12 January 2021

13 Resepi Masakan Western Kegemaran Ramai, Pelbagai Citaraza Lazat

Masakan western kini bukanlah sesuatu yang asing dalam masyarakat di Malaysia. Ia kini sudah boleh di terima oleh pelbagai golongan dan peringkst umur. Apatah lagi masakan western ini telah di gabungkan dengan citarasa tempatan. Jadi lagi mudahlah masakan western ini dapat di terima dengan baik di kalangan masarakat kita. 

13 Resepi Masakan Western Kegemaran Ramai, Pelbagai Citaraza Lazat
13 Resepi Masakan Western Kegemaran Ramai, Pelbagai Citaraza Lazat


Di sini aku nak kongsi pelbagai citarasa resepi masakan western yang menjadi kegilaan ramai. Masakan western ini adalah suatu masakan yang ringkas. Hanya satu hidangan lengkap dengan pelbagai khasiat. Tap perlu di tambah dengan hidangan lauk pauk yang lain. Satu pinggan sudah lengkap dengan karbo, protein dan juga serat sebab ada pasta untu karbo. ayam atau daging atau seafood untuk protein dan juga sayuran untuk serat dan vitamin C.



Seringkali kanak-kanak amat menyukai makanan western ini. Ini di sebabkan ia memiliki pelbagai variasi dan warna. Jadi apalagi, kita masaklah resepi western kegemaran ramai ini untuk anak-anak di rumah. Oleh itu, jom semak resepi masakan western yang aku kongsikan di blog ini yer!


13 Resepi Masakan Western Kegemaran Ramai, Pelbagai Citaraza Lazat

- 1 -  Resepi Spaghetti Oglio e Olio

Resepi Masakan Western Kegemaran Ramai


Bahan bahan resepi spaghetti oglio e olio:


500 gram spaghetti
1/4 cawan minyak olive
5 ulas bawang putih - hiris nipis
4 biji cili kering - potong kecil
1/2 tsp red pepper/dried chilli flake
50 ml water + 1 tsp chicken stock
Chopped fresh parsley
Garam
Coarse black pepper

Seafood:
8 scallops
8 mussels
Udang, sotong atau apa apa yg disukai

Cara cara membuat spaghetti oglio e olio:


Sediakan bahan bahan yang diperlukan supaya memasak menjadi cepat dan pantas. Scallops dan mussels dilap kering. Bawang putih dihiris nipis dan sediakan chicken stock. Pasta direbus. Panaskan minyak olive, tumis bawang putih dg api perlahan sambil dikacau kacau sehingga ianya kekuningan. Masukkan cili kering yang dipotong kecil.

Masukkan sedikit chicken stock bertujuan untuk memberhentikan bawang putih dari terus garing. Masukkan scallops dalam kuali dan dibalik balikkan. Masukkan pula lain lain seafood. Kalau dikuatiri terlebih masak, boleh dikeluarkan dulu seafood dari kuali dan masukkan semula masa hidangan.

Bila seafood hampir masak, masukkan pasta. Pasta hanya direbus 3/4 masak. Angkat dan toskan air. Masukkan pasta dalam kuali. Kacau rata rata. Kalau kering, boleh tambahkan baki chicken stock.

Akhir sekali, taburkan red pepper flake, garam dan black pepper. Untuk menghidang, masukkan pasta dalam pinggan dan tuang sedikit lagi olive oil. Selepas itu hias dengan menyusun seafood dalam pinggan. Kemudian tabur parsley sebagai hiasan.

Sumber; Blog Azie Kitchen

- 2 - Resepi Baked Cheese Carbonara Meatball

Resepi Masakan Western Kegemaran Ramai


Bahan-Bahan resepi baked cheese carbonara meatball:


Bebola Daging/Ayam
1 Tin Sos Carbonara Prego
Setengah cawan susu segar
Sedikit lada hitam
Keju Mozarella
Capsicum & Bawang Holland

Cara membuat baked cheese carbonara meatball:


Bebola daging (nak guna bebola ayam pun boleh) digoreng dulu. Lepas tu goreng pulak capsicum dengan bawang dengan minyak yang sikit. Dan lepas tu susun macam ni.Tuang Sos Carbonara. 

