Hari ni aku nak kongsi resepi kuih bingka jagung sedap yang aku buat
minggu lepas. Resepi yang bagus eloklah di kongsi bersama. Apatah kuih bingka
jagung sedap melekat, lazat ini mudah untuk di buat. Godek-godek
sebentar di dapur lebih kurang, dah siap!
Resepi Kuih Bingka Jagung Sedap Melekat, Lazat!
Aku jumpa resepi ini seperti biasa di laman muka buku. Tengok resepi ni
sesuai dengan bahan yang ada stok di rumah iaitu satu tin jagung ala krim
dan satu kotak santan jenama ayam brand. Aku suka jenama ini, dari sardin,
kiub nenas, tomato puri, jagung dalam tin dan juga santan kotak sangat
sesuai dengan selera dan masakan aku.
Apalagi, aku pun merajinkan diri mengocak resepi kuih bingka jagung dan
membancuh adunan pada suatu petang yang sejuk membeku dek hujan tak
berhenti dari subuh dinihari. Suasana kesejukan ini membuatkan mulut asyik
nak mengunyah dan perut berkeriut minta di isi.
Menjadi dengan jayanya kuih bingka jagung aku. Buat sedikit garing di
atas kuih untuk lebih melazatkan kuih bingka itu. Anak-anak dengan en. suami
suka makan, pastinya aku sangat gembira. Jom kita lihat resepi kuih bingka
sedap ini:
Resepi Kuih Bingka Jagung Sedap Melekat, Lazat!
Bahan-bahan membuat kuih bingka jagung:
1 1/2 cwn tepung gandum
3 sudu besar tepung jagung
1 kotak kecik santan (jadikan 2 cwn)
1/2 cawan gula
2 biji telur
2 sudu besar minyak (nak guna planta pun boleh)
secubit garam
1 tin jagung manis krim
Sedikit pewarna kuning
1 sudu kecil esen vanilla/1 sudu besar perisa jagung
Pewarna kuning - jika suka
Cara-cara membuat kuih bingka jagung:
Kisar semua bahan iaitu tepung gandum, tepung jagung, santan kotak,
gula, telur hingga sebati kecuali bijan. Oh ya, jagung di kisr
separuh tin saja. Selebihnya masukkan selepas di kisar, biar ada nampak
biji-biji jagung dalam kuih bingka.
Jangan lupa masukkan garam secubit, esen vanila atau perisa jagung.
Boleh juga masukkan pewarna kuning jika suka lebih kuningnya. Kemudian
barulah masukkan separuh lagi jagung dan gaul sebati selepas proses
mengisar.
Bakar pada suhu 180°c api atas bawah selama 1 jam atau hingga masak. 10
minit terakhir guna api atas sahaja utk bagi garing sikit. Selamat
mencuba!
Pada waktu senggang PKP 2.0 ini elok sangatlah di cuba membuat kuih bingka
jagung sedap ini. Insya'allah mesti rasa puashati dengan rasanya yang sedap,
lemak berkrim ini. Anak-anak aku bagi 5 bintang penuh untuk rasa yang lazat
ini tau... hehe!
Nak dapatkan macam-macam resepi sedap di blog ini, klik
SINI
p/s: Terasa mengimbau kenangan dulu-dulu, macam kuih bingka yang mak aku
buat di kampung waktu kecil dulu.. Sangat sedap!
Sumber: Group FB BIKMM - Siti Moon
Nampak sedap kejadiannya
ReplyDelete