07 March 2021

Buat Kerepek Bayam Brazil Dengan Resepi Sedap, Yang Tak Makan Sayur Pun Layan Krup Krap...

Salah satu tanaman yang aku tanam di laman kebun adalah bayam brazil. Jangan tak tau, sedap sangat bayam brazil ini pada yang suka dengan sayuran. Sejak aku menanam bayam brazil ini, dah macam-macam cara aku masak sayuran ini. Semua rasanya sedap-sedap belaka. Antara yang paling aku suka adalah kerepek bayam brazil. Kerepek bayam brazil ini sangat berbeza. Yang tak makan sayur pun layan kru krap makan depan tv. Itulah yang sangat menakjubkan tu... hahaha!


Buat Kerepek Bayam Brazil Dengan Resepi Sedap, Yang  Tak Makan Sayur Pun Layan Krup Krap...
Buat Kerepek Bayam Brazil Dengan Resepi Sedap


Sebelum aku meneruskan dengan resepi sedap kerepek bayam brazil ini, mari kita ambil tahu informasi berkenaan bayam brazil  dan apakah khasiatnya untuk kesihatan kita :

Bayam Brazil atau nama saintifiknya Alternanthera sissoo merupakan spesies tanaman yang tergolong dalam family Amaranthaceae. Bayam Brazil adalah antara tumbuhan yang cepat membesar dan senang ditanam. Tumbuhan ini boleh membesar sehingga 30 cm tinggi dengan saiz daun sekitar 2 hingga 3.5 cm lebar. Sayur ini selain di kenali  sebagai Brazillian Spinca Poor juga  di panggil Man Spinach, Sambu dan juga Sambu lettuce.


Berbeza dengan bayam yang lain, bayam Brazil mempunyai tekstur yang rangup dan boleh dimakan secara mentah seperti salad. Masyarakat Brazil gemar mengambil sayur ini secara mentah bersama tomato, bawang dan juga minyak zaitun. Selain itu, ia sesuai juga untuk ditumis, direbus atau dikukus.



Pokok bayam brazil merupakan tanaman yang senang tumbuh dan tidak memerlukan penjagaan yang terlalu rumit. Pokok bayam brazil juga mudah membiak dengan cepat dan hasilnya dapat dituai hanya selepas beberapa minggu selepas ditanam. Bayam brazil adalah pokok herba renek yang berbatang lembut dan berdaun kerinting.

Bayam Brazil kaya dengan sumber vitamin dan mineral yang memberi manfaat kepada kesihatan iaitu:

- Vitamin A: Penting untuk kesihatan mata, mengatur system imunisasi dan berkembangan embrio.
- Vitamin C: Antioksidan yang meningkatkan kesihatan kulit dan system ketahanan badan
Vitamin K: Penting bagi proses pembekuan darah.
- Asid folik: Sangat penting bagi wanita mengandung bagi pertumbuhan sel dan tisu.
- Zat besi: Menghasilkan hemoglobin yang membawa oksigen ke seluruh badan
- Kalsium: Mineral penting bagi kesihatan tulang dan juga memberi signal kepada sistem saraf, jantung dan otot.

Jom kita belek resepi kerepek bayam  brazil pula. Nanti boleh buat sendiri kerepek bayam brazil dengan resepi sedap ini. Nescaya yang tak makan sayur pun boleh layan krup krap sama-sama:

Buat Kerepek Bayam Brazil Dengan Resepi Sedap, Yang  Tak Makan Sayur Pun Layan Krup Krap...