Cara masak sos ni, masukkan setin Sos Carbonara Prego dalam kuali. Masak sampai mendidih, lepas tu masuk susu segar lebih kurang setengah cawan, masuk lada hitam hancur jika suka dan siap. Lepas siap masuk sos tu macam dalam gambar.

Letakkan mozarella cheese dekat atas. Nak letak banyak mana pun boleh Lagi banyak lagi sedap. Masukkan dalam oven, suhu 170 darjah celcius, masak dalam masa lebih kurang 10-15 minit. Dan taraaa siap di makan.

- 3 - Resepi Pasta Seafood

Resepi Masakan Western Kegemaran Ramai


Bahan-bahan untuk resepi pasta seafood:


1 peket pasta Linguini
500 gm udang
500 gm sotong
1 kilo kupang
1 biji bawang besar biasa – dicincang halus
2 ulas bawang putih – dicincang halus
2 tin tomato soup
1 tin kecil tomato puree
1-2 ketul kiub stok ikan bilis
4 helai daun bay kering - dikoyak
1/2 sudu kecil herba thyme
1/2 sudu kecil herba oregano
1/2 sudu kecil herba basil
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu besar minyak zaitun - menumis
Keju parmesan - tabur bila nak makan

* ubah suai resepi mengikut citarasa sendiri

Cara masak pasta seafood:


Masak air dalam periuk untuk merebus spaghetti . Bila air mendidih baru masukkan spaghetti dan sedikit minyak , tujuan dimasukkan minyak supaya spaghetti tidak melekat bila dah masak nanti. Kacau sekali-sekala. Bila spaghetti sudah lembut angkat dan toskan . Letakkan satu sudu besar butter pada spaghetti yang baru direbus ini dan digaul rata supaya pasta tak melekat .

Cara masak sos pasta seafood:

Bersihkan sotong dan dipotong kecil kemudian bersihkan udang dan kupang , basuh dan ditos ketepikan dulu . Panaskan sedikit minyak zaitun dan mentega . Bila minyak dah panas masukkan bawang besar dan bawang putih cincang tadi . Jangan dibiar garing , cukup sekadar bawang layu.

Masukkan semua tomato sup , tomato puree dan kacau kuah sos ini supaya semua bahan mesra . Masukkan bay leaf , herba - thyme/basil/oregano serta kiub daging dan kacau sos supaya semua bahan cukup sekata .

Biar kan sos mendidih lebih kurang 10-15 minit boleh la dimasukkan sotong/udang/kupang kemudian kacau semua bahan . Masukkan garam dan gula secukup rasa dan kacau sos . Bila sos dah mesra dan pekat boleh la ditutup api dapur . Kuah bolognese mesti la ada rasa seimbang masam dan manis . Boleh hidang pasta linguini dengan sos seafood ni bersama parutan keju parmesan.

- 4 - Resepi Cheezy Wedges Kentang Ala KFC

Resepi Masakan Western Kegemaran Ramai


Bahan-bahan resepi cheezy wedges kentang ala KFC:


4 biji kentang – Kalau tak nak kupas kulit pun tak mengapa. Tapi, pastikan ianya dibasuh bersih ya.
Mixed herbs
Lada sulah
Garam
Tepung jagung (boleh juga guna tepung goreng serbaguna Bestari)

Cara-cara membuat cheezy wedges kentang ala KFC:


Potongkan kentang dalam bentuk wedges.Kemudian, kukuskan kentang supaya agak-agak lembut. Lebih kurang dalam 5-7 minit.Selepas dikukus, keluarkan dan letak dalam mangkuk. Tabur mixed herbs, lada sulah dan garam. Ini jenama yang saya gunakan. Nak gunakan jenama lain pun boleh.
Gaulkan biar sebati. Taburkan Tepung Jagung. Seterusnya, taburkan pula tepung jagung. Gaul sebati. oreng tenggelam dalam minyak hingga kekuningan dan garing. Apabila siap, bolehlah dihidang bersama sos cili atau sos cheesy.

