21 May 2021

Kenangan Aidilfitri 2021 Dalam Suasana PKP 3.0, Meriah Di Hati Sendiri...

Dalam subuh hening hatiku terusik mengenangkan diri di rautauan... Terpetik lagu raya pula. Aku nak letak dan beramaginasi kenangan aidilfitri 2021 di blog aku ini. Raya dalam suasana PKP 3.0 ni, raya sesama ahli keluarga saja. Pujuk hati, meriahkan diri, makan juadah masak sendiri, bergelak ketawa sesama sendiri dengan suami dan anak-anak. Meriah juga, meriah di hati sendiri saja lah....!

Kenangan Aidilfitri 2021 Dalam Suasana PKP 3.0, Meriah Di Hati Sendiri...
Kenangan Aidilfitri 2021 Dalam Suasana PKP 3.0, Meriah Di Hati Sendiri... 

Dah menjangkau hari kelapan syawal menjelma, baru aku nak imbau kisah raya. Punyalah tak ada hati nak berasa raya yang entah kemana-mana ni. Tapi mesti nak ada kenangan juga. Kenangan aidilfitri 2021 ini bukan boleh di ulang lagi. Itu sajalah kenangan yang akan di bawa sampai mati. Jadi, dalam suasanan PKP 3.0 ini raya tetap di raikan walau hanya meriah di hati sendiri....



Sepersalinan baju raya adalah kemestian untuk kami sekeluarga. Mesti ambil gambar beramai-ramai sekeluarga untuk kenangan anak cucu kemidian hari nanti. Tema baju raya tahun ini iaitu aidilfitri 2021 adalah hitam. Meriah kami sekeluarga ber OOTD raya. 

Kenangan Aidilfitri 2021 Dalam Suasana PKP 3.0, Meriah Di Hati Sendiri...


Nak tahu, kami bergambar tu bukan pada hari raya tapi pada malam raya. Sebab buat bergambar pada malam raya adalah kerana en. suami kena bertugas pada hari raya menjaga harta kerajaan negeri Selangor. Apa nak buat, sudah kebiasaannya macam itu. Bekerja di hari raya sudah jadi rutin en. suami. Itu kira frontliners juga kan! haha!

Kenangan Aidilfitri 2021 Dalam Suasana PKP 3.0, Meriah Di Hati Sendiri... 


Sejak tinggal di kejiranan Kg Jalan Kebun, Shah Alam ini, juadah lemang di buat sendiri. Tahun ini buat 20 batang lemang menggunakan 5kg beras pulut susu dan juga buat rendang daging dalam 3kg daging. Selepas tu suami agih-agihkan kepada teman sekerja dan juga saudara mara. Rendang daging tak cukup, aku masak lagi rendang ayam pada pagi raya pertama.

Kenangan Aidilfitri 2021 Dalam Suasana PKP 3.0, Meriah Di Hati Sendiri...


Selain tu ada juadah iringan seperti biasa iaitu nasi impit dan kuah kacang. Kuih raya dan kek anak-anak buatkan. Tak ada beli kuih raya yang tunjuk-tunjuk tu. Aku buat kuih orang lama saja iaitu kuih ros atau kuh goyang ataupun kuih loyang panggilan orang lama. Sekadar nak mencari perasaan suasana hari raya tu. 

Suasana PKP 3.0 di hari raya manalah seronoknya. Sudahlah tak boleh balik kampung, jemput tetamu berhari raya pun tak boleh. nak pergi bertandang rumah saudara-mara berhari raya pun tak dapat. Ingatkan pada awalnya bercadang juga nak berhari raya ke rumah ipar duai yang berdekatan dan jemput juga mereka kerumah. Dah tak boleh, berhari raya sendiri sajalah dengan anak-anak. Gitulah....!

Kenangan Aidilfitri 2021 Dalam Suasana PKP 3.0, Meriah Di Hati Sendiri...


Buat panggilan ke kampung halaman, lagilah sedih dengan drama airmata mak ayah. Katanya "kami ni dah tua, dah tak lama lagi dah. Tak dapatlah kome balik jenguk kami ni, yer!". Sedih sangat, berambu-rambu air mata aku keluar. Apa nak di kata, dah tak boleh buat apa dek covid 19 ni. Kena hadap juga kesedihan yang berpanjangan ni. Moga covid 19 ini akan segera berlalu. Aku nak balik kampung!!!

Waktu tak ada covid 19, sebulan hari raya  tu sangat meriah dengan rumah terbuka sana sini. Sekarang, suasana hari raya pun cepat berlalu pergi. Satu perkara yang tinggal adalah suasana PKP  3.0 dengan slogan 'Jaga SOP'. Covid 19 telah mnyerang kesana dan kesini dengan kes yang terus meningkat kemungkinan akan ada 'Total Lockdown'. Kena hadapilah dengan tabah....!

Tinggal kenangan aidilfitri 2021 dengan harapan aidilfitri 2022 akan lebih meriah tanpa covid 19. Dapat balik kampung jumpa mak dan ayah dan ber OOTD di kampung halaman seperti tahun-tahun sebelum covid menjelma. Semoga musibah akan segera berlalu.... aaminnnn!

Nak dapatkan pelbagai informasi di blog in, klik SINI

p/s: Raya tahun depan en. suami berangan nak berjualan lemang katanya. Jawapan aku, pengsan dulu, tak larat.... !

2 comments:

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...