Ramai yang suka makan kerang. Selain di makan begitu sahaja, kerang sedap di
buat pelbagai lauk seperti rendang, masak lemak, masak sambal juga di
jadikan perencah dalam mee, meehoon dan seumpamanya. Kerang apabila di masak
sambal dan di makan dengan nasi lemak memang sedap tak terkata bagi aku tapi
kenalah tau teknik mengopek kerang dengan betul untuk rupa dan rasa yang
cantik dan sedap.
Petua Rebus Kerang, Isi Tak Kecut Dan Senang Di Kopek
Sedikit info tentang kerang iaitu kerang merupakan nama sekumpulan moluska dwi
cengkerang daripada famili Cardiidae. Kulit kerang banyak dijumpai di
pantai-pantai di seluruh dunia. Kulit kerang ini berbentuk seperti hati,
bersimetri dan mempunyai tetulang di luar yang nyata. Kerang adalah sejenis
haiwan bercengkerang (kerang-kerangan) yang boleh dimakan.
Hidupan ini hidup di kawasan pantai berlumpur kerana ia sesuai dengan sifatnya
dan mudah untuk membiak. Siput mempunyai cengkerang yang berfungsi melindungi
dirinya dan sebagai tempat tinggal. Cengkerang ini juga mempunyai bermacam
saiz dan warna. Memang banyak menu masakan kerang dan ia terpulang kepada
penggemarnya. Jika ia di rebus sahaja, sudah pasti perlu ada sambal kicap
untuk dimakan bersama.
Petua merebus kerang ini aku dapat dari FB tau. Ambik Dari FB Rusyainie Ramli.
Mudah saja cara dia. Tak perlu dah nak buat cara biasa iaitu rebus dengan air
seperiuk banyak. Akan hilang rasa manis dan zat kerang apabila di rebus. Bukan
kita nak minum airnya. Tak gittew!
Petua Rebus Kerang, Isi Tak Kecut Dan Senang Di Kopek
Bahan-bahan:
1 kg kerang atau secukupnya.
Cara dan petua merebus kerang:
- Kerang di basuh bersih sebersihnya. Panaskan kuali dan masukkan kerang yang
telah di basuh bersih tadi.
- Masak atas api yang besar. Tunggu sampai air kerang semuanya kering.Air
datang dari kerang tu sendiri. Jangan tambah sebarang air. Tak payah dikacau
pun.
- Bila air dah kering, padamkan api dan terus tutupkan kuali dengan
tudungnya. Biarkan dalam 10 minit sebelum dikupas.
- Nak buka cengkerang pun senang dengan cara ni. Dah siap.
- Cantik kan isi kerang tu. Nak makan terus, cicah sos cili perah asam limau,
boleh. Atau isinya boleh masak sambal atau rendang. Tak pun, jadi rencah dalam
mee atau kueh teow goreng.
Pic Rebus Kerang, Isi Tak Kecut Dan Senang Di Kopek
Itulah cara dan petua rebus kerang atau boleh juga di namakan kerang bakar
sebab tak guna air untuk merebusnya. Barulah aku tahu cara merebus atau
membakar kerang yang paling efisyen. Selama ni rebus dengan air yang
banyak siap letak serai, bawang putih dan di perasakan dengan garam dan gula
bagai nak bagi rasa sedap... hahaha!
Nak dapatkan pelbagai petua dan informasi di blog ini, klik
SINI
p/s: Aku pun sebenarnya belum praktikkan cara ini lagi, belum berkesempatan
nak beli kerang lagi, letak petua ni di blog ni, senang nak cari.... huhu!
#kredit info dan pic : FB Rusyainie Ramli
Ahha, betul tu selalu guna air rebus satu periuk lepas tu kecut-kecut kerangnya. Lepas ni boleh guna cara ni pula ye, terima kasih infonya.
ReplyDeleteowh mcmtu ke.. selalu rebus kerang letak air.. kirannya yang ni xplu letak air la yeh?
ReplyDeleteKerang pun dah mahalnya sekarang.
ReplyDeletekecik2 pulak tu