Bahan- bahan buat kerepek bayam brazil:

Bayam Brazil 
(anggaran dalam lebih kurang 1.5 ke 2 kg)
1 paket tepung beras (500gm)
1 kotak santan (200ml)
1 biji telur
2 sudu besar air kapur 
(air + 1/4  sudu teh kapur makan)
Air secukupnya
(anggaran sukat air dengan kotak santan iaitu dalam 2 kotak)
Garam secukup rasa
Jika suka boleh letak sedikit serbuk perasa
Minyak masak secukupnya

Bahan kisar:
1 cawan ikan bilis
1 sudu makan ketumbar
1 sudu  makan jintan manis
1 sudu makan jintan putih

Cara membuat kerepek bayam brazil:

Bayam brazil di pisahkan dari batangnya yang keras dan basuh bersih. Setelah itu di toskan. Kisar bahan-bahan kisar sehingga halus. 

Setelah itu masukkan tepung dalam sebuah bekas yang besar dan masukkan telur, bahan kisar santan dan air. Jangan lupa masukkan juga garam dan serbuk perasa jika suka.

Seterusnya gaul adunan sehingga sebati dan bergaul rata. pastikan tiada tepung yang bergentel lagi. Kepekatan adunan adalah seperti adunan rempeyek ataupun kuih ros. Biarkan seketika dalam lebih kurang 10 - 20 minit. 

Selepas itu bolehlah mula menggoreng di dalam kuali dengan minyak yang banyak. Caranya, celup-celupkan bayam brazil sehingga meliputi keseluruhan daun bayam brazil  dan goreng. 

Apabila adunan menunjukkan tanda garing bolehlah diangkat dan di toskan.Simpan ke dalam bekas kedap udara agar kerepek tidak lemau./ Sebelum itu pastikan kerepek telah sejuk terlebih dahulu. 

Buat Kerepek Bayam Brazil Dengan Resepi Sedap, Yang  Tak Makan Sayur Pun Layan Krup Krap...


Selepas ini bolehlah di hidangkan  dan di kunyah bersama keluarga sewaktu menonton tv dan bila-bila masa saja. Sedap dan krup ktap bunyinya... hehe!

Oh ya, sebelum buat kerepek kena tanam dulu kalau yang masih belum ada pokok bayam barzil.  Ini di sertakan sedikit informasi tentang cara tanam bayam brazil: 

Keratan batang bayam brazil boleh di tanam sama ada di dalam pasu, botol plastik, bahan-bahan recycle, ataupun terus ditanah. Ini boleh mengikut kreativiti masing-masing kerana pokok bayam brazil merupakan pokok tanaman yang bukan sahaja tanaman untuk makanan tetapi juga cantik untuk tanaman lanskap.

Pokok bayam brazil boleh juga direndam dahulu di dalam air iaitu proses “propagation” iaitu proses pengeluaran akar di dalam air. Namun, boleh juga di tanam terus ke dalam tanah. Tanah yang sesuai untuk tanaman ini ialah tanah yang kaya dengan bahan organik. Pastikan juga pokok bayam brazil tidak terdedah kepada cahaya matahari secara terus pada awal penanaman, boleh diletakkan di bawah pelindung. Sekitar 4-7 hari akan mula nampak bayam brazil mula mengeluarkan pucuk dan daun baharu. Itu tanda bayam brazil tumbuh dengan baik.

Buat Kerepek Bayam Brazil Dengan Resepi Sedap, Yang  Tak Makan Sayur Pun Layan Krup Krap...


Aku dah tanam pokok bayam brazil ini. Anda bila lagi. Tanaman bayam brazil ini aku  tanam jadikan penghias utama laman hadapan rumah tau. Cantik dan rimbun saja pokok ni. Ramai jiran tetangga dan saudara mara yang ingat ia hanya pokok hiasan. Pokok sayur ini ada aku tengok jual di pasar. Korang beli buat sayur, batang yang keras tu bolehlah di tanam. 

Nak dapatkan pelbagai informasi di blog ini, klik SINI

p/s:  Benih pokok bayam brazil aku jauh asal tempatnya iaitu dari Air Hitam Johor. Sanggup aku dengan muka tak malu minta teman alam maya poskan batangnya dari sana. Masa tu tak meluas lagi bayam brazil ni.... hah!

#sumber info: rootofscience.com

2 comments:

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...