Ayam Brand & JAKOA Bantu Komuniti di Kampung orang Asli Changkat
Bintang, Selangor
|
Komuniti Orang Asli turut terjejas mata pencarian akibat kurangnya peluang
ekonomi ekoran wabak COVID-19.
Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOA) sedang bekerjasama dengan Ayam
Brand™ bagi membawa kempen kebajikan komuniti viral #AyamBersamaMu ke komuniti
Orang Asli di Selangor.
Pantri komuniti #AyamBersamaMu kini berdiri dengan sendiri di 13 lokasi di
seluruh negara dengan kerjasama komuniti yang menyumbangkan dan mengambil
keperluan harian seperti makanan, bagi membantu mereka yang memerlukan, dan
disokong oleh sumbangan produk dari Ayam Brand, Mission Foods dan Alce Nero,
antara yang terlibat.
Kempen #AyamBersamaMu Menyokong Orang Asli dengan Makanan Berkhasiat |
Versi kempen kebajikan komuniti tersebut yang diubahsuai kini sedang
dilancarkan di Kampung Orang Asli Changkat Bintang dengan bekalan produk Ayam
Brand dan Alce Nero untuk sebulan bagi kegunaan 39 keluarga Orang Asli.
Ketua Pengarah JAKOA, Prof Dr Juli Edo berkata kempen #AyamBersamaMu
diperlukan sebagai sokongan dalam bentuk nyata dan psikologi bagi komuniti
Orang Asli menerusi sumbangan makanan keperluan dalam tempoh sukar ini.
“Pakej rangsangan yang disediakan untuk Orang Asli telah membantu banyak
komuniti tetapi mereka masih menghadapi cabaran ekonomi, khususnya dalam
menyara hidup keluarga. Kempen #AyamBersamaMu ini merupakan bantuan yang
positif dan tepat pada masanya bagi komuniti Orang Asli, dan menjadi
peringatan buat mereka bahawa mereka tidak keseorangan. Ada organisasi dan
individu yang prihatin akan nasib mereka. Ucapan terima kasih kami buat Ayam
Brand dan Alce Nero di atas kemurahan hati syarikat-syarikat ini menyumbangkan
produk makanan sihat berkualiti premium,” kata Prof Dr Juli Edo.
Oleh kerana komuniti-komuniti ini tinggal jauh di pedalaman, JAKOA akan
mengendalikan sokongan logistik dan menyelaraskan tugas dengan Tok Batin dan
orang tua-tua di kampung dalam mengedarkan sekotak 27 produk kepada
ketua-ketua keluarga dalam setiap komuniti, dan pada masa yang sama
mengamalkan penjarakan sosial.
“Komuniti-komuniti ini amat terjejas di segi ekonomi, dan sumbangan barangan
makanan yang tahan lama merupakan penghubung nyawa yang penting. Kami berharap
lebih banyak organisasi akan menyertai kempen #AyamBersamaMu atau memulakan
usaha kebajikan sendiri,” tambah beliau.
#AyamBersamaMu Ayam Brand & JAKOA Bantu Komuniti di Kampung orang Asli Changkat Bintang, Selangor |
Menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporatnya yang telah berjalan sekian lama, Ayam Brand™ telah menyumbang lebih 2 juta makanan berkhasiat kepada pertubuhan amal dan menyediakan makanan berkhasiat untuk lebih 21,800 orang dari 524 organisasi dan NGO amal sejak 13 tahun lalu.
Kempen kebajikan komuniti #AyamBersamaMu turut memberi sokongan kepada petugas
barisan hadapan di Hospital Sungai Buloh, golongan gelandangan, golongan OKU,
anak yatim, ibu tunggal dan orang tua sejak wabak Covid-19 melanda Malaysia.
Dianggarkan 20,000 produk Ayam Brand telah diedarkan setakat ini.
“Kami telah menyantuni pelbagai komuniti, terutama mereka yang memerlukan
menerusi kempen kebajikan komuniti ini, dan and berpuas hati bekerja dengan
JAKOA bagi membantu komuniti Orang Asli. Produk-produk kami sarat dengan zat
makanan dan rendah kandungan gula dan garam, menjadikannya sesuai untuk
pemakanan Orang Asli. Kami mengubah suai konsep pantri komuniti kerana
kekurangan penderma disebabkan lokasi yang terpencil. Kami mengalu-alukan
jenama lain untuk turut serta dalam membantu komuniti ini. Kesimpulan daripada
kempen #AyamBersamaMu ini adalah kita mampu bantu- membantu sebagai satu
komuniti,” kata Pengurus Pemasaran Ayam Brand Malaysia, Cik Teoh Wei
Ling.
Aktiviti #AyamBersamaMu Ayam Brand & JAKOA Bantu Komuniti di Kampung orang Asli Changkat Bintang, Selangor |
Kempen #AyamBersamaMu ini umpama pucuk dicita ulam mendatang bagi penduduk
Kampung Orang Asli Changkat Bintang di Selangor.
“Waktu ini merupakan tempoh sukar bagi kami kerana aktiviti ekonomi di kawasan
kami telah berkurangan dan peluang tidak banyak. Sumbangan oleh Ayam Brand dan
JAKOA ini meringankan kesusahan kami dalam menyara keluarga. Kami amat
menghargai rasa timbang rasa dan kuantiti produk berkualiti yang disumbangkan.
Ini mampu memastikan kesemua 39 keluarga di sini cukup makan untuk
sekurang-kurangnya sebulan. Kami belum pernah mencuba tuna, saba atau pasta
jadi ini juga merupakan pengalaman baru buat kami!” terang Tok Batin Hassan
bin Kaku.
Seorang penduduk kampung, menganggap sumbangan yang diberi ini sebagai durian
runtuh yang amat dialu-alukan oleh komuniti Orang Asli Changkat Bintang.
Keceriaan #AyamBersamamu Di Kampung orang Asli Changkat Bintang, Selangor |
“Kami semua kenal jenama Ayam Brand, tetapi ia kami anggap mewah dan hanya
untuk majlis istimewa. Dan kini kami ada cukup untuk sebulan. Malah kami tidak
perlukan alat pembuka tin untuk menikmati tuna, saba, kacang panggang dan
santan ini. Kami berasa seolah-olah seluruh rakyat Malaysia bersama kami di
dalam kempen #AyamBersamaMu ini,” kata penduduk kampung.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kempen kebajikan komuniti
#AyamBersamaMu, layari https://www.ayambrand.com.my.
- Tamat -
Syukur Alhamdulillah.
ReplyDeleteRakyat Malaysia memang sentiasa prihatin dan peka terhadap perkembangan masyarakat keliling. Moga-moga komuniti Orang Asli Changkat Bintang dapat menjalani rutin harian dengan lebih sempurna.