09 March 2021

6 Makanan Yang Selalu Menjadi Punca Keracunan, Bukan Untuk Menakutkan Tapi Kena Hati-Hati Tau!!

Sekiranya anda mengalami sakit perut, cirit-birit dan muntah berlarutan, ia merupakan antara gejala dan simptom yang paling biasa berlaku kepada mereka yang mengalami keracunan makanan. Jangan di abaikan simptom kasakita ini. Namun, apakah penyebab sebenar keracunan makanan? Adakah boleh makanan penyebab keracunan?

Makanan Yang Selalu Menjadi Punca Keracunan
Makanan Yang Selalu Menjadi Punca Keracunan

Anda boleh mengalami keracunan makanan apabila makanan yang anda makan itu tercemar disebabkan oleh cara penyediaan yang tidak betul dan makan menggunakan tangan yang kotor. Memakan makanan yang sudah berbau, basi dan tamat tempoh juga boleh menjadi punca keracunan makanan.




Tetapi adakah anda tahu, sebenarnya  ada terdapat makanan tertentu yang boleh meningkatkan risiko keracunan makanan. ini. Jom semak apakah jenis makanan penyebab dan menjadi punca keracunan tersebut. Antaranya adalah:

6 Makanan Yang Selalu Menjadi Punca Keracunan, Bukan Untuk Menakutkan Tapi Kena Hati-Hati Tau!!


- 1 -  Telur Mentah

Makanan Yang Selalu Menjadi Punca Keracunan


Telur mentah sering terdedah kepada pencemaran yang disebabkan oleh bakteria salmonella. Cara untuk mencegah keracunan ini adalah dengan mencuci telur sebelum dimasak dan memastikan ia masak sepenuhnya atau sekurangnya-kurangnya matang. Ibu yang mengandung harus mengelakkan daripada
memakan telur separuh masak, okay?

- 2 - Sayuran

Makanan Yang Selalu Menjadi Punca Keracunan


Sayuran hijau seperti buncis, salad, sawi, bayam atau sayur-sayuran lain merupakan sajian yang baik dan menyihatkan. Tetapi tanpa anda sedari sayuran seperti ini juga berpotensi menjadi penyebab keracunan makanan.

Ini kerana sayur mudah tercemar dengan kotoran yang terdapat pada tanah. Penggunaan pisau yang sama dengan daging mentah juga boleh menyebabkan pencemaran silang. Jadi berhati-hati, ya?

- 3 -  Tuna

Makanan Yang Selalu Menjadi Punca Keracunan


Ikan seperti tuna juga boleh meningkatkan risiko keracunan apabila ia sudah tercemar dengan scombrotoxin. Masalah ini boleh menyebabkan anda berasa sakit kepala, kekejangan dan kemerahan pada seluruh badan.

Kaedah penyimpanan ikan tuna yang tidak betul atau disimpan pada tempat yang melebihi suhu 60 ℃ akan menyebabkan racun keluar daripada ikan. Bahaya!

- 4 - Daging Merah

Makanan Yang Selalu Menjadi Punca Keracunan


Hidangan daging yang tidak dimasak sempurna seperti daging mentah mengandungi racun dari pencemaran bakteria E.coli. Cara terbaik untuk mencegah keracunan disebabkan oleh daging adalah dengan memastikan ia dimasak dengan sempurna.

- 5 - Tiram

Makanan Yang Selalu Menjadi Punca Keracunan


Makanan laut dari jenis kerang-kerangan boleh menjadi punca keracunan makanan. Tiram merupakan antara makanan yang boleh menjadi punca keracunan disebabkan pencemaran virus dan bakteria berbahaya dari air yang tersimpan di dalamnya.

Bahkan cara pengendalian tiram yang salah sebelum dan saat dimasak juga meningkatkan risiko keracunan. Tiram mentah biasanya mengandungi racun vibrio vulnificus dan ia boleh memberikan reaksi alahan teruk seperti muntah, cirit-birit dan mual berlebihan.

- 6 - Kentang

Makanan Yang Selalu Menjadi Punca Keracunan


Biasanya kita akan membeli kentang dalam jumlah yang banyak, bukan? Tetapi selepas ini, mungkin anda ingin membelinya dalam jumlah yang sedikit sahaja. Ini kerana kentang yang disimpan terlalu lama berisiko terdedah kepada pencemaran silang dari Listeria, E.coli, Salmonella dan Shigella. Pencemaran ini boleh berlaku jika kentang disimpan bersama makanan lain seperti daging mentah.

Anggapan sesetengah orang mengatakan bahawa keracunan makanan adalah satu isu kecil. Tetapi hakikatnya mengalami masalah ini boleh mengganggu perjalanan tugasan harian anda. Nampak sesetengah gejala adah ringan tapi mingkin menjadi lebih bahaya apabila tidak di tangani dengan baik.

Jadi sebaiknya, pastikan anda mengutamakan soal kebersihan sama ada dalam aspek penyimpanan dan penyediaan makanan serta kebersihan diri seperti membasuh tangan sebelum makan. Selain itu seeloknya basuh juga peralatan sebelum di gunakan. Bak seperti selalu di sebutkan oleh masyarakat iatu  lebih baik mencegah sebelum parah, kena hati-hati tau!

Nak dapatkan lebih informasi di blog ini, klik SINI

p/s: Pernah merasa terjah bilik air tanpa henti, makan pil hitam klinik, baru berhenti. Seksa oiiii....!


#sumber artikel: blog hellodoktor.com

2 comments:

  1. Mimpi ngeri kalau cirit birit non stop. Pernah merasai beberapa kali sebab termakan lauk basi. Betul betul mimpi ngeri sebab ulang alik ke tandas. Rasa nak tidur dalam tandas je 😂

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...