22 April 2021

Resepi Kerepek Kulit Popia Sira Cheese, Membuatnya Sangat Mudah, Nescaya Tak Berhenti Mengunyah...

Kalau ada kerepek kulit popia sira cheese ni terhidang atas meja di Hari Raya, nescaya tak berhentilah tetamu mengunyah sampai nak habis sebalang. Begitulah penangan kerepek kulit popia sira cheese. Nak membuatnya pun mudah ya amat. Bahannya pun tak banyak. Cuma yang buar kerja lebih sikit adalah masa nak mengopek atau mengasingkan kulit popia satu persatu sebelum di goreng saja.

Resepi Kerepek Kulit Popia Sira Cheese, Membuatnya Sangat Mudah, Nescaya Tak Berhenti Mengunyah...
Resepi Kerepek Kulit Popia Sira Cheese, Membuatnya Sangat Mudah, Nescaya Tak Berhenti Mengunyah...


Aku buat ni pada sebelum Hari Raya Haji tahun lepas. Buat kerepek kulit popia sira cheese ini bersama anak-anak. Merekalah yang mengopek dan mengasingkan kulit popia sehingga selesai dan menyira kerepek popia dengan serbuk cheese. Aku hanya menggoreng kulit popia sehingga garing sahaja.

Pernah dulu anak perempuan aku membeli sebalang kerepek popia sira cheese ini dari kawannya. Boleh tahan mahal harganya. Waktu makan sekejap saja sudah habis satu balang. Apatah lagi apabila makan berjemaah depan tv. Sekejap sahaja hilang tinggal balang. Buat sendiri lebih puas makannya. Walaupun harga kulit popia dengan cheese agak mahal tapi sebab teringin nak makan, layankan jugalah membuatnya, kan!



Dah nak raya puasa ni, bolehlah korang semua membuat kerepek kulit popia sira cheese ini kalau berkemahuan. Resepinya amat mudah di buat. Tanpa perlu bersusah payah berlebihan, dah siap satu kuih raya yang sangat di cari oleh para tetamu yang datang. Itupun kalau ada orang datang beraya. Maklumlah musim covid ni... haha!

Sira cheese ini suka hati korang lah kalau nak hanya letak cheese. Pada yang suka pedas dan manis boleh tambah serbuk cili dan gula aising. Aku tak tambah apa-apa bahan pun selain serbuk cheese saja. Itupun rasanya sudah super sedap dan rangup krup krap sungguh. Apa perlu di tambah bahan lain lagi. Jomlah  belek resepi...!

Resepi Kerepek Kulit Popia Sira Cheese, Membuatnya Sangat Mudah, Nescaya Tak Berhenti Mengunyah...


Bahan-bahan kerepek kulit popia sira cheese:

Kulit popia - ikut kuantiti di kehendaki
Serbuk cheese - ikut banyak sikitnya kulit popia
Minyak masak secukupnya

Jika suka boleh sira sekali dengan 
serbuk cili 
dan/atau 
gula ising

Cara membuat kerepek kulit popia sira cheese:

Sepaket kulit popia di potong 4 segi kecil dan di kopek atau di asingkan satu persatu dari yang lain. Asingkan dengan cermat agar tidak koyak dan tidak melekat antara satu sama lain. 

Panaskan minyak masak yang banyak di dalam kuali. Goreng kulit popia sehingga nampak hampir garing. Proses ini kena cepat dan berhati-hati kerana kulit popia garing terlalu cepat. Apabila nampak tanda kekuningan sedikit, seeloknya cepat di angkat.

Toskan di atas tisu dapur sebentar. Masukkan kedalam sebuah bekas yang besar. Tabur serbuk cheese secukupnya dan ttutup bekas. 

Goncang-goncangkan bekas agar serbuk cheese bersalut sekata dengan kulit popia yang telah menjadi kerepek yang rangup itu. Simpan kerepek kulit popia sira cheese ini di dalam bekas kedap udara agar tidak lemau. 

Oh ya, jika suka boleh campurkan serbuk cheese dengan serbuk cili dan/atau gula aising untuk rasa yang manis dan pedas. Ikut citarasa masing-masing lah yer!

Resepi Kerepek Kulit Popia Sira Cheese, Membuatnya Sangat Mudah, Nescaya Tak Berhenti Mengunyah...


Itu saja resepi ringkas ini. Bolehlah buat kudapan untuk di makan di pagi raya yang indah nanti. Tapi, sayugia di ingatkan jangan buat cepat, dah dekat nak raya baru buat kerepek kulit popia sira cheese ini. Bukannya apa, ia sentiasa mengundang keinginan untuk mengunyahnya nanti. Tak sempat jadi hidangan untuk rayalah jawabnya.. haha!

Nak dapatkan macam-macam resepi di blog ini, klik SINI

p/s: Aku ingat nak buat petang hari raya tu lah nanti. Lepas buat  terus ngap... hehe!

2 comments:

  1. kulit popia dah beli.. nak cari cheese pula nanti... buat kuih raya makan sendiri memang sesuai sangat ni kan..

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...