sudah 2 - 3 kali juga mereka
adik-beradik memasak tteokbokki ini. Aku dah merasa memang sedap cuma sudah
pastinya terlajak pedas berdesing.. hahaha!
Di katakan tteokbokki ini adalah makanan sajian istana maharaja Jepun sejak
berkurun lamanya dulu. . Zaman dulu tteokbokki termasuk dalam santapan mewah
kaum bangsawan Korea. Kini sudah tersebar dan boleh di nikmati oleh rakyat
jelata.
Ada banyak jenis tteokbokki namun tteokbokki beras yang paling terkenal iaitu
terbuat daripada kek beras yang lembut, kek ikan dan sos cili merah yang
manis. Tteokbokki versi modem berwarna kemerahan dan pedas. Tteokbokki
ada banyak sebutan iaitu topokki, ddeobokki dan juga dukbokki.
Resepi tteokbokki a.k.a topokki makanan Korea popular terlajak sedap ini
sangat mudah sebenarnya. Bolehlah mencuba membuatnya sendiri di rumah. Selepas
ini pastinya tidak perlu lagi pergi ke restoran Korea dan berbelanja untuk
makan hidangan Korea popular terlajak sedap ini.
Resepi Tteokbokki a.k.a Topokki Makanan Korea Popular Terlajak Sedap
Bahan untuk buat kek beras tteokbokki:
250gm tepung pulut
3 sudu besar tepung beras atau tepung gandum
Air
Garam secubit
Minyak bijan - jika ada
Cara memasak kek beras tteokbokki:
Satukan tepung pulut bersama tepung gandum dan garam. Masukkan air sedikit
demi sedikit. Jangan terlebih air nanti lembik. Jadikan ia seketul doh.
Gulung doh secara memanjang. Potong pendek anggaran 1 inci . Rebus potongan
doh memanjang itu di dalam air mendidih. Angkat apabila telah terapung ke
atas.
Toskan dan masukkan dalam air yang sejuk. Nak di gunakan toskan lagi nanti.
Bahan untuk membuat sos tteokbokki:
3 sudu besar minyak masak
6 biji cili api
4 ulas bawang putih
2 sudu besar cili kisar
(Kepedasan ikut selera masing-masing)
1 sudu besar cuka
1/4 dari seketul kiub ayam
Sedikit daun bawang
1/2 cawan air
Garam dan
Bijan - jika suka
Garam dan gula seckup Rasa
Minyak masak secukupnya
Cara memasak sos tteokbokki:
Panaskan minyak. Masukkan cili api Yang sudah di kisar bersama bawang
putih.
Bila sudah pecah minyak, masukkan kiub ayam dan seterusnya masukkan air, cuka
dan cili kisar. Perasakan dengan garam dan gula.
Akhir sekali masukkan kek beras yang di buat tadi.
Masukkan juga daun bawang yang telah di potong-potong. Biarkan kuah pekat
sedikit.
Jika suka sewaktu menghidang, taburkan bijan yang telah di sangai. Siap..!
Cerita tentang tteokbokki ni, anak-anak berusaha sungguh membuatnya. Sorang
menguli dan membuat doh dan sorang lagi memasak sosnya. Dorang memang meminati
apa saja berkenaan Korea. Dari filem, drama, artis dan makanannya. Sesuai
sangatlah tu dengan citarasa dorang. Aku sekadar merasa 2 - 3 ketul jer..
gittuh!
Nak dapatkan macam-macam resepi di blog ini, klik SINI
p/s: Rasanya pada aku, orang Malaysia ni semua masakan satu dunia boleh masuk
ke tekak. Dari makanan Cina, makanan India, makanan Thailand, makanan barat,
makanan Jepun, terkini makanan Korea semua boleh di telan. En. suami jugak
yang old school... huh!
#sumber resepi: FB Alfi Akmal
Semakin ramai yang dah boleh buat sendiri topoki ni dan ramai penggemarnya. Cuma PC belum pernah mencuba.
ReplyDeletePernah makan ..rasa tepung pulut.kena ada sos sedap la sikit . Kalau makan saja tanpa sos tawar
ReplyDeletebelum ppernah mencubna...tekak saya ni picky sikit... takut tak tertelan
ReplyDelete