30 July 2020

Resepi Pulut Kuning Kari Ayam Sedap Tak Hingat...

Pulut kuning kebiasaannya aku masak bersama rendang tapi kali ini aku nak buat pulut kuning bersama kari ayam. Lari dari kebiasaaan yang biasa aku buat pulut kuning. Buat kari ayam pekat sikit dan di cicah bersama pulut kuning mestilah sedap tak hingat. Anak-anak dan en, suami suka apabila aku masak juadah ini... huiii!!!

Resepi Pulut Kuning Kari Ayam Sedap Tak Hingat...
Resepi Pulut Kuning Kari Ayam Sedap Tak Hingat...

Satu pagi minggu yang indah bermulalah aku membikin pulut kuning kari ayam ini. Aku buat masakan pulut ini menggunakan beras pulut susu. Jadi tak payah rendam lama sampai semalaman. Rendam sejam dua pulut susu bersama  serbuk kunyit dan sekeping asam keping sahaja sudah boleh di kukus. 



Sementara merendam pulut susu aku mula menggodek memasak lauk kari ayam. Rendam pulut waktu pagi, Sebelum masuk waktu tengahari dah siap masak rendang ayam. Selepas itu aku mula mengukus pulut kuning. Aku biasanya kukus pulut kuning sebanyak dua kali. Kukus macam biasa kali pertama ada kukus bersama santan untuk kali kedua. Lembut dan lemak secukup rasa pulut kuning yang aku masak ini...huhu!

Resepi Pulut Kuning Kari Ayam Sedap Tak Hingat...


Pulut Kuning


Bahan:
3 cawan beras pulut
1 cawan santan pekat
1 sudu kecil garam
Sedikit serbuk kunyit dan asam keping
(Untuk merendam pulut)

Cara membuat pulut kuning:


Pulut di bersihkan dan di rendam selama sekurang-kurangnya 2 jam bersama serbuk kunyit dan asam keping.

Setelah itu cuci bersih pulut dari air kunyit dan asam keping dan kukus selama 10 minit.

Keluarkan pulut dari kukusan, terus gaul dengan santan yg telah di campur garam. Kacau sebati sehingga santan meresap kedalam pulut.

Kukus lagi selama 10 minit. Selepas itu pulut kuning siap untuk di hidangkan bersama kari ayam.

Kari Ayam


1 ekor ayam
4 biji kentang
1 biji tomato
2 cawan santan 
1 paket serbuk kari ayam
1 sudu besar cili giling
1 sudu kecil pes asam jawa
7 biji bawang merah
5 ulas bawang putih 
3 inci halia
3 tangkai daun kari
1 kulit kayu manis
2 bunga lawang
3 bunga cengkih
2 buah pelaga
1 cawan air 
2 sudu  makan air tepung jagung 
- ( 2 sudu makan air campur 1 sudu makan tepung jagung)
Garam dan gula secukup rasa
1/4 dari seketul kiub ayam (jika suka)
Minyak masak secukupnya
 

Cara membuat kari ayam:


Ayam di potong kecul dan di bersihkan. Kentang di buang kulit dan di belah empat atau enam. Tomato juga di belah empat. Bawang merah, bawang putih dan halia di tumbuk lumat.

Seterusnya panaskan minyak masak di dalam periuk dan tumis rempah 4 serangkai iaitu bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis dan buah pelaga. Apabila naik wangi, masukkan bahan yang di tumbuk lumat. 

Apabila bahan di periuk menunjukkan tanda kekuningan, masukkan cili giling. Kacau sampai hampir garing dan masukkan serbuk kari. Selepas itu terus masukkan secawan air dan pes asam jawa. Masukkan juga kentang.

Renihkan sehingga serbuk kari betul-betul masak dan pecah minyak. Setelah itu masukkan santan dan biarkan mendidih sebentar. Seterusnya masukkan ayam. Setelah ayam masak dan subi kentang betul-betul empuk, masukkan kiub ayam(jika suka) dan perasakan dengan garam dan gula.

Setelah itu, masukkan air tepung jagung dan tomato. Tunggu sehingga kari menjadi pekat dan tomato mennjukkan tanda hampir tanggal kulit luarnya, bolehlah di angkat dan di hidangkan bersama pulut kuning.

Berselera anak-anak dan en. suami makan di suatu tengahari minggu yang indah ini hasil godekkan aku dari awal pagi. Seronok tengok diorang makan. Aku yang tengah menjaga diet pemakanan ini dah rasa cukup kenyang di buatnya. Buat sendiri dari membeli boleh makan ulang banyak kali samapi ke petang oleh anak-anak. Kalau membeli sebekas dua sekejap saja dah habis licin... hehe!

Nak dapatkan pelbagai resepi dan informasi di blog ini, klik SINI

p/s: Sedap tak hingat dan lazat memikat pulut kuning kari ayam ni, kata anak-anak... haihh!!!

1 comment:

  1. Memang kombinasi menu yang mantap!
    Saya tak pernah tolak jika ada hidangan begini di depan mata... ahaks!

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...