03 July 2020

Resepi Beberapa Jenis Kuih Putu Yang Ramai Penggemarnya

Kuih putu merujuk wikipedia adalah sejenis  kuih tepung beras yang di kukus. Kuih yang sejenis begini resepinya hampir sama di seluruh nusantara cuma lain padang lain belalang ataupun rupa bentuknya. Rasanya ada yang hampir sama, ada juga yang berlainan mengikut tempat. Cuma yang uniknya namanya hampir sama iaitu Kuih putu di Malaysia, kue putu di Indonesia dan puto di Filipina.

Resepi Beberapa Jenis Kuih Putu Yang Ramai Penggemarnya
Resepi Beberapa Jenis Kuih Putu Yang Ramai Penggemarnya

Kuih putu ini menjadi kegemaran kami sekeluarga. tapi tidaklah aku membuatnya sendiri. Kebiasaannya beli di pasar malam. Hampir setiap minggu mesti ada kuih putu ini di beli oleh en. suami  di pasar malam. tak kiralah kuih putu piring atau pun putu bambu. kalau pada sambutan Hari Raya, kuih putu kacang pula yang paling di sukai.

Kuih putu perak pula memang selau jumpa. Sekarang di pasar pagi pun sudah ada yang menjualnya. Cuma kuih putu halba memang sukar di jumpai. Mungkin cara pembuatannya sedikit renyah dan memerlukan ubi untukl di parut. apapun sebernarnya kuih putu ini aku cuma tahu makan saja, Buatnya belum pernah lagi. Ada tidak, masa kecil di kampung dulu pernah menolong opah dan mak membuat putu perak dan putu kacang saja.



Terjumpa resepi beberapa jenis kuih putu di FB, tergerak nak salin resepi di blog. Manalah tahu timbul kerajinan untuk membuatnya nanti. Gul;a melaka atau nise kerek dari Kelantan ada beberapa ketul di bagi anak buah yang bercuti beberapa hari lalu. Kalau di buat kuih putu piring, bagus juga... hehe!

Resepi Beberapa Jenis Kuih Putu Yang Ramai Penggemarnya


- 1 -  Kuih Putu Piring


Kuih Putu Piring
Kuih Putu Piring

Bahan-bahan (untuk sekitar 15 keping)

2 cawan tepung beras
3/4 sudu garam
150ml air panas
1/2 cawan kelapa parut (ambil yg putih shj dan gaul dgn 1/2 sudu teh garam)
1/2 cawan gula melaka,diparut
5-6 helai daun pandan
kain muslin (kain putih jarang berukuran 6-8inci persegi)
Daun pisang digunting 2inci persegi

Cara-cara membuat putu piring:


Tepung beras digoreng tanpa minyak 5 minit. Ayak dan biarkan sejuk. Campurkan garam dgn air panas dan daun pandan.Biar sebentar untuk mendapatakn bau pandan. Renjis2kan pada tepung. Gaulkan supaya dapat hasil seperti serbuk roti. seeloknya air panas

Panaskan pengukus. Griskan acuan putu dgn sedikit minyak. Tabur sedikit tepung , kemudian sedikit gula merah. Tambah sedikit tepung lagi diatasnya.

Letakkan kain muslin diatasnya dan telangkupkan acuan pada pengukus (elok guna pengukus khas.) biarkan selama 3-4 minit dan angkat acuan.

Biarkan putu dalam kain muslin selama kira2 seminit lagi sebelum kain dan putu diangkat.

Buka kain muslin dan letakkan sedikit kelapa parut yg telah digaul dgn sedikit garam. Letakkan daun pisang di atasnya dan terbalikkan putu.Sedia untuk dihidang dan disantap.

