Salah satu makanan kegemaran aku adalah mee goreng. Aku suka buat yang
basah-basah sikit. Bukan terlalu berair cuma lebih sikit basahnya. Barulah
sedap apabila bahan-bahan rencahnya terasa kebasahannya dalam mee goreng tu.
Tapi bahan iringan selalu tak cukup apabila aku nak masak mee goreng basah ni.
Jadi aku buat yang stail bajet je lah!
Mee Goreng Basah Bajet Yang Meletup Sedap |
Tak ada ayam atau daging dalam mee goreng yang aku buat ni. Udang dan sotong
pun tak ada. Ada tidak. letak hanya telur, kek ikan dan sedikit udang kering
untuk penyedap rasa. Selain itu sayurnya adalah 2 pokok sawi yang di
patah-patahkan kecil saja. Namun begitu rasanya tetap meletup sedap,
Buat versi bajet macam ini pun suami dan anak-anak dah bagi markah penuh
5 bintang. Anak-anak memang suka aku buat mee goreng basah ni. Tak kisah masak
stail macam mana pun. Kalau masak dengan pelbagai bahan yang mencukupi
apatah lagi akan kesedapannya... Kan!
Resepi Cara Masak Mee Goreng Basah Bajet Yang Meletup Sedap
Bahan-bahan:
1 kg mee kuning
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 sudu besar cili kisar
2 sudu makan udang kering
2 keping kek ikan
2 pokok sawi
2 biji telur
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
3 sudu besar kicap manis
1 sudu makan pes asam jawa
1/2 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
1/4 dari seketul kiub ayam - jika suka
Cara masak mee goreng basah:
Bawang merah, bawang putih dan cili kering setelah di hiris dan di
bersihkan, di tumbuk lumat. Kek ikan di hiris nipis. Pokok
sawi di patah-patahkan dan di carik-carik daunnya.
Panaskan minyak di kuali dan tumiskan bahan tumbuk sehingga naik bau dan
kekuningan. Masukkan cili kisar dan goreng hingga hampir garing.
Seterusnya masukkan sos tiram, sos cili dan kicap manis. masukkan juga pes
asam jawa dan air. Di waktu ini masukkan juga kiub ayam jika suka.
Seterunya apabila bahan di kuali telah mendidih, masukkan kek ikan dan
sawi. Seterusnya pecahkan telur ke dalam kuali. Biarkan sekejap bagi telur
membeku sedikit, masukkan mee kuning. Kacau semua bahan sehingga sebati.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Pastikan semua rasa mee goreng basah ini mencukupi, barulah boleh dia angkat dan di hidangkan. Selamat menjamu selera...
!
Sedap bag hang.... Kalau tak percaya, silalah mencuba resepi masak mee
goreng basah bajet ni. Senang pun senang, sekejap saja sudah terhidang di
atas meja untuk santapan sekeluarga tau. Semestinya tak menggunakan banyak
bahan yang renyah dan susah. Jimatttt!!!
Nak dapatkan pelbagai resepi menarik di blog ini, klik
SINI
Wah! Bajet bukan sebarang bajet ni. Ni memang bajet meletup...cukup rasa! Sudah tentu sedap!
ReplyDelete