24 February 2021

Cara Membuat Kimbap Ringkas Dan Sedap Dengan Resepi Simple..

Suatu hari tu anak- anak sibuk nak membuat kimbap iatu satu jenis makanan Korea. Diorang gigih memujuk aku membeli bahan utama membuat kimbap iatu rumpai laut. Mana lagi nak membeli, kalau bukan di laman shopee. Ini semua gara-gara penangan rajin menonton drama Korea lah ni... hehe!

Cara Membuat Kimbap Ringkas Dan Sedap Dengan Resepi Simple..
Cara Membuat Kimbap Ringkas Dan Sedap Dengan Resepi Simple..


Selepas sepaket rumpai laut sampai ke rumah, sibuk pula diorang menggodek resepi di internet cara membuat kimbap. Aku suruh dorang cari cara membuat kimbap rimgkas yang mudah dan resepi kimbap  yang simple jer. Kalau yang jenis susah dan rumit nanti tak menjadi pula... hahaha!

Aku jadi tertanya-tanya apa benda kimbap ni. Sekali tengok rupanya tak jauh beza dengan sushi makanan Jepun yang terkenal tu. Kimbap adalah makanan Korea yang diperbuat daripada nasi putih dan ditambah dgn macam-macam bahan dan digulung dalam lapisan seaweed kering. Kira macam nasi gulung la ni. Bezanya makanan Korea ini dengan makanan Jepun adalah nasi kimbap ditambah dengan minyak bijan, sushi pula ditambah cuka. 



Marilah kita lihat cara membuat kimbap ringkas dan sedap dengan resepi simple ini. Kita buat dengan bahan-bahan yang mudah dan senang di jumpai di pasaraya.  Tak perlulah bersusah payah nak cari beras sushi tu. Timun Jepun pun tak di jumpai. Buat apa yang ada sajalah yer...!

Cara Membuat Kimbap Ringkas Dan Sedap Dengan Resepi Simple..


Bahan-bahan membuat kimbap:


1 paket rumpai laut (seaweed)  - 10 keping
Sepaket sosej - 10 batang
Sepaket jejari ketam (crab stick) -10 batang
Beras biasa secukupnya
1 batang lobak merah
Lada sulah
Minyak bijan
Garam
Tikar bambu - untuk menggulung kimbap


Cara membuat kimbap:


Nasi di masak seperti biasa cuma di lebihkan sedikit airnya untuk membuat nasi yang sedikit lembik dan lembut. Lobak merah di potong jejari ataupun boleh juga di parut kasar. Sosej dan jejari ketam di rebus seketika. 

Seterusnya apabila  nasi sudah masak bolehlah di gaul dengan lada sulah, minyak bijan dan garam secukup rasa. Anggaran nasi dan bahan-bahan boleh olah sendiri ikut banyak mana yang di perlukan.

Sosej dan jejari ketam bolehlah di potong memanjang ikut besar yang di sukai. Seterusnya bentang tikar bambu yang khusus untuk membuat kimbap. Letak sekeping rumpai laut yang telah di renjis dengan sedikit air untuk melembutkannya.

Sudukan nasi secukupnya atas rumpai laut dan ratakan. Letak inti yang di sukai. Resepi aku ini letak sosej, jejari ketam dan parutan lobak merah sahaja. 

Gulung tikar bambu dengan cermat dan ketat untuk mendapat segulung kimbap yang belum di potong. Buka tikar bambu perlahan-lahan. Dan ketepikan tikar bambu itu.  

Selepas itu dengan memnggunakan pisau yang tajam, potomg dengan berhati-hati kimbap agar tidak terlerai. Maka terjadilah kimbap yang ringkas dan sedap dengan resepi simple. Boleh makan dengan sos kewpie. Kalau tak ada, makan dengan sos cili dan mayonis pun sedap dan lazat.

Seaweed (rumpai laut) untuk membuat Kimbap
Seaweed (rumpai laut) untuk membuat Kimbap


Itulah ceritanya satu petang anak-anak membuat kimbap ringkas dan sedap dengan resepi simple. Serius, sebenarnya sebelum makan kimbap yang di buat anak-anak ini aku tak pernah makan kimbap. Makan sushi tu adalah juga sekali sekala. Rasanya tak jauh beza pun pada tekak aku... hihi!

Nak dapatkan pelbagai resepi menarik di blog ini, klik SINI

p/s: Patutlah satu hari tu anak-anak beria nak membeli tikar bambu acuan kimbap ni di Daiso. Mati-mati aku ingatkan diorang nak buat hiasan. Rupanya acuan... hmm!

1 comment:

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...