Seperti yang diketahui aku sekarang ini gigih bercucuk tanam di laman kebun
tepi rumah. Setelah pindah ke rumah tanah lot ni tak berhenti aku menanam
pokok-pokok sayuran. Kebanyakannya aku tanam di dalam pasu dan polibeg
memandangkan tanah di laman tepi rumah aku ni tanah keras berbatu kesan
tambakan tebusguna tanah gambut. Untuk mengerjakan penanaman itu aku
selalu membeli tanah hitam, tanah sawit, tanah 2 in 1 dan pelbagai jenis tanah
lagi demi untuk mendapatkan tanah yang subur dan sesuai untuk penanaman sayur.
Buat Tanah Kompos Dari Rumput Rampai Yang Tumbuh Melata Di Laman Kebun Tepi
Rumah
Bercucuktanam ini memang banyak menggunakan tanah. Asyik nak kena beli tanah. Kalau mendengarkan saban minggu membeli tanah, bagaikan orang kaya yang sudah ada tanah berekar-ekar. Rupanya hanya nak membeli tanah yang dalam plastik beg saja. Kalau banyak pasu dan pokok yang hendak di tanam, makin banyaklah tanah yang perlu di beli. Terfikir di minda, mesti ada cara agar aku boleh menjimatkan tanah agar tidak perlu selalu membeli ataupun gunakan benda yang boleh di kitar semula untuk menjadikan tanah. Tak gitu...?
Buat Tanah Kompos Dari Rumput Rampai Yang Tumbuh Melata Di Laman Kebun Tepi Rumah
Dari pembacaan dan perkongsian orang ramai di internet aku jumpa cara untuk
meminimumkan pembelian tanah buat penanaman pokok-pokok sayur aku ini.
Caranya dengan buat tanah kompos sendiri dari rumput rampai yang tumbuh
melata d laman kebun tepi rumah aku ini. Cabut rumput rampai yang tumbuh
melata dan kumpul dalam sebuah bekas.
Setelah itu biarkan selama lebih kurang 2 - 3 minggu. Lagi lama di biarkan
mereput, lagilah bagus. Rumput rampai itu akan mereput menjadi tanah semula.
Ia adalah tanah kompos yang subur dan sesuai untuk penanaman. Seterusnya
boleh di campur dengan tanah yang di beli. Tanah ini sesuai untuk penanaman
sayur-sayuran, bunga-bungaan dan juga pokok buah-buahan.
Mari kita selongkar informasi, apa itu tanah kompos:
Tanah kompos terhasil melalui pereputan semulajadi bahan-bahan seperti rumput
kering, daun-daun kering, ranting mudah reput, sisa buangan dapur, sisa
sayuran, buah-buahan dan sebagainya. Secara umum, di kawasan hutan tebal
daun-daun kering yang gugur dan pokok kayu yang mati akan terkompos secara
semulajadi oleh mikroorganisma pengurai.
Ia akan menjadi humus dan sebagai makanan kepada tumbuhan yang masih hidup.
Bagi cara manual ia dikumpulkan dalam satu bekas dan dibiarkan mereput
sehinggalah ia bertukar menjadi kompos yang tidak berbau, berwarna hitam dan
kaya dengan zat makanan.
Ada beberapa cara membuat kompos, antaranya:
- a - Kompos cara biasa yang menggunakan daun2 kering dan sisa tanaman dan
sayuran.
- b - Kompos bokashi, biasanya dibuat menggunakan sisa makanan dan sisa
dapur, dibuat dalam bekas dan menghasilkan jus bokashi ( air sisa yg juga
dipanggil leachate).
- c - Kompos menggunakan cacing (vermicompost).
**Boleh pilih nak buat kompos dengan di antara ketiga-tiga cara ini. Aku lebih memilih cara (a) kerana lebih praktikal.
Begitulah akhirnya aku membuat tanah kompos sendiri dengan rumput rampai yang
tumbuh melata di laman kebun tepi rumah. Hampir setiap hari aku gigih mencabut
rumput rampai di laman kebun tepi rumah aku ini. Aku mengerjakannya dari
hadapan laman tepi rumah hingga ke belakang tepi rumah. Kalau hari ini buat
kawasan depan, esok pula kerjakan d kawasan belakang pula. Aku buat sebenarnya
untuk menjaga kebun agar tidak semak samun. Rumput rampai itu pula sudah
semestinya aku kitar semula untuk buat tanah kompos.
Buat Tanah Kompos - Sebelum Terjadinya Kompos
Selain itu sisa dapur seperti kulit bawang, kulit kentang, sisa sayuran, sisa
kulit buah-buahan kecuali sisa bahan masakan dan makanan. Kalau korang nak
letak sisa makanan seperti nasi dan lain-lain selain makanan berminyak bolejh
sebenarnya. Tapi aku tak nak mencampurkan bahan-bahan seperti itu.
Ini sebab aku tak mahu tanah kompos aku nanti ada mengeluarkan bau. Alah
sungguh anak-anak aku dengan benda-benda yang berbau walaupun bukanlah terlalu
busuk sangat ni. Nanti sayur-sayuran yang aku tanam diorang tak nak
makan sebab buat dari benda-benda busuk katanya... hahaha!
Nak dapatkan pelbagai informasi di blog ini, klik
SINI
p/s: Hari-hari menanam pokok, membersihkan laman dan hari-hari juga aku
membuat tanah kompos untuk tanaman aku ini. Laman kemas, pokok-pokok
sihat, hati pun senang dan tenang sahaja.... huhu!
senang je nak buat kalau dah tau caranya kan :)
ReplyDeleteboleh try ni kak ana pun rajin berkebun :)
ReplyDeletesalam bertani
ReplyDelete