**Berikut adalah bahan dan cara membuat sos cheesy homemade yang boleh anda cuba.

Bahan-bahan membuat sos cheezy homemade:


3-4 sudu makan mentega / marjerin
250ml susu segar / susu cair
1 sudu makan tepung gandum yang diayak
1 kiub pati ayam
6 keping keju biasa
sedikit serbuk lada hitam & lada putih
sedikit pewarna kuning (optional)

Cara-cara membuat sos cheezy homemade:


Mula-mula, cairkan mentega. Kemudian masukkan susu dan tepung gandum. Kacau sehingga tepung sebati. Masukkan Kepingan Keju. Masukkan pula kepingan keju, kiub pati ayam dan serbuk lada. Kacau sebati hingga masak. Pewarna kuning boleh ditambah untuk menaikkan warnanya.

Pastikan sos tidak terlalu pekat atau terlalu cair. Agak-agak dah sesuai, boleh tutup apinya dan terus dihidang bersama kentang wedges tadi. Tambah mayonis pun sedap.

* Kalau nak lagi mudah, gunakan terus serbuk cheese segera. Cuma ambil 3 sudu besar serbuk ini dan bancuh dengan air panas. Kacau-kacau hingga ia menjadi sos.

Sumber: Salimah Olie

- 5 -  Resepi Spaghetti Bolognese

Resepi Masakan Western Kegemaran Ramai


Bahan-bahan resepi spaghetti bolognese:


500 gram spaghetti (sepeket)
500 gram daging lembu cincang
200 ml susu
1 labu bawang besar kuning - dicincang halus
1 ulas bawang putih - dicincang halus
1 tin sedang tomato puri
4-5 tomato segar ranum - didadu
1 batang lobak merah - didadu kecil
2 batang saderi - didadu kecil
1 tin cendawan butang - dihiris (jika suka)
1 kiub stok daging lembu (jika suka)
1/2 sudu teh herba Oregano kering atau Italian Mixed Herbs
Sedikit garam dan gula secukup rasa
3 sudu besar minyak zaitun (kalau tak nak beli boleh pakai minyak masak biasa)
2 sudu besar mentega
Parutan keju parmesan - untuk menghidang

*Nota: Semua bahan bernota 'jika suka' tidak ada dalam resipi asal Italian Bolognese. Tapi boleh ditambah ikut citarasa.

*Nota: Resipi asal juga ada masuk 200ml wain. Saya selalu gantikan dengan jus prun kalau ada bahan kat rumah. Tapi kalau tak ada, tak masukkan pun, ok juga rasanya, tak banyak beza.

Cara - cara membuat spaghetti bolognese:


Rebus 2 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam. Bila air mendidih baru masukkan spaghetti. Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun (atau minyak masak) agar pasta tak melekat. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.

Sos Bolognese : Gunakan periuk yang tinggi dan dalam. Panaskan minyak zaitun,masukkan butter dan kacau. Bila mentega cair dan berbuih masukkan bawang besar dan bawang putih cincang. Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu.

Masukkan daging cincang. Ketuk-ketuk daging biar semua hancur dan bentuk/saiznya seragam. Goreng hingga daging keperangan. Masukkan semua sayuran, goreng lagi hingga sayur-sayur lembut.
Masukkan susu. Kuatkan api hingga susu mendidih, kacau selalu. Bila nampak semua susu telah diserap daging, masukkan tomato puri dan tomato segar. Guna tin tomato puri itu untuk sukat 2 tin air, tambah ke dalam kuah. 

Kacau sos sambil di tekan-tekan tomato yang nampak berbiji hingga hancur. Masukkan herba, kiub (jika guna), garam dan gula secukup rasa.

