24 March 2021

10 Resepi Masak Merah Ayam, Daging, Ikan, Udang Dan Telur Yang Sedap Tak Terperi

Kadang-kadang apabila jemu masakan bergulai dan berkuah, ada kalanya tukar selera kepada masakan yang  agak kering kuahnya tapi tetap sedap tak terperi. Ayam, daging,ikan, udang dan telur semuanya boleh di buat masak merah yang sedap. Kita yang buat masakan ini, ikut selera kita lah masa tu nak samada ayam, daging,ikan, udang dan telur, kan!


10 Resepi Masak Merah Ayam, Daging, Ikan, Udang Dan Telur Yang Sedap Tak Terperi
10 Resepi Masak Merah Ayam, Daging, Ikan, Udang Dan Telur Yang Sedap Tak Terperi


Makan dengan nasi dan di gaul sebati dengan kuah yang pekat dan di suap ke mulut dengan nikmatnya. Anak-anak aku yang kuahnya yang sedikit itulah di korek dan kikis sampai kering. Itulah kesedapan sedap tak terperi nikmatnya tuh!


Jadi, kalau nak buat lauk masak merah ayam dan ikan ini, aku kena buat lebih sedikit kuah pekatnya itu. Kalau tidak, kering kontang kuah dengan isi sahaja yang tergolek dalam pinggan. Anak-anak suka, aku kena selalu buat lauk sebegini. Jadi aku kongsi di sini pelbagai resepi masak merah ayam dan ikan yang sedap tak terperi ini. Jomlah semak sama-sama... hehe!


10 Resepi Masak Merah Ayam, Daging, Ikan, Udang Dan Telur Yang Sedap Tak Terperi

- 1 - Resepi Masak Merah Ayam Madu

10 Resepi Masak Merah Ayam, Daging, Ikan, Udang Dan Telur Yang Sedap Tak Terperi

Bahan – bahan:
Bahan tumis (dikisar)
Serai 3-4 batang
Cili Merah 3 batang (dibuang biji)
Halia seinci
Bawang Putih 1 labu kecil (5-6 ulas)
Bawang Merah Kecil (4 biji)
Bawang Besar (2 labu saiz sederhana)
Cili Boh (anggaran 5 sudu besar)

Bahan tumis (ditumbuk)
Bawang Besar Holand (1 labu)
Sedikit kunyit hidup (pilihan)
3 sekawan
Kulit kayu manis/bunga lawang/buah pelaga
Sos Tomato (anggaran 4 sudu besar)
Sos Cili (anggaran 4 sudu besar)
Sos Tiram ( anggaran 3 sudu besar)
Air (untuk kuah)
Madu (anggaran 2 sudu besar)
Ayam setengah ekor
Ayam dipotong kecil, digaul dengan garam & kunyit kemudian di goreng setengah masak
Daun pandan sehelai (potong 3-4 bahagian)
Daun sup (pilihan)

Cara memasak masak merah ayam madu:

Tumis 3 sekawan, bahan kisar dan bahan tumbuk sehingga naik bau. Masukkan cili boh.
Tumis dengan api sederhana sehingga pecah minyak.

Masukkan kesemua sos dan tambah air untuk lebih berkuah. Tunggu sehingga menggelegak.
Masukkan ayam yang telah digoreng tadi bersama daun pandan dan madu. Masak dan biarkan pecah minyak sekali lagi.

Nota: Jika ingin cantik berkilat, letakkan sedikit gula batu. Akhir sekali, perasakan dengan garam dan taburkan daun sup.

- 2 - Resepi Ayam Masak Merah Perak

10 Resepi Masak Merah Ayam, Daging, Ikan, Udang Dan Telur Yang Sedap Tak Terperi

Bahan utama:
1/2 ekor ayam (perap dengan garam dan kunyit)

Bahan kisar:
10 tangkai cili kering*
1 sudu makan jintan manis*
3 sudu makan kacang tanah*
2 bji buah keras*
1 inchi belacan*
2 bunga lawang*
2 cengkih*
1/4btg kayu manis*
1 bji cili hidup
5 bji bwg merah
Sangai bahan bertanda* dan kisar halus dgn sikit air bersama cili hidup dan bawang merah dan tambahkan 4 sudu besar sos tomato.

Bahan tumis:
2bji bawang merah dimayang
3 ulas bawang putih dimayang
3 inci halia dimayang
1 kulit kayu manis
1 bunga lawang
3 cengkih
⅓ cawan santan pekat

Kaedah memasak ayam masak merah Perak:

Tumis semua bahan tumis hingga wangi. Masukkan bahan kisar tadi bersama sos tomato dan tumis hingga garing. 

Masukkn ayam goreng dan tambah sedikit air masak sebentar. Akhir sekali masukkan santan pekat dan perasa dengan garam dan gula. Siapp!

