Setiap pemilik rumah sudah tentu bermimpi mewujudkan keselesaan dan kehangatan di rumahnya. Semestinya rekabentuk dalaman rumah ini mengikut citarasa dan konsep pilihan yang di minati oleh pemilik rumah. Boleh buat dan reka sendiri rekabentuk dalaman yang di inginkan. Ataupun pilih konsep yang tengah trending di waktu ini.
Rekabentuk Dalaman Rumah Ikut Citarasa Dan Konsep Pilihan Yang Di Minati
Tak kisahlah konsep dan citarasa apapun asalkan rumah kelihatan cantik, kemas dan harmoni. Sudah pastinya sesuai dengan citarasa pemilik dan para penghuninya. Salah satu ruang di rumah yang sangat di titikberatkan adalah ruang tamu. Ia adalah tempat keluarga dan tetamu berkomunikasi, bersantai, berehat dan juga menikmati kehidupan.
Jadi suasana mesti terlihat aman, tenang dan sudah semestinya cantik. Terdapat pelbagai cara untuk menghiasi ruang tamu dengan menyesuaikan susunan perabot dan warna yang bersesuaian agar menjadi ruang tamu yang sangat cantik dan menarik dengan memasukkan elemen konsep pilihan yang di minati.
Mari kita semak konsep terkini yang selalu menjadi pilihan ramai ini:
- 1 - Moden
Istilah moden merujuk kepada rumah dengan design yang bersih, pemilihan warna sederhana, penggunaan material seperti logam dan kaca. Design moden juga mengutamakan effect simple pada setiap elemen termasuklah perabot.
Rumah dengan rekabentuk moden bukan saja menjadi trend semasa malahan ia di pilih kerana rekabentuk yang begitu menarik, elegan dan cantik di pandang. Konsep ini mempunyai unsur menyerlah berdimensi kemas eksotik santai mesra selesa dan pada masa yang sama ia mestilah tampil simple namun sentiasa kelihatan elegan dan mewah.
- 2 - Kontemporari
Moden dan kontemporari adalah dua gaya yang sering digunakan bersama. Apa yang membezakannya adalah design modern contemp lebih bersifat fleksibel dan tidak terlalu kaku. Bagi yang inginkan hiasan dalaman rumah yang nampak sofistikated dan terkini, anda bolehlah menggunakan idea kontemporari ini.
Ramai yang dah gunakan gaya ni sebenarnya, sebab tak perlukan banyak barang dan sangat sesuai sebagai hiasan dalaman rumah teres. Antara tip-tip untuk untuk menghias rumah secara kontemporari ialah dengan memilih warna putih dan hitam sebagai warna asas, dan gunakan elemen warna bumi sebagai gabungan sekunder dan warna tertier untuk penampakan lebih dramatik.
- 3 - Minimalis
Konsep minimalis adalah design yang sangat disederhanakan! Konsep ini menggunakan warna-warna neutral yang menimbulkan kesan lapang, perabot dan aksesori yang coraknya sederhana. Minimalis bukan baru dalam dunia hiasan dalaman dan seni bina, malah ia mempunyai kelebihan tersendiri yang menaikkan ciri asal kediaman menggunakan konsep berkenaan.
Gaya minimalis adalah reka bentuk menampilkan ciri-ciri keseriusan dan ringkas dalam hiasan. Biasanya ia dilengkapi perabot pelbagai fungsi dan objek hiasan berbentuk geometri yang kompak, hitam atau kelabu. Konsep sebegini juga selalunya tidak menggunakan gabungan lebih daripada dua warna asas. Hiasan minimalis amat mementingkan pembahagian ruang yang sempurna.
- 4 - Industrial
Konsep ini memaparkan elemen-elemen yang ‘kasar’ dan tampak lebih maskulin dengan penggunaan bahan seperti logam, batu-bata dan kayu. Material yang digunakan juga adakalanya daripada bahan terbuang atau kitar semula yang diolah hingga boleh dijadikan hiasan.
Kebiasaannya, pemilihan konsep ini menggambarkan pemilik seorang yang kreatif dan inovatif kerana mampu menyuaipadankan material tekstur batu bata, konkrit atau kayu dengan pencahayaan tepat yang hanya menggunakan lampu-lampu kilang.
- 5 - Scandinavian
Konsep Scandinavian mampu memberikan kita rasa selesa dan juga ketenangan. Scandinavian juga merupakan gaya yang ringkas. Perabot dan hiasan yang dipilih merupakan design yang simple/ clean finished supaya ruang yang terhad kelihatan lapang dan straight forward!
Kebiasaannya ia menggabungkan perabot kayu dengan dekorasi yang berwarna pastel dengan cantik. Susunan perabot dan dekorasi rumah ini memainkan peranan yang penting bagi mencipta konsep scandinavian. Hal ini kerana, konsep ini lebih menonjolkan perincian lantai, dinding serta perabot yang berunsurkan kayu. Perincian yang biasa digunakan bagi gaya ini ialah pasu, bingkai gambar, lampu, meja, sofa dan lain-lain.
- 6 - Klasik
Gaya klasik yang sering menjadi pilihan masyarakat kita pada hari ini ialah gaya klasik yang dibawa daripada Eropah dengan gabungan warna-warna seperti putih, hitam dan kelabu. Kebiasaannya, perabot bagi gaya ini lebih mahal supaya memperlihatkan aura kemewahan pemilik rumah yang juga memerlukan proses penyelenggaraan yang berkala.
Gaya klasik ini juga sering dikaitkan dengan penggunaan bingkai-bingkai kayu ataupun lebih dikenali sebagai wainscoting. Hal ini kerana, kebanyakan rumah-rumah Inggeris klasik memasang wainscoting hampir di setiap ruang rumah termasuk tandas dan dapur. Gaya ini juga dilengkapi dengan permaidani, langsir serta perabot yang menggunakan warna-warna keemasan bagi menyerlahkan konsep klasik yang diterapkan.
Dengan ini dari perkongsian ini, di harap anda menemui hiasan rekabentuk dalaman rumah yang bersesuaian ikut citarasa dan konsep pilihan di minati. Jangan lupa untuk menikmati setiap saat yang anda luangkan untuk menjadikan rumah lebih cantik dan hebat. Yang penting, keselesaan dan kegembiraan yang di nikmati bersama keluarga!
Nak dapatkan pelbagai informasi di blog ini, klik SINI
p/s: Minat dengan konsep scandinvian tapi belum lagi dapat di adaptasi sepenuhnya. Insya'allah akan disempurnakan nanti... !
#sumber FB fabello design
Kalau saya, saya suka konsep minimalis, kontemporari and modern. Simple and nice! :D
ReplyDeletebestnya kalau kaya..huhu
ReplyDelete