26 October 2020

Resepi Mee Kuah Simple, Masak Campak-campak Menjadi... Ahakss!

 Kisahnya teringin nak makan mee rebus tapi bahan yang ada tak memngkinkan nak masak mee rebus. Maka, terjadilah mee kuah simple yang masak campak-campak menjadi juga. Anak-anak semua kata sedap sampai bertambah-tambah makan sampai tak berkecukupan hingga terpaksa masak lagi. Itulah penangan mee kuah simple aku ni, Ahakss!

Resepi Mee Kuah Simple, Masak Campak-campak Menjadi... Ahakss!
Resepi Mee Kuah Simple, Masak Campak-campak Menjadi... Ahakss!

Aku masak hanya ikut naluri saja. Yang ada stok asas hanya mee, keledek dan daging. Sayurnya yang ada di peti ais adalah sawi sahaja. Jadi, aku terjun sajalah sayur ini dalam mee kuah simple ini. Aku olah dengan rencah iringan yang ada iaitu udang kering, cili giling, sos cili selain bawang merah, bawang putih dan halia. Kita yang buat dia, redah sahajalah.



Eh tak sangka sedap pula mee kuah simple aku ini. Aku nak simpan resepi mee kuah simple aku ni yang masak dengan kaedah campak-campak menjadi ini. Akan datang boleh aku buat lagi. Nanti kalau tak salin resepi di sini, aku akan lupa pula bahan dan cara-caranya. Al maklum sindrom meningkat usia aku ni.. kan!


Resepi Mee Kuah Simple, Masak Campak-campak Menjadi... Ahakss!

Bahan-bahan mee kuah simple:

1 kg mee kuning 
Sebesar penumbuk keledek
Setengah cawan daging
2 pokok sawi
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
Setengah inci halia
2 sudu makan udang kering
3 sudu besar cili giling
3 sudu besar sos cili
5 biji telur
1 keping tauhu
1 ketul kiub ayam
1 sudu teh pes asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
Air secukupnya juga
Cili merah untuk rabur atas mee


Cara buat mee kuah simple:


Mee kuning dicelur dan ditoskan. Keledek dibersihkan, direbus dan dilecek halus, Daging di hiris kecil dan di rebus juga. Air rebusan keledek dan daging jangan dibuang. Boleh buat kuah mee nanti.Telur di rebus, dibuang kulit dan dibelah dua. Tauhu digoreng cdan di hiris nipis. ketepikan.

Bawang merah, bawang putih, halia dan udang kering di tumbuk lumat. Sawi dibersihkan dan dipotong-potong. Panaskan periuk bersama sedikit minyak dan masukkan bahan tumbuk tadi iaitu bawang merah, bawang putih, halia dan udang kering.

Goreng sehingga naik bau dan kekuningan. Masukkan pula cili giling. Tumis sehingga cili giling hampir garing. Seterusnya masukkan daging, keledek dan airnya sekali. Masukkan juga cili sos, kiub ayam dan asam jawa.

Renihkan sebentar sambil perasakan dengan kiub ayam, garam dan gula. Rasa ikut kesesuaian. jika perlu tambah air secukupnya untuk menjadikan lebih berkuah. Siapp!

Bolehlah di hidangkan mee dan  kuah yang di buat ini bersama telur rebus tadi dan tabur cili merah yang di hiris. Sesuai untuk hidangan seisi keluarga dan bila-bila masa saja.

Sayugia diingatkan resepi ini hanya resepi masak campak-campak aku saja, Takut juga apabila ada yang mencuba merasakan resepi mee kuah ini entah apa-apa rasanya. Kalau terjadi begitu, aku minta maaf. mungkin citarasa kita tak sama  dan berbeza. 

Nak dapatkan resepi-resepi di blog ini, klik SINI

p/s: Kalaulah aku tambah udang segar, kerang, sayur taugeh dan kucai  mesti lagi mengancam mee kuah simple aku ni. Seterusnya jadi nama mee kuah special la plak... hahaha! 

1 comment:

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...