Ramai di antara kita mengalami kolestrol yang tinggi dalam badan. Puncanya adalah di sebabkan pemakanan tidak sihat. Pengambilan makanan yang tinggi kandungan lemak tepu biasanya akan meningkatkan kadar kolestrol. Mempunyai tahap kolestrol yang tinggi bukanlah penyakit, tetapi ia berpotensi menyebabkan pelbagai jenis penyakit antaranya stroke, sakit jantung, diabetis, dan tekanan darah tinggi. Akan tetapi tahukah anda, kolestrol yang tinggi mampu membunuh anda dalam diam?
Resepi Jus Kolestrol Buat Sendiri Guna 5 Bahan, Untuk Kesihatan Yang Lebih
Baik
Anda dapat mengesan tanda-tanda kolestrol tinggi dari perubahan kesihatan.
Antara gejala yang sering dihidapi oleh golongan yang memiliki tahap kolestrol
yang tinggi ialah:
- Terasa pening dari bahagian belakang kepala (petanda strok)
- Kejang pada bahagian leher dan bahu.
- Kerap kejang di bahagian kaki dan tangan.
- Kebas kaki dan tangan
- Dada sebelah kiri seperti tertusuk/ nyeri – Saluran darah di jantung
tersumbat (petanda sakit jantung)
Kandungn jus kolestrol ini adalah halia, bawang putih, lemon, madu, dan
cuka epal. Kesemua bahan ini mudah di dapati di dapur anda. Sudah pasti ia
dari bahan semulajadi yang bebas dari bahan kimia dan pengawet. Itulah
kelebihan apabila merawat diri sendiri dengan bahan semulajadi ini iaitu di
minum tanpa rasa was-was.
Mari kita semak khasiat bahan yang di gunakan :
- 1 - Halia
Halia merupakan herba tradisi yang banyak digunakan, ia mempunyai rasa pedas,
memberi aroma wangi dan sebagai penambah rasa dalam masakan, malah membantu
membuang bau hanyir untuk masakan ayam, ikan dan daging. Halia juga
diakui dapat membantu mengeluarkan angin dari dalam badan.
Selain itu. halia merupakan ubat penahan sakit semula jadi yang
kuat. Jika anda mengalami gangguan pernafasan kerana batuk, halia
membantu dalam mengembangkan paru-paru anda dan mencairkan kahak. Halia
juga telah digunakan beribu-ribu tahun sebagai rawatan semula jadi untuk demam
dan selesema dalam kalangan orang dewasa.
Seterusnya halia sesuai dalam membantu pencernaan, seterusnya meningkatkan
penyerapan makanan dan mengelakkan sakit perut. Jangan tak tau, Halia kaya
dengan kandungan antioksidan yang mampu melawan radikal bebas.
Ia juga mempercepatkan proses pembaharuan dalam badan, melindungi dan
memperbaiki sel-sel, sekali gus melambatkan proses penuaan. Juga halia
mengandungi banyak elemen “pembakaran”, mempercepatkan metabolisme dan
mengurangkang selera makan.Justeru ia mampu menurunkan berat badan.
- 2 - Bawang Putih
Khasiat bawang putih memang diketahui sangat berguna untuk kesihatan manusia
kerana membantu dalam membunuh parasit, membantu dalam sistem pernafasan,
perbaiki sistem penghadaman dan kandungan tenaga yang rendah.Ia telah
digunakan semenjak 510 sSM di China sebagai tumbuhan sihat untuk kesihatan
manusia.
Kajian saintis menunjukkan setiap 100 gram bawang putih mengandungi 623 kJ
kalori, karbohidrat (33 g), gula (1 g), serat (2.1 g), lemak (0.5 g),
protein (6.39 g), beta karotin ( 5 microgram), thiamine (vitamin B1) (0.2
microgram), riboflavin (vitamin B2) (0.11 microgram), niacin (0.7
mucrogram), asid panthitenik (0.59 microgram), Vitamin B6 (1.2535
micragram), folate (3 microgram), vitamin C (31.2 mg), kalsium (181 mg), zat
besi (1.7 mg), magnesium (25 mg), fosforus (153 mg), kalium (401 mg),
natrium (17 mg) dan zink (1.16 mg). Kandungan zat lain ialah seperti mangan
(1.672 mg) dan selenium (14 micrograms).
