Sewaktu di awal PKP bulan April hari tu, aku ada buat roti. Masa tu
timbul kerajinan yang membuak-buak kerana semua anak-anak ada di rumah. Adalah
yang menjadi tukang makannya. Kalau hari-hari biasa, tak dapatlah begitu. Jadi
aku pun test skill membuat adunan roti. maka terjadilah mini pizza,
cinnamon roll dan donut dengan hanya 1 adunan roti.
Mana tidaknya boleh buat 3 jenis roti sebab menggunakan 1kg tepung gandum.
kami sekeluarga memang sangat menyukai roti. nak keluar membeli rori pelbagai
jenis di pasaraya, semua dah di tutup akibat covid 19. Jadi aku pun muemulakan
langkah utnuk membuat sendiri. Pertama kali mencuba buat sendiri tu.... huhu!
Tapi tidaklah aku membuat ketiga-tiga jenis roti ini pada hari yang
sama. Adunan roti itu aku sediakan pada permulaan aku membuat mini pizza
sahaja. Adunan roti itu aku bahagikan 3. Adunan kedua dan ketiga
simpan di peti ais tempat beku. Boleh tahan hampir sebulan adunan roti di
tempat beku itu. Sebelum itu apabila nak menggunakan cairkan kembali ke suhu
bilik.
Resepi Mini Pizza. Cinnamon Roll Dan Donut Dengan Hanya 1 Adunan Roti
Bahan-bahan:
1 kg tepung gandum
1 sudu besar baking powder
4 sudu besar minyak jagung
4 sudu besar margerin planta/buttercup
1 paket yis
2 sudu besar gula
2 sudu kecil garam
1 1/2 mug air suam
Cara membuat adunan roti - mini pizza, cinnamon roll dan donut
Yis, gula dan cawan di campur dengan air. Biar sekejap hingga berbuih
iaitu dalam lebih kurang 10 minit.
Tepung gandum, baking powder, minyak jagung dan margerin di gaul
bersama. Seterusnya masukkan adunan yis tadi.
Uli sehingga sebati dan menjadi doh yang tidak melekat di tangan. Sekiranya
masih terlalu lembik tambah sedikit tepung gandum.
Uli sehingga mendapat adunan yang elastik dan mantap. Rehatkan doh sebentar anggaran dalam 30 minit iaitu sehingga adunah sudah naik 2 kali ganda.
Tumbuk doh untuk membuang angin di dalam adunan. Bahagikan kepada 3 bahagian.
Dan gunakan 1 bahagian saja. 2 bahagian lagi boleh wrap elok dalam plastik dan
simpan di tempat beku.
Sekiranya tak nak simpan dan nak gunakan semua sekaligus pun boleh tapi bagi
aku sekilo adunan terlalu banyak. Tak habis makan. Seterusnya bahan dan cara
membuat mini pizza, cinnamon roll dan donut dengan hanya 1 adunan roti.
Mini Pizza |
- 1 - Bahan untuk membuat mini pizza:
1 bahagian adunan roti
Sosej
Sos cili
Mayonis
Cara membuat mini pizza:
Adunan roti di bahagikan kepada beberapa bahagian kecil. Bulat-bulatkan adunan
dan leperkan sebesar tapak tangan.
Seterusnya sapu adunan roti dengan sos cili. Susun sosej yang sudah di potong
kecil di atasnya ikut kreativiti sendiri. Selepas itu paipkan di atas sosej
dengan mayonis dan sos cili jika suka.
Lenserkan loyang susun mini pizza ke dalamya. Bakar di dalam oven api atas
bawah 175c selama 10 - 15 minit atau mengikut oven masing-masing. Siap!
Cinnamon Roll |
- 2 - Bahan untuk membuat cinnamon roll:
1 bahagian adunan roti
Gula perang secukupnya
Serbuk kulit kayu manis secukupnya
Cara membuat cinnamon roll:
Gaul rata 1 bhagian gula perang bersama 1/4 bahagian serbuk kulit kau
manis. Adunan roti di canai nipis.
Seterusnya tabur rata gula perang bersama cinnamon roll tadi dia atas
adunan roti . Gulung adunan roti itu dengan kemas.
Selepas itu potong gulungan adunan roti anggaran 1 inci lepar. Susun
gulungan roti itu dalam loyang yang telah di lenser dengan sedikit minyak
atau margerin.
- 3 - Bahan untuk membuat donut:
1 bahagian adunan roti
Gula icing atau gula halus secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng secukupnya juga
Cara membuat donut:
Canai nipis adunan roti dan terap dengan acuan gegelang donut. Boleh juga di
uli memanjang dan sambungkan untuk menjadi gegelang.
Seterusnya goreng terendam di dalam kuali yang berisi minyak panas. Apabila
kuning keemasan, Angakat dan toskan. Seterusnya gaul dengan gula icing atau
gula halus. Siapp!
*Di dalam gambar yang di sertakan aku buat donut bentuk jejari. Sesaja untuk
kelainan... hahaha!
Walau tak sesempurna mana adunan roti dari resepi mini pizza, cinnamon
roll dan donut dengan hanya 1 adunan roti ini tapi sekurang-kurangnya aku
telah berusaha untuk mempraktikkannya. bagi seisi keluarga aku, semuanya sedap
dan elok di mata mereka. Senget benget itu biasalah kan...!
Nak mendapatkan resepi yang pelbagai rupa di blog ini, klik
SINI
p/s: Entah bila kerajinan mencuba kembalimembuat mini pizza, cinnamon roll dan donut lagi tak taulah... huhu!
Kredit Resepi FB Siti Husna
Cinnamon roll favorite LZ tapi tak reti buat sendiri.
ReplyDeleteKalau pandai buat macam sis tentu puas makan. :)