*Nota:  Jika guna kiub, bagi saya tak masuk garam pun takpe sebab dah masin. Gula cume perlu 1/4 sudu teh saja sebab susu telah memaniskan sos. Perlu diingat, mesti dirasa dan timbang sendiri masam, manis dan masin sos tersebut.

Biar mendidih lebih kurang 7 minit, kemudian perlahankan api paling kecil. Renehkan dengan periuk separa tertutup hingga sos pekat. Boleh hidang dengan parutan keju parmesan.

*Nota: Orang Itali secara tradisi, mereneh sos Bolognese sampai 4 jam! Kalau nak jimat gas, 2 jam pun dah cukup lama hehe. Saya cuma reneh 1 jam kali ni, sos jadi pekat dan menyalut spaghetti dengan cantik sekali. Dan yang penting, rasa 'authentic' Itali!

Sumber : Myresepi

- 6 - Resepi Lamb Chop Blackpepper 

Resepi Masakan Western Kegemaran Ramai


Bahan-bahan utk perap lamb shoulder (Anggaran 7 keping):


● 6 keping lamb shoulder
● Bahan kisar: 5 cm halia,
● 1 cm kunyit hidup,
● 4 ulas bawang putih dan
● 4 ulas bawang merah
● 3 sudu besar madu
● 4 sudu besar Sos tiram
● 4-5 sudu besar lada hitam kisar
● 1/2 sudu kecil serbuk Jintan manis ,
● 1/2 sudu kecil jintan putih
● 1/2 sudu kecil serbuk ketumbar,
● Sedikit kicap cair penganti garam
.
Cara memasak lambchop blackpepper: 

Masukkan lamb shoulder ke dalam bahan perapan tadi dan gaul sebati. Perap lamb shoulder selama 2-3 jam atau semalaman. Bakar lamb chop sampai masak. Boleh guna juali leper, kuali serba guna atau bakar atas arang.

Bahan-bahan sos lambchop blackpepper: 


Saki baki bahan perapan
2 sudu teh sos tiram
2 sudu teh sos tomato
4 sudu besar lada hitam kisar
2 sudu teh brown sugar
*Semuanya di masak dalam periuk bersama ngan 300 ml air hingga agak mendidih. Sebelum angkat pekatkan black pepper sos ngan bancuhan tepung jagung atau tepung ubi.

Sedia untuk dihilangkan bersama hiasan yg diingini. Selamat mencuba..


- 7 - Resepi Pizza Kuali

Resepi Masakan Western Kegemaran Ramai


Bahan-bahan doh pizza kuali:


Tepung gandum 1kg
Air suam 2 cawan
Mauripan 1 peket
Minyak masak 2 sudu
Gula 1 sudu
Secubit garam

*uli bahan di atas sekurang-kurangnya 5 minit ye. Berpeluh-peluh la jgk

Bahan topping pizza kuali:


Sos pasta tradisional-jenama bebas.
Boleh letak macam-macam topping,
Hot dog/ayam/cendawan butang/nanas/tomato/cheese/seafood

Tumis bawang,bila dah wangi..masuk bahan basah yg lain. perasakan dgn garam dan lada hitam-ketepikan.

Step by step buat pizza kuali:


Gaul tepung dgn minyak. Tambah air. uli tepung sekurang-kurangnya 5 minit, bila dah tak melekat kat tangan,tutup dgn tuala,rehatkan 1 jam.

*sukatan air perlukan 2 cawan, tapi 1 cawan air tu, tuang mauripan dalam tu, masuk secubit gula.Lepas tu 2-3 minit,dah muncul buih-buih, baru campur dan uli tepung jadi doh.