Kandungan nutrien ini memberikan bawang putih sebagai sumber mineral utama
untuk kesihatan manusia. Selain berfungsi sebagai anti bakteria, bawang
putih di dapati sangat baik untuk mengelakkan penyakit serangan jantung dan
mengurangkan tekanan darah tinggi dan penyakit kanser. Kajian saintis juga
mendapati bawang putih mampu mengurangkan penyempitan kolesterol pada
saluran darah dalam kardiovaskular manusia. Kajian lain nyatakan ianya dapat
kurangkan kandungan gula dalam badan dan mngurangkan batuk.
Bawang putih mempunyai khasiat sebagai antibiotik di dalam tubuh manusia.
Bawang ini telah dikenal pasti dapat memecahkan kolestrol yang menyekat
perjalanan darah pada salur darah dan kolestrol ini dikenal pasti sebagai
punca kepada penyakit darah tinggi.
- 3 - Lemon
Lemon mengandungi asid citric, Calsium, Magnesium, Vitamin C, Bioflavonoids,
pectin dan limonene yang meningkatkan tahap imun sistem kita dan melawan
sebarang jangkitan. Lemon ni memang sedia maklum dengan dua khasiatnya yang
terulung iaitu sebagai antibakteria dan antiviral yang kuat serta sebagai
kuasa untuk boost immune system. Selain itu lemon juga terkenal sebagai ‘ubat
kurus’ kerana jus limau membantu dalam proses pencernaan dan sebagai
‘pembersih’ hati atau detox.
Selain itu, lemon mampu mengelak masalah penghadaman seperti gastrik,
kembung perut, angin dalam badan dan pedih ulu hati. Juga bertindak
sebagai agen detox. Lemon bersifat antiseptik dan mempunyai kesan
‘pembersihan’ yang baik kepada hati, buah pinggang dan darah. Hati kita
bekerja untuk perkumuhan dan penapis, apabila ia dibersihkan, kita akan merasa
lebih bertenaga dan bersemangat untuk membuat kerja.
Minum air lemon memberi bekalan vitamin C semulajadi yang baik untuk kita. Ia
juga memberi folate dan minerals seperti potassium, kalsium dan magnesium
untuk tubuh.Kandungan mineral yang tinggi dalam lemon juga menyebabkan ia
boleh bersifat alkali dan membuang atau merendahkan asid dalam badan. Air
lemon amat membantu dalam perkumuhan dan mengelakkan sembelit atau
cirit-birit.
Lemon boleh meningkatkan kesihatan kulit. Kandungan Vitamin C dalam lemon
boleh membantu memperbaiki masalah kulit, lemon juga bersifat membersih,
antibiotik dan antioksidan yang lebih penting untuk kulit. Limonoid
glucosides adalah sejenis flavonoid yang ada dalam lemon, kajian mendapati ia
ada ciri-ciri anti-karsinogik yang boleh membantu mengelak risiko barah.
Air Lemon membantu hati menghasilkan lebih hempedu yang membantu menghadam
lemak degil. Hal ini membantu bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan
secara sihat dan berkesan. Ciri-ciri antibakteria yang terdapat pada
lemon boleh membantu merawat sakit tekak. Ia juga mengandungi ciri-ciri antioksida dan antibiotik yang juga boleh
membantu mengurangkan bau badan.
- 4 - Madu
Mereka yang rajin minum madu dalam kuantiti yang disarankan amat bagus kerana
dapat membantu meningkatkan kekuatan sistem imunisasi badan. Mengamalkan madu
dapat menghindarkan diri dari sebarang virus atau influenza. Dengan mengambil
madu secukupnya, ia dapat meningkatkan kekuatan badan supaya tidak mudah jatuh
sakit.
Madu terkenal dengan pelbagai nutrisi berupa vitamin dan mineral yang
diperlukan tubuh. Ia sangat baik untuk diamalkan dan mencukupkan keperluan
tubuh. Antara kandungan nutrisi madu adalah magnesium, kalsium, fosforus, zat
besi, dan kalium. Maka tidak hairanlah ramai yang mengagumi khasiat madu asli.
Kandungan antioksidan pada madu juga dapat mencegah dan mengurangkan risiko
penyakit jantung untuk menghindarkan diri dari penyakit yang sangat merbahaya.
Dengan rajin meminum madu, ia akan melambatkan proses pengoksidaan kolestrol
jahat yang berpengaruh buruk pada kesihatan jantung.
