Antara tanaman yang aku tanam di laman kebun tepi rumah adalah pokok roselle.
Aku tanam pokok ni sebab nak dapatkan jus dan jem yang di katakan sedap dan
berkhasiat. Puas aku buat jem dan jus roselle dari pokok roselle yang tanam
sendiri dan benar bagai di kata, jus dan jem roselle ini memang terbaik
tau.
Buat Jem Dan Jus Roselle Dari Pokok Roselle Yang Tanam Sendiri, Sedap Dan
Berkhasiat...
Pokok roselle ni masa di semai nyaris terkeliru dengan anak pokok bendi
merah. Apabila dah besar sikit baru nampak perbezaan daunnya yan gsedikit
membujur. Pokok roselle ni tak banyak makhluk perosak. Ia membesar dengan
elok dan banyak juga buahnya yang aku dapat. Merasalah aku buat jus dan jem
dengan banyak sampai dah penuh peti ais.
Sekarang, setelah pokok tak banyak mengeluarkan buah lagi dan ada pokok yang
tumbang dan patah di pukul ribut, aku baru tanam semula pokok baru. Nanti
dapat minum jus dan sedap dan makan jem roselle yang lazat lagi. Banyak
khasiat roselle yang aku dapat melalui pembacaan di internet. Tak rugi
rasanya menanam pokok roselle di sebalik rupanya yang agak pelik tu.
Roselle atau nama saintifiknya Hibiscus rosa sabdariffa L. ialah tanaman
yang terkenal dengan khasiatnya dalam dunia perubatan di Malaysia. Pada
asalnya, tumbuhan ini ditanam sekadar untuk dijadikan hiasan. Roselle
juga dianggap sebagai “pokok emas” kerana setiap bahagiannya mempunyai
keistimewaan tertentu yang bermula daripada buah, daun hinggalah ke batang
pokok berkenaan dan boleh dijadikan sajian atau tujuan perubatan
tradisional.
Tumbuhan yang tumbuh semusim ini dipercayai boleh membesar dan mencapai
ketinggian sehingga 3.5 meter. Ia mudah membiak dari biji benih dan memerlukan
cahaya matahari serta saliran yang baik.
Daunnya berwarna hijau tua dengan pelepah daun yang kemerah-merahan bagaikan
sebuah mahkota dari segi bentuknya menjadikan buah ini dilihat sangat unik.
Roselle ialah antara buah yang agak popular dan sering dijadikan sebagai air
minuman kordial. Buah ini juga amat berkhasiat untuk segenap lapisan umur
khususnya dalam proses penjagaan kesihatan dan sebagai pencegah dari sebarang
jangkitan kuman yang menyerang tubuh manusia.
Roselle mempunyai khasiat yang sangat tinggi kepada manusia. Ia merupakan satu
tumbuhan herba semulajadi yang mengandungi kandungan vitamin C, mineral dan
serat. Roselle juga mengandungi pelbagai vitamin seperti vitamin D, B1 dan B2.
Ia juga mengandungi hampir 486mg kalsium, iaitu jumlah yang cukup banyak serta
mengandungi Magnesium, Beta-Carotene dan OMEGA-3 serta Antioksidan.
Setelah mendapat informasi tentang khasiat roselle, mari kita kongsi
resepi membuat jus dan jem roselle yang amat sedap dari buah roselle yang
sudah matang dan tua. Membuatnya adalah amat mudah iaitu sekali buat, boleh
terus dapat 2 produk yang sedap iaitu jem dan jus sekaligus.
Buat Jem Dan Jus Roselle Dari Pokok Roselle Yang Tanam Sendiri, Sedap Dan Berkhasiat...
Bahan-bahan buat jus dan jem roselle:
30 - 40 biji buah roselle
5 cawan gula pasir
2 liter air
Cara-cara untuk buat jus dan jem roselle:
Kopek kelopak roselle dan buang bijinya. Cuci dan bersihkan kelopak roselle.
Rebus kelopak roselle dengan 2 liter air dalam periuk yang besar.
Setelah air mendidih, masukkan gula pasir. Kacau dan tunggu lebih kuran 20 -
3o minit hingga air bertukar warna merah yang cantik tanpa perlu di masukkan
pewarna. Tutup api, tapis air roselle dari kelopak roselle.
Air di ambil untuk di menjadi jus dan kelopak adalah untuk di buat jem.
Kelopak di kisar dengan sedikit air jus roselle. Didihkan kembali kelopak
roselle sehingga pekat dan likat.
Jus roselle tadi setelah sejuk boleh di simpan di peti ais dan buat air
roselle yang sedap apabila di tambah air batu. Jem pula boleh di makan bersama
roti atau biskut. Boleh juga di buat kuih tart yang sedap, lazat dan
semestinya lain dari yang lain rasanya.
Aku dapati anak-anak aku sangat menyukai jus dan jem roselle yang aku buat
sendiri ini. Masa kecil dulu ada orang tanam pokok roselle tapi hanya di buat
hiasan dan buahnya hanya di makan oleh budak-budak begitu sahaja dengan
rasanya yang masam-masam itu. Rupanya boleh buat jem dan jus yang lazat,
tak aku sangka begitu... hehe!
Nak dapatkan informasi dan resepi di blog ini, klik
SINI
p/s: Ada yang kata, bau jus roselle ini macam bau wain. Tak taulah, sebab mana
pernah aku jumpa wain tapi asal rasanya sedap dan halal, oklah kan!
wahhhhhh
ReplyDeleteRamadhan kareem semoga ramadhan ini lebih bermanfaat dan lebih baik dari tahun2 sebelumnya
ReplyDeleteSedapnya... Lama tak makan.. Dulu kakak sy ada tanam juga pokok ni...
ReplyDelete