Selepas 1jam, doh tadi dah naik 2 kali ganda. Tumbuk doh tu biar angin dia keluar. Bahagi doh pada 5 bahagian atau lebih. Bentukkan doh,bila dah elok bulat dan leper,letak atas kuali.
Masak api kecik je. 10-15 minit ikut ketebalan pizza yg anda buat. Tutup dgn tudung periuk. Kalau suka kerak pizza tu rangup, kena masak doh tu dulu sebelum isi topping..

Kalau  suka lembut gebu mcm roti, letak topping atas doh mentah,baru masak.. susun siap-siap  atas kuali ye..baru senang sebab tak perlu nak angkat doh tu..sebab topping tu berat..nanti berat dan susah nak letak atas kuali/pan pulak.. Cheese tu ambil masa 3-4mnit utk cair ye..

*nak cepat..buat pakai roti nan/arab..
*resepi doh ni boleh buat donut, roti dan pau..

- 8 -  Resepi Spaghetti Carbonara

Resepi Masakan Western Kegemaran Ramai


Bahan-bahan membuat spaghetti carbonara:


1/2 bungkus spaghetti (tak kisah apa jenis pun)
1 tin sos carbonara Prego
Sedikit isi ayam atau daging(ja guna yang kisar punya)
bawang putih (cincang)
bawang merah (cincang)
mushroom butang (dihiris)
1/2 cawan susu segar
Sedikit daun parsley
Garam secukup rasa
lada sulah.

Cara menyediakan dan memasak sos spaghetti carbonara:


Macam biasa spaghetti di rebus. (letak sedikit margerin@minyak untuk elak dia melekat). Toskan dan asingkan. Tumiskan bawang putih dan merah tadi. dah naik masak masukkan daging kisar tadi. sampai ia masak. 

Masukkan sos carbonara kacau bersama-sama dengan daging tadi. Masukkan mushroom tadi dah gaul hingga sebati. Nampak dah pekat sikit masukkan susu segar tadi sediki demi sedikit sampai ia berkrim.

Letakkan garam sedikit dan lada sulah untuk perasanya.Untuk hiasan letak daun parsley di atas sos tuu tadi bila dihidangkan.

- 9 - Resepi Mushroom Soup Dan Garlic Bread Ala Pizza Hut

Resepi Masakan Western Kegemaran Ramai


Bahan-bahan resepi mushroom soup atau sup cendawan: 


300ml air
500ml susu segar
1-2 kiub ayam
1/2 sudu teh daun parsley
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1/2 sudu teh garam
1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu besar mentega
1 tin cendawan butang (potong hiris/cincang)
sedikit serbuk perasa

Cara-cara membuat mushroom soup atau sup cendawan: 


Tuangkan air dan susu ke dalam periuk. Tunggu hingga mendidih, dan kemudian barulah masukkan kiub ayam. Kacau 2-3 minit dan masukkan pula lada hitam dan cendawan butang. Kacau lagi selama lebih kurang 15 minit.

Seterusnya, masukkan daun parsley, mentega, dan garam. Kacau lagi dalam 10 minit. Bancuhkan tepung dengan air dan kacau supaya tidak berketul. Kemudian boleh tapiskan ke dalam periuk.

Kacau sebati. Reneh agak lama supaya semua bahan dapat masak dengan elok. Sup akan menjadi pekat. Siap!

Resepi garlic bread ala pizaa hut

Bahan-bahan membuat garlic bread ala pizaa hut:


Roti Perancis – hiris (Saya guna roti Gardenia)
2 sudu besar mentega
Secubit daun parsley / oregano / mixed herbs
1 ulas bawang putih – bakar sekejap dan tumbuk halus

Cara-cara membuat garlic bread ala pizaa hut:


Mula-mula, bakar sedikit bawang putih dan tumbukkan halus-halus. Selepas itu, campurkan bawang putih yang telah lumat dengan mentega dan daun parsley.

Sapukan pes ini ke atas roti anda. Letak atas kuali leper masak hingga garing & keperangan. Siap untuk dihidangkan.

