Sekarang musim orang mendeko rumah dengan pokok-pokok hijau. Pokok hiasan
berdaun lebar atau berdaun panjang telah menjadi viral dan menjadi dekorasi
wajib rumah masa kini. Pada yang tiada masa menjaga pokok hidup, boleh saja
mendapatkan pokok tiruan. Di blog ini, kali ini aku nak kongsi cara buat sepasu pokok
berdaun lebar iaitu DIY pokok monstera tiruan, hiasan cantik dan menjimatkan
kos gittew!
|
DIY Pokok Monstera Tiruan, Hiasan Cantik Dan Menjimatkan Kos
|
Pokok monstera merupakan sejenis bunga hiasan dalaman yang berdaun besar
dan berbentuk oval. Sebahagian jenis pokok monstera ada seperti koyakan pada
daunnya. Keunikan koyakan pada daunnya itulah yang menjadi kegilaan peminat
dekorasi hiasan dalaman sekarang. Kalau beli pokok hidup di nurseri boleh
mencecah ratusan ringgit sepokok. Mahal sungguh!
Pokok mostera tiruan juga kepalang mahal harganya. Boleh mencecah hampir RM100
bergantung kepada kecil besarnya pokok mostera tiruan itu. Jalan yang paling
mudah dan menjimatkan kos adalah buat sendiri @
DIY(Do-It-Yourself). Gunakanlah sikil kaftangan yang ada tapi tak seberapa
itu untuk membuat dan menghiasnya sendiri. Harga bahan-bahan DIY sendiri
tak semahal apabila membeli pokok tiruan di kedai.
Nak lebih menjimatkan, bahan hampir semua beli di kedai eco. Bahan pembalut batang
boleh beli di kedai bunga hiasan @ kedai peralatan menjahit rasanya. Cukup
semua bahan, bolehlah mula membuatnya. Mudah sangat membuatnya. Sekejap saja
siaplah sepasu pokok monstera yang di idamkan.
DIY Pokok Monstera Tiruan, Hiasan Cantik Dan Menjimatkan Kos
Bahan-bahan membuat DIY pokok monstera tiruan:
2 set daun monstera eco (8 keping) - eco
1 pasu - eco
1 rumput tiruan - eco
1 pembalut batang hijau - kedai bunga
1 gabus polisterine - kedai bunga
1 batu-batu hiasa - eco
Lidi atau kayu untuk batang pokok - sedia ada
Kertas suratkhabar lama - jika perlu
Cara :membuat DIY pokok monstera tiruan:
Susun batu dalam pasu sebagai pemberat supaya pasu stabil. Sumbat kertas
surat khabar lama secukupnya di keliling polisterin supaya polisterin
kekal posisi di tengah.
Seterusnya lekatkan daun monstera selang seli pada kayu atau lidi dan
lilitkan dengan pembalut hijau, Susun hingga ke bawah dengan sekata sampai
habis.
Ubahsuai kedudukan dawai biar daun itu kembang dengan cantik. Akhir sekali
masukkan dan cucuk pokok monstera pada polisterin di pasu dan
tutup dengan rumput tiruan. Hias dengan batu lebihan. Sepasu poko
momstera tiruan siap dengan bergaya.
Bolehlah di hias di sudut rumah. Aku kongsi cara buat pokok monstera ini
dari FB She Syida. Kos membuat DiY pokok monstera ini hanyalah dalam RM10.20
sahaja katanya. masih ada lagi lebihan rumput dan polisterin untuk projek
seterusnya. Menjimatkan, bukan?
Nak lebih informasi tentang DIY barang hiasan dan keperluan klik
SINI
p/s: Minat juga nak buat DIY ni, nanti nak cari barang-barang di kedai
eco... huhu!
#kredit & pic: FB She Syida
betul. rata² rumah mesti jumpa pokok ni.
ReplyDeleteWah boleh try diy ni. Barang pun boleh cari kat kedai diy sendiri and kedai eco ✨
ReplyDeletewaa.. nampak simple tapi sedap mata memandang
ReplyDeletecantik kak
ReplyDelete