- 3 - Resepi Ayam Masak Merah Mudah

10 Resepi Masak Merah Ayam, Daging, Ikan, Udang Dan Telur Yang Sedap Tak Terperi

Bahan-bahan:
Ayam segar ½ ekor
Serbuk .kunyit
Garam

Bahan-bahan kisar:
Cili kering 1 mangkuk kecil (gunting dan rebus)
Bawang besar ½ labu
Bawang putih 2 ulas
Halia ½ inci

Bahan-bahan perisa:
Bawang besar 1 labu dihiris-hiris bulat.
Cili Sos 2-3 sudu makan
Susu cair ½ tin
Garam dan serbuk perasa secukupnya

Kaedah memasak ayam masak merah mudah:

Pertama kisarkan cili kering bersama bahan-bahan kisar lain. Ketepikan. Perasakan ayam dengan garam dan kunyit secukupnya. Goreng ayam tetapi jangan terlalu garing. Ketepikan.

Kurangkan minyak dan tinggalkan dalam anggaran 2-3 sudu minyak tersebut.Tumiskan bahan-bahan kisar tadi,tunggu sehingga cili naik minyak.

Apabila minyak telah naik, tambahkan garam, serbuk perasa dan sedikit gula jika mahu. Kacau biar rata. Kemudian masukkan pula bawang besar yang telah dihiris tadi.

Masukkan sekali ayam yang telah digoreng tadi juga. Gaul, tambah air jika perlu. Apabila semua telah mesra tambahkan susu cair. Gaul agar semua mesra. Tutup api.

Ada yang taburkan kacang pis jika mahu, tetapi saya tidak pernah tambah kacang kerana anak-anak tidak mengemarinya.

- 4 - Resepi Ayam Masak Merah Serai

10 Resepi Masak Merah Ayam, Daging, Ikan, Udang Dan Telur Yang Sedap Tak Terperi

Bahan-bahan masak ayam masak merah serai:
3/4 Ayam
6 Biji Bawang Kecil
4 ulas bawang putih
3 batang serai (dititik)
1 helai daun pandan (pilihan)
Segenggam cili kering

Cara memasak ayam masak merah serai:

Goreng ayam yang telah diperap dengan kunyit dan garam. Jangan terlalu masak untuk elakkan keras bila dihidang.

Tumis bawang kecil, bawang putih yang telah dikisar sampai wangi. Masukkan lada kering yang telah dikisar hingga pecah minyak.

Masukkan air asam jawa (secukup rasa). Masukkan garam secukup rasa. Masukkan serai yang telah dititik. Renihkan sampai pecah minyak.

Masukkan ayam yang telah digoreng. Kacau-kacau, siap!

- 5 - Resepi Ayam Masak Merah Santan

10 Resepi Masak Merah Ayam, Daging, Ikan, Udang Dan Telur Yang Sedap Tak Terperi

Bahan-bahan:
1 ekor ayam
1 tin kecil tomato puri
1 cawan santan pekat
1 tin kecil kacang peas (pilihan)


Bahan-bahan tumis:
½ biji bawang besar (dipotong nipis)
2 ulas bawang putih
2 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 biji cengkih


Bahan-bahan kisar:
20 biji cili kering (dipotong, direbus dan dikisar halus)
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 batang serai
1 cm halia
2 cm lengkuas
Kisar semua bahan-bahan.

Cara penyediaan ayam masak merah santan:

Gaulkan ayam dengan kunyit dan goreng agak masak. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga layu.

Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan goreng sekejap. Masukkan bahan-bahan kisar dan gaul rata. Masukkan tomato puri. Masak sehingga pecah minyak dan biarkan sedikit kering. Masukkan ayam, santan pekat dan gaul rata.

Masukkan gula dan serbuk secukup rasa. Biarkan mendidih. Perlahankan api sebentar dan biarkan kuah ayam sampai berminyak baru tutup api.

Masukkan kacang peas hijau sebagai hiasan. Siap dan sedia dihidangkan

- 6 - Resepi Ayam Masak Merah

10 Resepi Masak Merah Ayam, Daging, Ikan, Udang Dan Telur Yang Sedap Tak Terperi

Bahan bahan ayam masak merah:

1 ekor ayam – lumur garam + kunyit & goreng separuh masak.
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
2 sudu besar sos cili
60 ml santan
250 ml air
3 biji tomato – belah 4
Garam dan gula secukup rasa
Minyak utk menumis
Bahan kisar
4 biji bawang besar
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 cm halia
1 senduk besar cili kisar
Bahan hiris
3 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 cm halia
1 sudu besar sos cili/tomato

Kaedah memasak ayam masak merah:

Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan hirisan sampai layu. Kemudian masukkan bahan kisar dan gaul rata.

Lepas tu masukkan cili kering yang dikisar dan sos cili. Tumis sampai pecah minyak. Bila dah pecah minyak, masukkan ayam yang digoreng separuh masak tadi. Jika digoreng garing, ayam akan menjadi liat. Dikacau rata dan biarkan seketika.

Kemudian masukkan air mengikut banyak mana kuah yang disukai dan sos cili. Masukkan santan untuk memekatkan kuah mengikut yang disukai.

