Inilah dia biskut raya yang di sukai anak-anak iaitu conflakes salut coklat tabur rainbow ball. Senang sangat membuatnya. Boleh ajak anak-anak membantu mengisi cawan kertas kecil dengan conflakes salut coklat. Setelah itu tabur rainbow ball yang cantik. Resepi conflakes salut coklat tabur rainbow ball sangat\mudah dan rasanya pun rangup, sedap, krup krap mengunyahnya.
Bahagian yang agak renyah sedikit dalam membuat conflakes salut coklat tabur rainbow ball ini adalah untuk mencairkan coklat masakan. Tapi boleh di buat dengan mudah apabila menggunakan pengukus. Panaskan air dalam pengukus dan letakkan mangkuk berisi coklat di atasnya.
Apabila coklat nampak mencair terus mengacaunya dengan cepat. Lepas tu kena cepat-cepatlah masukkan conflakes dan kacau dengan pantas. Seterusnya untuk menyudukan conflakes yang telah di salut coklat dengan cepat ke dalam cawan kertas sebelum coklat masakan kembali mengeras.
Itulah perlunya membuat bersama-sama dengan anak-anak. Selain itu anak-anak dapat membuat sesuatu yang menyeronokkan mereka. Tentu mereka suka sebab selepas itu dapat makan biskut conflakes salut coklat tabur rainbow ball yang sedap kegemaran mereka.
Selepas masukkan conflakes salut coklat dalam cawan kertas kecil, di tabur pula dengan rainbow ball yang berwarna-warni. Bahagian ini yang anak-anak kecil paling suka. lepas tu dah siap, Terus masuk dalam balang dan di tutup rapat agar tidak masuk angin dan lemau. Barulah rangup krup krap apabila menjamahnya. Jom kita semak resepi muda sangat ini....!
mudah boleh cuba
ReplyDelete