- 2 - Kuih Putu Bambu


Kuih Putu Bambu
Kuih Putu Bambu

Bahan-Bahan:

400 Gram Tepung Beras
300 ml Air
3 Lembar Daun Pandan
1/2 Sendok Garam
125 Gram Gula Melaka yang telah dikisar
125 Gram Kelapa Parut

Cara Membuat Putu Bambu:


Rebuslah air yang dicampur dengan garam dan daun pandan sampai mendidih, jika sudah angkat dan biarkan sampai hangat

Masukan tepung beras ke dalam sebuah bekas, kemudian masukan air pandan tersebut sedikit demi sedikit sambil diadun hingga merata

Gunakan penapis kasar kemudian masukkan adunan tepung, dan diayak hingga adunan menjadi halus. Masukan adunan ke dalam cetakan bambu yang dibawahnya sudah diberi potongan kecil daun pandan(atau daun pisang) sebagai alas.

Lubangi bagian tengah adonan kemudian masukan sisiran gula melaka secukupnya. Jika sudah tutup dengan adunan tepung beras hingga cukup penuh dan ratakan. Siapkan pengukus yang terdapat lubang-lubang kecil, kemudian letakan cetakan yang sudah berisi adunan putu dengan posisi berdiri tepat di atas lubang kukusan.

Kira-kira setelah sekitar 10 minit dikukus, angkat dan keluarkan kuih putu dari cetakan dan sajikan di atas piring. Taburi kuih putu yang sudah masak tadi dengan parutan kelapa ditambah sedikit gula pasir.

- 3 - Kuih Putu Halba


Kuih Putu Halba
Kuih Putu Halba

Bahan asasnya ialah ubi kayu:

- Kuantiti ubi kayu bergantung kepada banyak mana hendak hasilkan putu halba.
- Ubi kayu yang telah dikopek kulit luarnya hendaklah diparut atau dimesin.
- Ubi kayu yang telah diparut itu hendaklah diperah agar kering (lembab yang gebu)
- (untuk mudah, sekarang terdapat debu atau tepung ubi kayu dijual di pasaran)
- Gaul ubi kayu yang diparut dengan halba secukup rasa. Ada juga yang memasukkan sedikit garam.

Untuk memasak kuih putu halba:

- Tepung ubi kayu dimasuk ke dalam piring kecil (acuan)
- Guna tutup teko basuh tangan pun boleh. Ada yang guna acuan kuih dan gelas. Inilah dikatakan kreativiti.
-.Letakkan sedikit gula melaka (nise) yang telah dipotong kecil. Boleh juga gunakan guna.
- Taburkan sedikit ubi kayu di atas nise supaya tertutup dan tekan sedikit supaya mampat
- Letakkan kain kasa (maslin) di atas piring ubi. Kain lain pun boleh digunakan seperti sapu tangan atau tuala kecil.
- Terbalikkan piring ke atasnya supaya putu tertinggal di atas kain.
- Angkat dan isikan ke dalam pengukus.
(anda boleh lakukan apa peralatan atau cara yang sesuai, asalkan putu yang hendak dimasakkan itu dapat diletakkan ke dalam atau di atas pengukus.
- Putu halba masak apabila semua telah melekit mengikut bentuk - tentu anda kenal yang masak dengan belum.

Putu halba sedap dimakan ketika panas. Ia dicicah dengan kelapa parut. Kalau sudah sejuk, maka kurang sedap dimakan sebab sudah liat sedikit dan aroma bau serta rasanya berkurangan.

- 4 - Kuih Putu Perak


Kuih Putu Perak
Kuih Putu Perak

Bahan-bahan:

4cawan tepung beras
1cawan tepung pulut
1cawan air
1cawan gula kastor
Acuan putu
Kain kasa/ kain cotton dipotong 4segi

Inti:
Kelapa parut muda + Garam secukup rasa

Cara-cara membuat putu perak:


Campurkan tepungpg beras dan tepung pulut. Gaul sehingga rata.

Tuang air dan ramas hingga nampk seperti ketulan2.. Blend kering hingga halus dan ayak supaya halus.
Campurkan gula ke dalam tepung yang diayak tadi.