Khasiat madu untuk kesihatan juga adalah ia dapat mengawal gula dalam darah
agar tetap stabil tanpa insulin. Minum air campuran madu semasa perut kosong
dipagi hari dapat menurunkan tekanan gula dalam darah.
- 5 - Cuka Epal
Cuka epal diperbuat daripada cider dan mempunyai warna kuning pucat.
Sepertimana jenis cuka yang lain, ia mempunyai rasa yang masam disebabkan oleh
kehadiran asid asetik (acetic acid) dan asid malik (malic acid).
Khasiat cuka epal dalam menurunkan berat badan adalah kerana kehadiran asid
asetik, yang boleh mengganggu keupayaan tubuh untuk mencerna kanji. Apabila
hal ini berlaku, lebih sedikit jumlah makanan yang dipecah menjadi kalori
dalam aliran darah dan ini boleh memberi kesan kecil terhadap berat badan
anda.
Cuka epal, individu boleh mengelak dari menjadi mangsa diabetes. Kesan
anti-glisemik daripada cuka epal dikaitkan dengan keupayaannya untuk
menghalang sebahagian daripada kanji daripada dicerna dan menurunkan paras
gula darah anda.
Cuka epal membantu mengimbangi tahap pH badan, yang kemudiannya menurunkan
tekanan darah. Cuka epal memecahkan simpanan lemak dan kahak dalam badan dan
ini membantu peredaran darah yang lebih baik selain mengurangkan tekanan
terhadap dinding arteri. Ciri-ciri anti-hipertensi cuka epal juga boleh
dikaitkan dengan kandungan kaliumnya yang tinggi, berfungsi mengurangkan kesan
negatif natrium atau garam pada tekanan darah.
Selain itu, epal juga mengandungi pektin, jenis serat yang didapati menurunkan
tahap kolesterol. Seperti mana yang kita ketahui, pengurangan kadar kolesterol
juga bermakna risiko penyakit jantung adalah lebih rendah. Cuka juga
mengandungi kandungan asid klorogenik, antioksidan yang terbukti secara
saintifik untuk melindungi individu daripada penyakit jantung. Dos pektin yang
tinggi juga menyumbang secara langsung kepada kesihatan jantung.
Halia
Bawang putih
Lemon
Madu
Cuka epal
Kesemua bahan di buat dalam anggaran sahaja. Kiranya dapat jus yang pekat tau.
Halia, bawng putih dan lemon di kupas di bersihkan dan di kisar halus
berasingan. Sebelum di kisar, potomg kecil halia. Tapis halia dengan
berhati-hati agar serat benar-bebar halus dan gebu.
Seterunya potong kecil bawang putih dan kisar halus. Ia juga perlu di tapis.
Seterusnya kopek buah lemon dari kulitnya dan pastikan biji lemon di buang
juga. Kisar agar benar-benar halus. Kisar setiap bahan ini dengan secawan air
agar mendapat secawan jus yang pekat setiap satunya.
Campurkan ketiga bahan jus tadi kedalam sebuah periuk. kacau rata. Biarkan
sehingga mendidih. Masukkan secawan cuka epal ke dalam bancuhan tiga jus
tadi. Kacau sampai mendidih sekali lagi.
Tutup api dan biarkan sejuk seketika. Apabila bahan jus telah sejuk, tuangkan
madu ke dalamya. Anggaran dalam secukup manis seperti yang kita mahukan.
Kacau sebati.
Seterusnya tuang ke dalam botol yang sesuai untu di simpan. Seeloknya simpan
dalam botol kaca. Simpan dalam peti sejuk bahagian. Hasil yang di dapati boleh
tahan 3 -4 bulan untuk di gunakan.
Minum 2 sudu besar setiap pagi semasa perut kosong. Amalkan pemakanan jus
kolestrol ini Insya'allah anda akan dapat manafaatnya. Kolestrol berada di
paras normal, pembuangan lawas, badan pun terasa ringan dan lebih
bertenaga.
Sekiranya anda mengalami tanda-tand kolestrol tinggi dalam badan,
eloklah mencuba membuat jus kolstrol ini. Buat sendiri guna 5 bahan jer.
Semestinya untuk kesihatan yang lebih baik... gitruh!
Nak dapatkan pelbagai informasi menarik di blog ini, klik
SINI
p/s: Aku pun sedang berkira-kira untuk membuatnya ni... hihi!
Sumber : FB Mona Din
Bolehlah cuba nanti
ReplyDelete