Sejak tinggal di kampung pekebunan ini, puas aku menanam pokok dan sayur yang
aku gemar makan. Salah satunya adalah sayur maman. Sayur maman ini
paling aku suka di buat jeruk maman. makan dengan ikan goreng dan picit cili
api sedap tak ingat dunia rasanya. Hanya penggemar jeruk maman saja yang
tahu nikmatnya menyuap ke mulut... huh!
Pic Jeruk Maman, Makanan Rare Kegemaran Aku Tuh!
Sedikit info tentang sayur maman yang aku cedok dari wikipedia. Pohon
pokok maman ini boleh tumbuh mencapai ketinggian sehingga 1 meter. Ia tumbuh
secara menegak dan mempunyai batang dan ranting-ranting yang berbulu atau
berambut. Bentuk daun pokok maman ini mempunyai 5 helai daun membentuk satu
kelompok. Manakala, pada bahagian pucuknya terdapat tiga helai dan daunnya
yang lebih kecil, ia boleh dilihat pada berhampiran bunga pokok maman.
Bentuk buah pokok maman ini seperti kapsul bulat dan kepanjangannya adalah
diantara 2 hingga 11 sentimeter (cm), dan garis pusat buah maman dalam ukuran
3-6 milimeter (mm). Dikatakan sayur maman ini banyak di tanam di Negeri
Sembilan dan Terengganu. namun aku yang berasal dari negeri Perak dari kecil
tahu dan suka makan sayur ni apabila di buat jeruk.
Terdapat beberapa jenis pokok maman. Tapi yang aku tahu hanya 2 jenis saja
iaitu maman berbunga putih yang di kenali sebagai maman kampung dan biasanya
di tanam di kebun dan maman maman berbunga ungu yang juga di kenali sebagai
maman pantai. Maman jenis ini biasanya banyak di jumpai tumbuh meliar di tepi
jalan dan belukar kecil.
Di Negeri Sembilan sayur maman terkenal dengan cara di masak rendang
bersama dengan ayam tapi aku belum cuba masak rendang ayam maman lagi. Akan
datang mungkin aku akan cuba memasaknya. Di kampung aku selain maman di buat
jeruk dan di makan bersama nasi dan lauk ia juga boleh di masak lemak cili api
seperti biasa dan di campur ikan.
Di sini aku nak tunjuk resepi jeruk maman cara aku dan di makan bersama isi
ikan goreng dan cili api yang di picit dan di tenyeh sahaja di dalam jeruk
maman itu. Sedap sangat di tekak aku dengan rasanya yang tak terdapat di
mana-mana lauk yang pernah aku rasa. Rasanya tu sangat unik dan berbeza..
hahaha!
Resepi Jeruk Maman, Makanan Rare Kegemaran Aku Tuh!
Bahan-bahan membuat jeruk maman:
Secekak sayur maman
2 sudu besar nasi sejuk
1 cawan air masak
Garam secukup rasa
Cara-cara membuat jeruk maman:
Sayur maman di siang dengan mengambil daunnya dan batang yang lembut sahaja.
Bunga dan buah yang masih lembut di ambil sekali. Basuh bersih sayur maman
yang telah di siang tadi dari tanah dan pasir yang melekat.
Caranya dengan mengocak dan merendam sayur maman dalam bekas yang besar.
Angkat sedikit demi sedikit sayur maman dari bekas, tanah dan pasir akan
mendap ke bawah. buat beberapa kali untuk mengasingkan pasir dan tanah.
Setelah itu masukkan sayur maman ke dalam bekas bertutup dan gaulkan bersama
nasi sejuk yang telah di basuh untuk membuang kanjinya. Masukkan air dan
sedikit garam. Rasa agar cukup terasa sedikit masinnya, baru sedap.
Pic Jeruk Maman Sebelum Di Peram
Peram selama 3 hari di suhu bilik di rak dapur sahaja. Setelah 3 hari,
bolehlah di makan dan di jadikan lauk tengahari atau malam. Lebihan jeruk
maman boleh di simpan di dalam peti sejuk. Buat banyak-banyak dengan di
gandakan kuantiti dan simpan dalam peti ais tahan selama sebulan.
Cara makan jeruk maman:
Bahan-bahannya:
Jeruk maman
Ikan goreng
Cili api
Caranya:
Gaul jeruk maman bersama isi ikan goreng yang siat kasar. Sambil itu tenyeh
dengan cili api yang di potong-potong. Seterusnya boleh di makan bersama nasi
panas dan lauk pauk.
Jeruk maman ini hanya aku yang suka makan. Seisi rumah selain aku tak nak
makan sayur maman ini. Apa nak kata, sedih jugalah. Alasan anak-anak aku geli
tengok nasi di dalam sayur maman tu sebab macam dah basi. Itulah sebab ada
orang aku jumpa di FB kisar nasi dan ambil airnya saja dan letak dalam sayur
maman yang nak di jeruk.... haihhh!
Nak tengok dan dapatkan pelbagai resepi di blog ini, klik
SINI
p/s: Apapun aku tetap suka makan sayur jeruk maman ini. Sedap sangat rasanya.
Jadi aku akan tanam berterusan dan buat lagi dan lagi... huhu!
Allahu lamanya kak ana tak makan jeruk maman, kalau dulu siap hirup kuahnya yang masam2 tu, maman buat rendang dengan ayam kampung sedap kan
ReplyDeleteSaya tak pernah jumpa pucuk maman, apalagi merasa jeruk maman. Kesian kan...
ReplyDeleteaida makan maman ni, tu pun oder rendang ayam maman dgn ofismet di seremban.
ReplyDeletelepas tu, x dpt makan lagi. ofismet tu dah pencen.
sedap. pahit-pahit lemak.
Feveret mak saya tapi bukan saya...
ReplyDelete