Gaul hingga betul-betul sebati. Panaskan air kukusan hingga mendidih.Ambil acuan putu masuk sedikit dalam acuan.

Buat lubang tengah-tengah. Masuk inti dan tutup pulak dgn tepung. Ratakan atas acuan. 11. Ambil kain kasa tutup atas acuan dan telangkupkan pada periuk kukus.

Kukus selama 3 minit atau hingga masak.  Siap dihidang untuk seisi keluarga

Kredit : Resepi ‎Cik Puan Nurshima

- 5 - Putu Mayam


Putu Mayam
Putu Mayam

Bahan-bahan:

Tepung Beras 1 kg.
Air Panas lebih kurang 1 1/2 liter.
Garam secukup rasa.
Alat atau acuan muruku (yang mata paling halus).

Cara-cara membuat putu mayam:


Masukan tepung beras dalam sebuah bekas. Didihkan air dan masukkan garam supaya larut. Masukkan air panas sedikit demi sedikit kedalam tepung beras dan kacau sehingga sebati menjadi doh. Boleh adunkan dengan menggunakan tangan dan doh yang dibentuk perlulah tidak melekat pada tangan anda. Bahagikan doh kepada 3 atau 4 bahagian.

Panaskan air dalam bekas kukus. Lapikan kain putih bersih sebagai pelapis pada bekas pengukus. Masukkan bahagian doh kedalam acuan muruku dan dan mulakan pemutaran atau pemerahan mengikut saiz yang perlukan. Putuskan bahagian terakhir di setiap kepingan dengan menekan sedikit kepada putu mayam supaya tidak terbarai apabila sedia masak.

Kukus 5-10 minit. Hidangkan dengan kelapa parut (100gm) dan Gula perang (100gm). Kalau ingin warna hijau atau berwangi pandan masukan dua helai daun pandan dalam air mendidih dan campurkan perwarna hijau.

p/s: “Putu Mayam” atau di Kedah dipanggil “putu mayung”

- 6 - Kuih Putu Kacang


Kuih Putu Kacang
Kuih Putu Kacang

Bahan-bahan:

Kacang hijau 1kg
Gula 1/2kg
Acuan yg sesuai

Cara membuat putu kacang:


Kacang hijau disangai. Kemudian kupas kulitnya. Kalau nak mudah lg,beli je kacang hijau yg sudah dkupas kulitnya.

Selesai kupas kulitnya,basuh kacang dan toskan. Agak-agak  kering, kisar kacang hijau sehingga halus. Kisar gula juga sehingga halus. ~dulu mak buat guna lesung. Sekarang dah moden, ada mesin pengisar, senang.

Ayak kacang dan gula. Sebatikan kacang dan gulashingga rata. kalau nak kurang manis,kurangkan gula yer. Perapkan dlm 5-6 jam @ lebih tapi jangan lama sangat.

Kemudian boleh lah terapkan pada acuan. Akhir sekali susun dalam dulang. Jemur di bawah cahaya matahari. Hati-ti semasa menyusun. Putu kacang masih lembut dan mudah hancur.

Kalau hari betul-betul panas jemur sekejap saja. Agak-agak kuih dah kers dsn gebu, bolehlah angkat dari jemuran.

Kredit resepi Anna N Zarra

Ehh, rasa nak buat kuih putu kacang tu pula. Rupanya senang saja membuatnya. tak perlu bakar dalam oven pun. Kuih putu yang lain pun nampak senang cara membuatnya. Nantilah, boleh di fikirkan langkah seterusnya, nak mula membuatnya atau tidak. Tunggu kerajinan yang melampau dulu.. hehe!

Nak resepi yang menarik di blog ini, klik SINI

p/s: Kumpul banyak-banyak resepi kuih putu di blog ini. Nak membuat nanti senang tak payah google sana sini. Cari di blog sendiri saja... !


No comments:

Post a Comment

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...