Petua yang aku dapat dari status Fb seorang novelis terkenal iaitu Lily
Haslina Nasir sangat menarik minat aku iaitu petua menghindar buku lama dari di mamah
bubuk. Pada sesiapa yang banyak menyimpan buku atau novel tentu sayang dengan
buku-bukunya. Bolehlah ikut petua mnghindar buku lama dari di mamah bubuk ini.
Pasti buku-buku akan terjaga dengan elok.
Petua Menghindar Buku Lama Dari Di Mamah Bubuk |
Bubuk yang di maksudkan ini adalah sejenis binatang kecil yang hampir serupa
dengan kutu beras yang biasanya mendiami beras apabila beras di simpan lama.
Sekiranya buku tidak di jaga dengan elok, lama kelamaan buku atau novel yang
di simpan elok di rak akan di huni oleh bubuk dan sedikit demi sedikit akan
memamah buku sehingga koyak dan hancur.
Jadi, kenalah cari solusinya untuk mencegah buku-buku dari di mamah bubuk ini.
Sebagai seorang novelis, Lily Haslina Naasir ini semestinya mampunyai
koleksi buku-buku yang banyak. Dia ada cara yang mudah dan hanya menggunakan
bahan-bahan yang ada di dapur rumah kita untuk menjaga buku-bukunya dari rosak di mamah
bubuk. Jom kita tiru cara dia menjaga buku-bukunya. Sayang dengan buku-buku, banyak ilmu dan inspirasi di dalamnya... huhu!
Petua Menghindar Buku Lama Dari Di Mamah Bubuk
Bahan-bahan untuk menghindar buku lama dari di mamah bubuk:
Daun limau purut
Biji lada hitam
*Kuantiti secukupnya untuk di letak dalam buku lama yang kita ada...
Cara-cara menghindar buku lama dari di mamah bubuk:
Selit atau tampal daun limau purut bersama biji lada hitam di antara helaian
buku-buku lama. Buatlah pada hampir kesemua buku yang ada untuk menghindar
buku lama dari di mamah bubuk. Boleh tahan setahun dua tu. Sekiranya sudah lama di buat, boleh ulang langkah yang sama lagi.
Selain di gunakan pada buku-buku lama, boleh juga di gunakan pada kain songket
atau baju-baju lama untuk perkara yang sama juga. Maka, terhindarlah dari
bubuk menyerang buku lama dan pakaian lama yang di sayangi itu.
Elak Buku Lama Dari Di Mamah Bubuk |
Tersangatlah mudah petua ini yang hanya menggunakan bahan yang senang di temui
di dapur rumah dan halaman rumah. Tak pernah aku bayangkan. Selama ini hanya mengetahui dengan
menggunakan silika gels saja. Mana nak cari silica gels yang banyak, makan kos pula tu... kan!
Dalam statrus FB ini juga memang kelakar lily Haslina Nasir ini. Anak-anaknya bertanya
untuk buat apa di letakkan lada hitam dan daun limau purut ini. Lantas di katakan pada
anaknya untuk menghalau hantu. Betul jugalah, semacam nak menghalau sesuatu
juga iaitu sang bubuk yang menghantui buku-buku lama.. heheh!
Nak dapatkan pelbagai petua di blog ini, klik
SINI
p/s: Info yang sangat menarik untuk di praktikkan oleh pengumpul buku dan
novel. Jangan abaikan penjagaannya yer!
Pic & info: Novelis Lily Haslina Nasir FB
wah nice tips..
ReplyDeleteWah bagus tips ni.. boleh cuba untuk buku2 lama
ReplyDelete