18 December 2020

Bibir Gelap Walaupun Tidak Merokok, Penyebab Dan Solusinya

Setiap orang mempunyai warna bibir yang berbeza-beza mengikut tona kulit. Walaupun bibir anda mungkin sedikit gelap berbanding orang lain, jangan risau kerana ia bukanlah petanda masalah kesihatan. Tetapi, beberapa amalan gaya hidup boleh menyebabkan perubahan warna kulit bibir. Seperti yang ramai sedia maklum, amalan merokok boleh membuatkan bibir seseorang menjadi gelap.

Bibir gelap Walaupun tidak Merokok, Penyebab Dan Solusinya
Bibir gelap Walaupun tidak Merokok, Penyebab Dan Solusinya


Nikotin dan tembakau yang terkandung di dalam sebatang rokok boleh menggelapkan bahagian dalam bibir dan mulut. Keadaan ini turut dikenali sebagai Melanesia perokok. Tetapi, bukan itu sahaja. Ada banyak lagi amalan lain yang boleh menyebabkan bibir anda kehilangan warna semula jadinya. Mari kita lihat antara penyebabnya.

Bibir gelap Walaupun tidak Merokok, Penyebab Dan Solusinya


- 1 - Kurangkan kopi dan teh untuk bibir  gelap dan akan menjadi lebih menawan

Bibir gelap Walaupun tidak Merokok, Penyebab Dan Solusinya


Jika anda inginkan bibir yang lebih menawan, cuba kurangkan pengambilan kopi atau teh pada waktu pagi. Kopi yang anda minum mungkin merupakan dalang sebenar di sebalik perubahan warna bibir anda. Namun, ia bergantung kepada jumlah pengambilan anda setiap hari. Minum kopi boleh membantu anda untuk fokus semasa bekerja. 

Tetapi, lama-kelamaan, ia boleh menyebabkan bibir anda jadi lebih gelap. Selain itu, minum kopi dan teh yang panas juga boleh menggalakkan proses pigmentasi pada kawasan bibir anda. Cuba kurangkan pengambilan kopi setiap hari. Sebagai permulaan, cuba minum air putih untuk kekal hidrat.

- 2 - Bibir gelap kerana terdedah terlalu lama pada sinaran matahari


Bukan kulit wajah anda sahaja yang perlukan perlindungan daripada sinaran matahari, tapi bibir anda juga sama! Malah, ramai yang tidak tahu bahawa bibir kita amat sensitif terhadap cahaya matahari. Di bawah sinaran yang berpanjangan, bibir boleh menjadi gelap, luka dan merekah.



Pastikan anda memakai pelembap bibir yang mempunyai SPF sekurang-kurangnya 15. Pelembap bibir ini akan kekalkan bibir anda lembut dan bebas rekahan.

- 3 - Tidak minum air dengan cukup menjadikan bibir gelap


Satu lagi punca bibir menjadi gelap adalah disebabkan anda tidak minum air dengan cukup. Mereka yang tidak cukup air akan alami bibir yang merekah, kering dan gelap. Minum sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter air sehari untuk bibir yang lebih sihat dan cantik.

- 4 - Tidak pernah lakukan eksfoliasi punca bibir gelap


Pastikan anda exfoliate bibir anda untuk membuang sel mati pada kawasan bibir. Jika anda inginkan bibir yang nampak lebih cantik dan sihat, jangan sesekali skip langkah ini. Cara yang termudah untuk melakukan exfoliasi adalah dengan menggunakan berus gigi anda. Basahkan berus gigi dan gosok pada bibir anda. Kemudian, sapukan sedikit pelembap atau jeli petroleum.

Solusi Mudah Untuk Bibir Gelap Menjadi  Cantik Berseri 


- 1 - Lakukan  eksfoliasi Selalu agar bibir tidak menjadi gelap

Bibir gelap Walaupun tidak Merokok, Penyebab Dan Solusinya


Bukan wajah anda sahaja yang perlukan eksfoliasi, bibir anda juga sama! Selain menggunakan berus gigi, anda juga boleh gunakan bahan-bahan seperti gula atau serbuk teh sebagai skrub untuk menanggalkan sel-sel kulit mati pada kawasan bibir.

Tetapi, jangan skrub terlalu lama atau terlalu kuat pula ya! Cukuplah jika anda lakukan eksfoliasi sebanyak 2 kali seminggu.

- 2 - Minum air secukupnya bagi mengelakkan bibir gelap


Kawasan bibirlah yang akan paling terkesan jika anda tidak minum air dengan cukup. Oleh sebab itu, pastikan anda minum air untuk elakkan bibir daripada kering. Selain itu, elakkan tabiat seperti menjilat bibir. Tabiat ini hanya akan buatkan bibir anda jadi bertambah kering!

- 3 - Gunakan pelembap perlindungan SPFuntuk elak bibir gelap


Pastikan anda gunakan pelembap ke atas bibir anda. Gunakan lip balm untuk melawan kekeringan. Selain itu, anda juga boleh gunakan pelembap bibir yang mempunyai perlindungan SPF. Bibir anda menerima banyak sinaran matahari, lebih-lebih lagi bahagian bawah bibir.

Oleh sebab itu, ia merupakan tempat yang lazim untuk kanser kulit. Untuk elakkannya, gunakan lip balm yang mempunyai SPF 15 atau lebih tinggi.

- 4 - Elak bibir gelap pakai pelembap bibir 2 jam sekali


Sama seperti pelindung matahari untuk kulit wajah, lip balm juga perlu diaplikasikan semula sekurang-kurangnya 2 jam sekali.

- 5 - Pastikan anda menggunakan produk yang betul untuk elak bibir gelap

Bibir gelap Walaupun tidak Merokok, Penyebab Dan Solusinya


Sebelum anda membeli apa-apa produk, pastikan ia selamat dan berkesan. Jangan beli produk semata-mata kerana harganya yang murah! Pastikan ia mendapat akreditasi yang bersesuaian. Elakkan membeli produk viral yang meragukan. 

Selalunya, produk ini menggunakan testimoni dan tidak mempunyai sebarang pengesahan daripada Jabatan Kesihatan. Oleh sebab itu, berhati-hatilah sebelum membeli dan jangan tertipu dengan testimoni.

Bibir selalunya tidak akan mendapat perhatian yang sama seperti kulit wajah. Malah, ramai di antara kita yang amat menitikberatkan soal skincare, tetapi terlupa untuk menjaga bibir masing-masing. Bagi wanita, bibir yang sihat sudah semestinya berwarna merah jambu. Tetapi, jika tidak dijaga dengan baik, lama-kelamaan warna bibir boleh bertukar menjadi gelap. 

Jadi, setelah mengetahui fakta ini, mulai sekarang mulakanlah langkah untuk menjaga agar tidak terjadinya bibir gelap. bukan sahaja tidak cantik, tetapi merosakkan penampilan wajah. Bukan sentiasa lipstik terlekat di bibir kan!

Nak dapatkan macam-macam informasi di blog ini, klik SINI

p/s: Wajah yang cantik apabila terhias bibir yang indah bak delima merekah... huhu!


kredit hellodoktor.com

1 comment:

  1. abam kie x merokok jd bibir masih bersih lagi suci gitu...

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...