04 February 2021

Resepi Kuih Getuk Ubi Kayu. Jumpa Ubi Kayu Upah Menebas... !

Kuih getuk ubi kayu ni memang kuih lama yang memang ada sejak dulu lagi. Masa duduk  di kampung waktu kecil dulu, mak aku rajin buat kuih ni dan beberapa jenis kuih berasaskan ubi kayu lagi. Al maklum keliling kawasan rumah banyak di tanam pokok ubi kayu. Kenyang jugalah kami makan ubi kayu waktu tu.


Resepi Kuih Getuk Ubi Kayu. Jumpa Ubi Kayu Upah Menebas... !
Resepi Kuih Getuk Ubi Kayu. Jumpa Ubi Kayu Upah Menebas... !


Sungguh mengimbau kenangan lalu apabila aku membuat kuih getuk ubi kayu ni. Lama sudah aku tak jumpa dan membeli ubi kayu.  Ubi kayu ini aku dapat dari penat lelah menebas dan membajak tanah tepi rumah untuk berkebun membuat kebun sayur-sayuran. Terasa berbaloi menebas belukar apabila mendapat habuan ubi kayu. Upah bepenat lelah menebas gitu... hehe!


Betapa seronoknya aku bila dapat 3 - 4 ketul ubi kayu ini. Mulanya aku nak rebus ubi kayu ini dan makan dengan sambal tumis tapi memandangkan hanya banyak tu saja mumlah ubi kayu ini, mestilah tak cukup untuk aku makan anak beranak. Kecewa juga lah tak boleh nak makan ala-ala zaman jepun, haha! Jadi kena fikir untuk buat makanan yang lain. 



Nak buat kuih bingka renyah pula kerjanya. Jadi aku ambil jalan senang, buat kuih getuk ubi kayu saja. Kuih yang macam kuih cekodok saja rupanya tu. Nak buatnya pn senang. Tanpa berfikir lagi, terus aku menjalankan proses membuatnya. Kuih getuk ubi kayu ini bahan-bahannya main aga-k-agak saja. Buatlah anggaran sendiri. Jom layan resepi yer!


Resepi Kuih Getuk Ubi Kayu. Jumpa Ubi Kayu Upah Menebas... !

Bahan-bahan memasak kuih getuk ubi kayu:

Ubi kayu
Kelapa parut
Tepung gandum
Gula
Air
Garam
Bijan - jika suka
Minyak masak secukupnya

Cara-cara membuat kuih getuk ubi kayu:


Ubi kayu di buang kulit, di potong kecil dan di rebus. Ubi kayu di potong kecil agar cepat empuk. Apabila masak, toskan seketika dan lecek sampai hancur.

Resepi Kuih Getuk Ubi Kayu. Jumpa Ubi Kayu Upah Menebas... !


Tambahkan kelapa parut, tepung, gula. garam dan sedikit air. Masukkan bahan ikut anggaran sendiri sehingga boleh di bentuk dan di kepal dengan elok. Golekkan pada bijan, jika suka. 

Seterusnya goreng terendam dalam minyak yamg banyak. Apabila bebola ubi kayu @ kuih getuk ubi kayu sudah garing dan berwarna keperangan, bolehlah di angkat dan di toskan.

Kuih getuk ubi kayu sedia untuk di hidangkan untuk minum petang. Sedap dan mengimbau nostalgia zaman kecil aku sungguh. 

Aku buat kuih getuk ni dalam bebrapa bulan lalu. Bijan tak berapa nak lekat pula pada adunan. Tak taulah apa sebabnya. Masih tak tau teknik lagi. Mak aku buat di kampung dulu elok saja melekatnya. Entahlah... hahaha!

Nak dapatkan resepi-resepi menarik di blog ini, klik SINI

p/s: Ubi kayu ini tanam sendiri tak berisi, campak batang dalam semak tumbuh elok ubinya... huh!

No comments:

Post a Comment

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...