- 10 - Resepi Pasta Spiral Goreng Ringkas

Resepi Masakan Western Kegemaran Ramai


Bahan A:

1 paket pasta spiral
Sedikit mentega dan minyak zaitun
Serbuk lada hitam
Serbuk oregano
Sedikit cili kisar atau chili flakes (salah satu)
4 ulas bawang putih
1 ulas bawang besar – dihiris dadu
Sedikit sos tiram
Sos tomato
Sos cili
Nampla
Garam secukup rasa
Sedikit kiub pati ayam (pilihan)
Bahan B:

Aneka makanan laut ( sotong / udang dll )
3 keping daging burger – dihiris dadu
Bebola ikan
Cendawan shiitake – dipotong kecil

Bahan C:

Lada benggala
Brokoli
Tomato ceri
Lobak Merah

Cara memasak pasta spiral goreng ringkas:


Rebus pasta spiral pasta dengan sedikit minyak dan garam. Toskan airnya dan gaul dengan sedikit minyak atau mentega. Panaskan kuali dan masukkan mentega. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau diikuti cili kisar.

Masukkan bahan B dan gaul hingga masak. Tambahkan bahan C kecuali tomato ceri. Seterusnya masukkan pasta spiral, sos cili, sos tomato, sos tiram, sos nampla, serbuk lada hitam dan serbuk oregano. Gaul hingga sebati.

Akhir sekali masukkan tomato ceri dan gaul rata. Angkat dan sedia untuk dihidangkan. 

- 11 - Resepi Ayam Grill Mushroom Sos

Resepi Masakan Western Kegemaran Ramai


Bahan-Bahan (Ayam Grill):

1 ekor ayam (potong 4)
1 kiub ayam
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
3 ulas bawang putih (tumbuk kasar)
1cm halia(tumbuk kasar)
sedikit serbuk lada hitam kasar , oregano
Sedikit olive oil/minyak masak

Cara-cara ,membuat ayam grill mushroom sos:


Bersih ayam dan lap dengan kitchen towel. Bahagian dada/isi cucuk-cucuk  sedikit dengan garfu/apa-apa yang tajam supaya bahan perapan meresap ke dalam ayam. Kalau nak kelar pun boleh juga.

Lumurkan kepingan ayam dengan kiub ayam lada hitam dan lada sulah. Admin guna 1 kiub ayam sebab ayam saiz besar.Kalau ayam kecil atau yg debond guna setengah jer (agak-agak ya)

Gaulkan pula dengan sos tiram dan kicap manis. Akhir sekali gaulkan daging dengan bahan tumbuk. Letakkan sedikit olive oil supaya ayam tak kering.

Perap daging paling kurang selama 1 jam.Tapi saya suka perap semalaman supaya segala bahan perapan meresap ke dalam ayam...memang best

Bakar daging sehingga masak. Boleh guna pan jerr. Gunakan api kecil supaya daging masak sekata dan tidak hangus

Resepi mushroom sos:

Bahan-Bahan:

Cendawan butang
1 tin kecil Prego Carbonara Cendawan
Sedikit kiub ayam
1 ulas bawang putih (cincang halus)
1/2 tin air (guna tin prego tu)
Sedikit minyak

Cara-caranya:: 

Cendawan butang dibersihkan dan hiris nipis. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih hingga wangi dan sedikit kuning. Masukkan hirisan cendawan tumis hingga layu. 

Masukkan sos carbonara.Tambah air.Masukkan kiub ayam.Masuk sedikit jer.Kacau hingga pekat.
Sesuaikan rasa.Tutup api. 

Sumber; Resepi Sheila Rusly

- 12 - Resepi Carbonara Meatball Cheese

Resepi Masakan Western Kegemaran Ramai


Bahan-bahan resepi carbonara meatball cheese:


Bebola Daging/Ayam
1 Tin Sos Carbonara Prego
Setengah cawan susu segar
Sedikit lada hitam
Keju Mozarella
Capsicum & Bawang Holland

Cara membuat carbonara mearball cheese:


Bebola daging (nak guna bebola ayam pun boleh) digoreng dulu. Lepas tu goreng pulak capsicum dengan bawang dengan minyak yang sikit ye. Dan lepas tu susun macam ni.

