Bila di sebut pekasam, kebiasaannya orang mesti orang ingat pekasam ikan
sungai ataupun pekasam daging. Tapi jangan tak tau, dah ada pekasam ayam
pula. Kalaulah opah aku masih hidup, tercengang -cengang dia apabila mendapat
tahu ni. Zaman berubah, keberanian masyarakat meningkatkan cara dan versi
makanan pun ikut peredaran semasa... gittew!
Gambar Pekasam Ayam Goreng Dengan Kacang Buncis, Lazat Uhh!
Sebagai pembuat dan penjual pekasam aku kenalah ikut trend terkini. Aku dah
cuba buat dan makan pekasam ayam. Kiranya boleh di jadikan pekasam sama
seperti ikan dan dan daging juga. Lebih bagusnya, daging ayam pejal dan memang
sedia lembut. jadi, kesedapannya terasa hingga menjilat jari seperti pekasam
yang lainnya.
Pekasam ayam aku buat sendiri. Daripada membeli ayam di pasaraya hingga
memerap dalam seminggu dan seterusnya menggoreng menjadi lauk untuk hidangan
sekeluarga, akulah yang melakukannya. Memang kepakaran aku membuat pekasam ini
dan sebab itulah aku berniaga pekasam atas jenama PEKASAM ANNUR.
Insya'allah pekasam ayam ini akan jadi produk terkini jenama Pekasam Annur
pada tahun 2021 ini. Psst! psst! psst! Pada sesiapa yang nak buat pekasam ayam
sendiri boleh klik
SINI
iaitu cara aku buat pekasam daging. Caranya tak berbeza, cuma tukar daging
lembu ke daging ayam saja. Aku tak berdaya nak kedekut ilmu yang secebis
ni. Rezeki bagi aku sudah tertulis di loh mahfuz, asalkan ada usaha
pasti ada hasilnya.. huhu!
Pada yang tak rajin nak buat sendiri boleh order demgan aku. Pekasam Annur ada
di FB. IG dan juga di Shopee. Search saja Pekasam Annur pasti boleh jumpa. Di
blog ini aku hanya nak tunjuk cara dan resepi pekasam ayam goreng dengan
kacang buncis saja... hehe!
Resepi Pekasam Ayam Goreng Dengan Kacang Buncis, Lazat Uhh!
Bahan-bahan untuk menggoreng pekasam ayam:
200gram pekasam ayam bersama dengan berasnya (sepaket)
7 batang kacang buncis
2 biji bawang merah
1 biji cili merah atau 3 biji cili api
Minyak masak secukupnya
Cara-cara menggoreng pekasam ayam:
Bawang merah dan bawang putih di hiris nipis. Cili merah atau cili api di
potong menyerong kecil Kacang buncis pula di potong menyerong angaran 1 inci
panjamg.
Panaskan kuali. Masukkan minyak masak secukupnya iaitu anggaran banyak mana
bahan-bahan yang di gunakan. Minyak ini nanti tak di keluarkan, kita
hidang dan makan sekali dengan pekasam jadi jangan sampai berkuah pula.
Bila minyak sudah panas, masukkan pekasam ayam bersama beras goreng ke
dalamnya. Goreng dan kacau bagi sebati dengan minyak. Kacau sekejap-sekejap
bagi beras tidak melekat di kuali.
Bila nampak beras menunjukkan tanda nak garing, masukkan bawang merah, bawang
putih dan juga cili merah atau cili api. Juga masukkan kacang buncis.
Kacau rata dan apabila beras dan bawang nmpak hampir garing, bolehlah di
angkat.
Gambar Pekasam Ayam Goreng Biasa, Lazat Juga!
Begitulah resepi mudah yang biasa aku buat. Memang sedap dan menag lazat
pekasam ayam ini seperti pekasam yang lain juga. kami sekeluargs memang
penggemar pekasam. Makanan ini akan sentiasa ada di rumah aku . Selain stok
untuk di hidangkan sebagai juadah, juga untuk jualan pada sesiapa yang
ingin menikmatinya.
Nak dapatkan pelbagai resepi di blog ini, klik
SINI
jer.
p/s; Untuk sesiapa yang tak tahan masin, masa membuat pekasam tapi
bukan menggoreng tau... selepas asam keping di keluarkan, dalam tapisan,
siram sekejap daging/ayam dengan air untuk membuang sedikit rasa garam.
Jangan basuh pula nanti tawar hambar pekasam tu dan tak tahan lama... -
hanya sedikit petua saja.
Nampak sedap kejadiannya.
ReplyDeletebelum pernah cuba pekasam ayam.
Tq share info. Saya mmg Ada pekasam Kat rumah, tapi x tahu sangat nak masak apa. Ni pun baru juga jatuh hati makan pekasam. Hehe.
ReplyDeleteAdoi kak sedapnya pekasam. Tpi x pernah try pekasam ayam, boleh la try buat pekasam ayam ikut resipi akak nanti..tq sharing
ReplyDeleteMembuka selera betul bila mkn pekasam.
ReplyDeletePekasam ayam tak pernah makan. Tapi pekasam daging lembu & pekasam daging rusa pernah. Sedap!!
ReplyDeletepekasam ayam.. sedapnya.. boleh cuba..
ReplyDeleteTak pernah cuba lagi ni..tapi nampak macam sedap dan menyelerakan
ReplyDelete