Masukkan buah tomato dan garam. Masak sehingga pecah minyak. Taburkan sedikit gula, jika suka. Bila rasa dah sebati, dan warnapun dah cantik, bolehlah ditutup api.

Jika suka, boleh masukkan kacang peas, sebelum ditutup api dan sedia untuk dihidangkan bersama nasi minyak, nasi briyani atau nasi tomato.

- 7 - Resepi Daging Masak Merah Thai

10 Resepi Masak Merah Ayam, Daging, Ikan, Udang Dan Telur Yang Sedap Tak Terperi


Bahan – bahan:
3-4 ulas bawang putih
Bawang besar
Lada besar
Cili kisar
Sos cili
Sos tomato
Sos tiram
Perasa
Garam
Gula

Cara – cara memasak daging masak merah thai:

Rebuskan daging dahulu. Apabila sudah masak, sejukkan sebentar. Ketukkan bawang putih. Panaskan minyak dan goreng daging sekejap.

Dengan minyak yang sama, tumiskan bawang putih yang telah diketuk tadi. Masukkan cili kisar dalam 2 sudu besar. Apabila sudah garing, masukkan sos cili, sos tiram dan sos tomato.

Masukkan air rebusan daging didalam 3 – 4 sudu. Letakkan perasa, garam dan gula. Letakkan lada besar dan bawang besar.

Kacau sebentar dan siap!

- 8 - Resepi Ikan Masak Merah

10 Resepi Masak Merah Ayam, Daging, Ikan, Udang Dan Telur Yang Sedap Tak Terperi


Bahan-bahan:
5 ekor ikan saiz sederhana
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci halia
cili kisar [ikut suka hati jika mahu pedas]
sos cili kimball
air asam jawa
garam
gula

Keadah memasak ikan masak merah:

Goreng ikan terlebih dahulu. Kisar bawang merah, bawang putih, halia dan cili dan tumiskan hingga naik bau.

Masukkan sedikit air dan sos cili kimball. Masukkan juga air asam jawa, garam dan gula hingga cukup rasa.

Masukkan bawang yang dipotong2 dan tomato untuk hiasan. Masukkan ikan yang telah digoreng dan kacau dan angkat.

Taburkan daun sup yang dipotong panjang2 sebagai hiasan. Sedia dihidang.

- 9 - Resepi Udang Masak Merah

10 Resepi Masak Merah Ayam, Daging, Ikan, Udang Dan Telur Yang Sedap Tak Terperi


Bahan-bahan :

Udang basah,
Bawang merah 2 ulas*,
Bawang putih 2 ulas*,
Halis sedikit (1 hiris)*,
Kunyit hidup sedikit (1 hiris)*,
Cili boh @ cili kering,
Sos tiram 1 sudu,
Sos tomato 1 sudu,
Sos cili 1 sudu.

Cara-cara masak udang masak merah:

Mula-mula bersihkan dan kopek kulit udang. Tidak kopek tidak mengapa mengikut selera.
Semua bahan bertanda *ditumbuk atau diblend.Panaskan minyak, tumis bahan bertanda *.

Jika bahan tumis sudah kering sedikit, masukkan cili kering, sos tiram, sos tomato dan sos cili. Jangan letak sos banyak-banyak nanti tidak sedap.

Tumis sampai pecah minyak gunakan api perlahankan, kalau kuat nanti terhangit, sambal jadi pahit.
Jika sudah garing, masukkan air sedikit.

Agak-agak sudah pekat, masukkan garam, penyedap rasa sedikit untuk menstabilkan rasa. Untuk cantikkan sambal, titikkan kicap sedikit supaya Nampak gelap sedikit.

Seterusnya masukkan udang. Jika udang sudah masak, tutup api. Hias dengan hirisan bawang.

- 10 - Resepi Masak Merah Telur

10 Resepi Masak Merah Ayam, Daging, Ikan, Udang Dan Telur Yang Sedap Tak Terperi


Bahan-bahan: 
5 biji telur goreng
1 biji bawang merah besar | dikisar
1 biji bawang merah besar | dihiris bulat
1″ halia dikisar
2 ulas bawang putih | dikisar
11 biji cili kering | dikisar
2 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tomato
1 kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
3 bunga lawang
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Cara memasak masak merah telur:

Goreng telur dan ketepikan. Gunakan sedikit minyak tadi dan tumis bahan kisar dan rempah tumis sehingga garing dan wangi.

Masukkan sos cili, sos tomato dan kacau sehingga naik minyak. Masukkan air asam jawa dan rasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

Masukkan telur yang digoreng tadi dan kacau sebati. Masukan bawang besar yang dihiris bulat dan juga buah tomato yang dipotong baji. Siap!

Resepi sedap mestilah di kongsi bersama kan! Dalam kehidupan ini memang biasa aku buat dan masak lauk sebegini untuk hidangan sekeluarga. Selain mudah, iaqa cukup dengan khasiat protin. Sudah semestinya pula sedap dan lazat,

Nak dapatkan macam-macam resepi di blog ini, boleh klik terus di SINI

#kredit page FB Oresepi

No comments:

Post a Comment

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...