Tak ingat bila aku buat kuih apam nasi gebu ini. Tapi yang pasti aku suka
sangat dengan kuih apam nasi gebu. Tapi macam biasa anak-anak kurang dengan
kuih muih manis ni. Iu yang aku jarang buat. Bila lama tak buat, baru mereka
makan juga. Kalau selalu buat, alamat tak berusik lah jawabnya.
Resepi Apam Nasi Gebu Sukatan Cawan Mudah Membuatnya
Tapi aku dengan en. suami suka sangat dengan kuih apam nasi gebu ini. Apatah
lagi membuatnya amat mudah. Resepi apam nasi gebu sukatan cawan ini senang
sebab hanya di sukat menggunakan cawan saja. Tak perlu pakai penimbang bagai.
Juga menggunakan nasi sejuk lebihan. Jadi tidak terbuang nasi sejuk.
Buat pula berwarna-warni untuk menjamu mata dengan warnanya yang cantik
menyerlah dan tersusun. Itu yang menyebabkan lagi terasa enaknya kuih apam
nasi gebu ini. Di makan pula dengan kelapa parut yang terasa lemak masinnya
sedikit. Barulah menyerlah rasa sedap dan lazatnya tu. Jom kita belek resepi
mudah ini:
Resepi Apam Nasi Gebu Sukatan Cawan Mudah Membuatnya
Bahan-bahan untuk membuat apam nasi gebu:
3 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
2 cawan gula pasir
1 paket mauripan @ ibu roti
2 cawan nasi
3 cawan air
Cara-cara membuat apam nasi gebu:
Masukkan semua bahan kedalam mangkuk besar kecuali nasi dan air. Gaul bahan
tersebut dan ketepikan sementara waktu. Kisar nasi dengan air sehingga
betul-betul hancur.
Campurkan nasi yg telah dikisar dengan bahan yang telah digaul tadi dan
sebatikan adunan. Biarkan adunan mesra selama 1 jam. Adunan akan mengembang
selepas itu.
Selepas 1 jam, isikan adunan ke dalam acuan dan kukus dalam pengukus yang
telah dipanaskan terlebih dahulu dalam 10-15 minit. Sebelum tu jangan lupa
sapukan acuan dengan sedikit minyak sebelum memasukkan adunan agar kuih
mudah ditanggalkan dari acuan nanti.
Kukus lebih kurang 10 -15 minit. Apabila masak, keluarkan dari acuan dan
bolehlah di hidangkan dengan kelapa parut yang di gaul dengan sedikit
garam.
Nak dapatkan macam-macam resepi di blog ini, klik
SINI
p/s : Aku suka sangat makan apam nasi gebu ini dengan kelapa parut tapi en.
suami suka makan begitu saja. Hmmm, terpulanglah ikut tekak masing-masing.
salah satu kuih tradisional kesukaan kak ana ni :)
ReplyDeletefeberett jga ni
ReplyDeleteletak kelapa byk2