Ada suatu masa tu dalam 2 bulan lepas suami sering bawa balik banyak ikan
talapia. Selain aku buat gulai teringin pula nak buat masak cara
membakar. Aku teringin nak makan ikan bakar cara kampung. Cara moden
menggunakan air fryer boleh di buat juga. Kedua-dua cara iaitu ikan bakar cara
kampung VS cara moden menggunakan air fryer ada kelebihan masing-masing.. kan!
Ikan Bakar Cara Kampung VS Ikan bakar Cara Moden Menggunakan Air Fryer
Entah kenapa dengan ikan bakar cara kampung aku mengimbau nostalgia
dulu-dulu makan ikan bakar cara kampung yang wangi kesan dari bau arang. Sudah
semestinya sedap dan lazat di cicah dengan air asam. Bau arang yang bersatu
dengan aroma ikan yang di bakar itu semerbak namun bau ikan yang di bakar
dengan air fryer pun sedap juga.
Nak bakar ikan cara kampung ini,mula-mula sekali kena hidupkan api biarkan
arang sampai jadi bara. Pada asalnya aku bercadang nak membakar di tepi rumah
guna batu bata sebagai alas. Di sebabkan hari nak hujan aku buat keputusan
bakar api arang dalam periuk nasi yang sudah tak di gunakan.
Setelah ikan di siang dan di bersihkan lumur dengan sedikit garam
sebagai perasa, kepit ikan dengan kepingan buluh. Ikat hujung kepingan buluh
menggunakan dawai dengann agak keta agar ikan tak terlucut. Bila api dah
jadi bara, bolehlah ikan tadi dibakar.
Kena sentiasa balik-balikkan ikan, kalau tidak hanya bahagian luar yang hitam
hangit, bahagian dalam masih mentah. Lebih kurang dalam 10 minit lebih sikit,
ikan dah boleh diangkat. Aku guna lidi cucuk kedalam isi ikan, kalau isi ikan
tak melekat, maknanya ikan dah masak. Boleh tengok pada mata ikan juga. Kalau kawasan matanya sudah putih dan tidak lagi jernih itu menandakan sudah masak juga.
Ikan Bakar Cara Kampung VS Ikan bakar Cara Moden Menggunakan Air Fryer
Masak ikan bakar cara moden dalam air fryer agak lebih memudahkan. Selepas di
siang dan di bersihkan lumur dengan sedikit garam sebagai perasa seperti
biasa. Sebelum di letak di atas alas bekas pembakar di dalam air fryer,
letakkan daun pisang agar ikan tidak melekat diatas alas jaring air fryer.
Bakar dengan suhu 180 darjah celcius selama 20 minit.
Setelah air fryer berbumyi. Keluarkan ikan dan terbalikkannya. Bakar lagi pada
suhu yang sama iaitu 180 darjah celcius selama 10 minit atau ikut kegaringan
yang di kehendaki. Tepulang pada kesukaan masing-masing. Tak elok lama-lama
sangat, nanti isi ikan jadi kering, keras dan kurang ssedap rasanya.
Tak kira ikan bakar menggunakan cara kampung atau menggunakan car moden dengan
air fryer ada kelebihan masing-masing. Ikan bakar cara moden menggunakan air
fryer lebih senang sebab tak perlu pastikan api tidak menyala agar ikan tidk
hangus tapi ikan bakar cara kampung lebih sedap beraroma tapi memerlukan
kesabaran yang tinggi untuk menyalakan api sehingga menjadi bara dan
memastikan ikan masak sekata.
Tak kisahlah ikan bakar cara kampung atau ikan bakar cara moden menggunakan
air fryer, apa-apa jenis ikan pun boleh di gunakan. Tidak terhad kepada ikan
talapia sahaja. Ikan keli, ikan cencaru, ikan terubuk, ikan lampan dan banyak
lagi jenis ikan boleh di bakar menjadi juadah yang sedap.... tau!
Nak dapatkan informasi dan resepi di blog ini klik
SINI dan
SINI
p/s: Dapat pula ikan itu di cicah dengan air asam. Tak kisahlah samada
air asam jawa, air asam limau, air asam budu ataupun air asam kerisik....
huhu!
Dua2 sedap
ReplyDeleteSedapnya ikan bakar
ReplyDelete