20 April 2021

Resepi Tart Nenas Klasik Turun Temurun Di Campur Satu Bahan Rahsia Menyedapkan Lagi Kuih Tart, Syhh!

Salah satu resepi kuih raya yang wajib ada pada hampir setiap rumah di Malaysia waktu hari raya adalah tart nenas. Tak terkecuali rumah aku sendiri . Kebiasaannya aku buat sendiri bersama anak-anak. Kalau membeli, sebalang dua itu tak mencukupi. Hanya sekali hadap sajalah. Apabila membuat baru dapat makan banyak dan selebihmya di hidangkan pada tetamu nanti.. kan!


Resepi Tart Nenas Klasik Turun Temurun Di Campur Satu Bahan Rahsia Menyedapkan Lagi Kuih Tart, Syhh!
Tart Nenas Klasik Turun Temurun Di Campur Satu Bahan Rahsia Menyedapkan Lagi Kuih Tart....

Sudah banyak resepi tart nenas aku buat dan mencuba. Ada pelbagai versi dan cara, namun resepi tart nenas klasik turun temurun juga yang sesuai dengan selera aku. Bukannya aku mengatakan resepi tart nenas yang lain itu tak sedap. Kebanyakan resepi tart nenas memang sentiasa sedap. Ini ikut selera dan kesukaan masing-masing juga.


Ada aku jumpa tart nenas yang benar-benar sedap iaitu dari resepi bakers yang meletup di kenali ramai tu. Cuma tart nenas dia tu bagi aku amat rapuh, berderai sungguh apabila nak di pegang dan di simpan ke dalam bekas. Mungkin aku yang rasa begitu apabila membuatnya, Tak taulah macam mana sebab dua kali juga aku cuba buat, tetap senang berderai.



Jadi aku olah dari resepi tart nenas klasik turun temurun dan di campur sedikit dengan bahan rahsia bakers terkenal itu iaitu minyak sapi. Syhhh! jangan beritahu orang yer. Saja je buat lawak tak menjadi ni. Ramai juga yang sudah tau. Hasilnya kuh tart nenas klasik aku sangat sedap dan tak terlalu rapuh. Mudah untuk di pegang dan di susun ke dalam bekas. Rupanya pun tetap cantik menggiurkan dan tak terkopak keliling.... heh!


Resepi Tart Nenas Klasik Turun Temurun Di Campur Satu Bahan Rahsia Menyedapkan Lagi Kuih Tart, Syhh!

Bahan-bahan resepi tart nenas klasik turun temurun:

1kg tepung gandum
2 ketul butter atau margerin (500gm)
2 biji telur
1 sudu makan esen vanila

*Bahan rahsia adalah 2 sudu besar minyak sapi

Masukkan tepung kedalam sebuah bekas. Buat lubang di tengah. Masukkan telur yang telah di pukul ssedikit bersama esen vanila. Masukkan juga margerin dan minyak sapi sedikit demi sedikit sehingga menjadi sebuah doh yang kenyal dan boleh di bentuk. 

Taburkan tepung ke atas papan/plastik pencanai. Lapik dengan selapisan plastik dan gelek dengan penggelek sehingga nipis yang di kehendaki iaitu 1cm lebih kurang. Terap dengan acuan kuih tart. Susun kuih ke atas loyang yang di sapu margerin di atasnya. Letak jem nenas yang telah di bulat-bulatkan sebesar guli satu persatu di atas kuih tart. 

Bakar dengan api lebih kuran 180 celcius dalam 10 -15 minit bergantung kepada oven masing-masing. Apabila di bahagian  bawah tart menunjukkan tanda hampir garing, bolehlah di angkat. Sejukkan sebelum di simpan ke dalam balang kedap udara. 

Tips: 
Margerin hendaklah di pastikan berada dalam suhu bilik dan di masukkan sedikit demi sedikit agar sedang elok kejadian dohnya. Sekiranya menggunakan margerin agak beku adunan akan menjadi sedikit berminyak dan tart akan keras nanti.

Resepi Jem  Nenas Klasik


Bahan-bahan:

2 biji nenas
3 cawan gula
4 kuntum bunga cengkih
Sehelai daun pandan

Cara-cara:

Nenas di parut. Tapis nenas dan keluarkan airnya sedikit. Campurkan dan masak bahan untuk menjadikan inti dalam kuali atau periuk besar dengan api sederhanaa kecil tanpa henti hingga jem nenas menjadi pekat dan likat.

Biarkan hingga menjadi sejuk. Gentel inti bulat-bulat sebesar guli untuk memudahkan meletakkan atas kuih tart. 

Itulah saja resepi tart nenas klasik turun temurun olah dengan campur bersama minyak sapi. Dulu pernah campur dengan susu tepung. Adunan akan menjadi lebih lemak saja tapi apabila di campur minyak sapi, adunan menjadi lebih rapuh dan terasa sedikit rangup. Malah ia mudah cair di mulut dengan sekali kunyah saja. Lebih meyedapkan lagi dengan jem nenas harum yang di buat sendiri.

Nak dapatkan resepi-resepi hot di blog ini, boleh klik link  di SINI

p/s: Bolehlah korang buat tart nenas ini masa raya nanti. Gambar tart nenas ni masa aku buat raya haji tahun lepas. Tahun ni belum buat lagi, bak hujung puasa nanti baru mula buat kuih raya.... haha!

No comments:

Post a Comment

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...