Tuang Sos Carbonara. Cara masak sos ni, masukkan setin Sos Carbonara Prego dalam kuali. Masak sampai mendidih, lepas tu masuk susu segar lebih kurang setengah cawan, masuk lada hitam hancur jika suka dan siap. Lepas siap masuk sos tu macam dalam gambar.

Letakkan mozarella cheese dekat atas. Nak letak banyak mana pun boleh Lagi banyak lagi sedap.  Masukkan dalam oven, suhu 170 darjah celcius, masak dalam masa lebih kurang 10-15 minit. Dan taraaa siap di makan.

- 13 -  Spiral Pasta Goreng Ala Chef

Resepi Masakan Western Kegemaran Ramai


Bahan-bahan resepi sporal pasta goreng::


Spiral Spaghetti 250gram/setengah paket - 4 org makan (nak pasta lain pun boleh elbow ke,shell ke ikut sedap mate..saye suka guna brand San Remo atau Fusilli)
*Seafood - Udang, sotong dsb...tapi saye suka guna udang saje (Udang saiz L atau M)
*Minced chicken/beef
*Lada kering - gunting dan direbus
Bawang besar - sebiji
Bawang putih - 4 ulas
Sos Tiram
*Sawi batang hijau
*Carrot - dipotong panjang macam dalam gambar
Telur - 2biji
Garam dan bahan perasa
(* = Ikut korang ler kalo suka letakla lebih...ikut tekak memasing yer)


Cara memasal spiral pasta goreng:


Dalam air mendidih masukkan spaghetti tadi. Kalau brand San Remo, 8minit dah masak. Pastu toskan airnya. Lada kering yg dah direbus sampai lada kembang ditapis dan di blend bersama bawang besar dan bawang putih.

Panaskan minyak (biar lebih sikit supaya lada betul2 masak) dan masukkan bahan2 yang di blend tadi. Tumis lada sampai betul2 masak ye..Masukkan sos tiram agak2 aje...dalam 3/4 sudu la..Tambah garam dan bahan perisa.

Masukkan minced chicken/beef tumis sampai masak baru masukkan udang. Agak2 udang dah bengkok2 tu masukkan carrot dan tumis lagi. Masukkan pulak spaghetti. Gaul sampai rata dan rasa garamnya ok ke tak. Masukkan telur dan kacau.

Masukkan pula sawi gaul lagi sampai semua bahan-bahan  agak kering. Kalau suka basah-basah  sikit bolehla angkat ikut suka hati...Siap!

Nota kaki:
* Adik2/akak2 yang tak tau macam mana  lada tu betul-betul masak ialah tumis sampai lada keluar minyak balik. Kalau nak masakan yang berasaskan lada atau ditumis dengan lada ni sedap, rahsianya ialah cara menumis lada. Kalau lada tak betul-betul  masak, tak sedap la jadinya. 

Sumber: Blog shilafaiz

Begitulah 13 resepi masakan western kegemaran ramai yang resepinya aku jumpa di FB. Siapa yang suka masakan western boleh godek resepi di sini untuk rujukan dan memasak masakan western yang sedap. bolehlah memasak untuk keluarga.

Nak pelbagai resepi di blog ini, boleh klik link ini yer! - SINI

p/s; Rajin juga aku masak masakan western ini sebab anak-anak suka. Cuma en. suami saja yang tak nak jamah masakan western ni. Dia orang lama yang tak suka pembaharuan dalam masakan... hahaha!

1 comment:

  1. Wah menarik resipi2 ni. Musim pkp ni kdg takde idea nak masak apa. huhu. Hari ni last day untuk join GA http://www.aimisyahirah.com/2021/01/wallet-giveaway-by-misya-2021.html kot ada rezeki, mehla join! :)

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...