09 July 2020

Pokok Tak Subur? Boleh Tambah Serbuk Perasa Untuk Di Jadikan Baja...

Tahu tak, selain menjadi penyedap makanan, serbuk perasa boleh di jadikan baja untuk menyuburkan tanaman. Macam perkara main-main saja kan!

Pokok Tak Subur? Boleh Tambah Serbuk Perasa Untuk Di Jadikan Baja...
Pokok Tak Subur? Boleh Tambah Serbuk Perasa Untuk Di Jadikan Baja...

Pokok tak subur? Boleh di tambah serbuk perasa untuk di jadikan baja. Macam pelik, tapi itulah kebenarannya. Macam seorang sepupu ni ada tyanam pokok kedondong di pinggir rumah teres. Pokok tu segan saja nak hidup sebab tersepit atas tanah yang keluasannya kecil. Satu hari sepupu dapat tahu pasal serbuk perasa ini.

Di cubanya lah menyiram dengan secawan air baja serbuk perasa. Setelah di baja  setiap minggu, selepas 3 minggu pokok kedondong itu segar bugar dan mula berbunga. Sebulan kemudian mula berbuah dengan sangat lebat sampai terpaksa di beri sokongan supaya  tidak patah. Tak padan dengan kecil saja pokoknya tapi buahnya penuh sepokok tu. Itulah kesan baja serbuk perasa.



Menanam pokok akan lebih menyeronokkan kesekiranya penanaman membuahkan hasil yang memberangsangkan. Boleh merasa sendiri titik peluh tanaman apabila di petik ataupun di tuai. Juga menjimatkan kos dari terpaksa membeli sayur-sayuran dan buah-buahan. Selain itu perasaan merasa hasil kudrat sendiri pasti sukar di gambarkan... Kannn!

Pokok Tak Subur? Boleh Tambah Serbuk Perasa Untuk Di Jadikan Baja...


Serbuk Perasa ajinomoto kaya dgn MSG yg mampu menyuburkan pokok yang susah mahu berbunga dan berbuah. Dedaun sayur pula akan membesar dua tiga kali ganda saiznya, pertumbuhan tanaman lebih cepat, pokok bunga akan cepat berbunga dan pokok buah akan cepat berbuah.

Serbuk Perasa Untuk Di Jadikan Baja...
Serbuk Perasa Untuk Di Jadikan Baja...

Terdapat dua kaedah bancuhan serbuk perasa ajinomoto untuk tanaman pokok:


Cara Pertama:
● Ajinomoto 1 sudu teh (5g) utk 1 pasu tanaman.

Cara membaja pokok dengan serbuk perasa:

Tabur terus ajinomoto di sebelah pokok. Kemudian siram dengan air.

Cara Kedua::
1. Pokok kecil seperti sawi, kangkung, bayam, salad, pokok kari, serai, pandan dan lain-lain.
● Ajinomoto 1 sudu makan (15g) + air 5 liter.
2. Pokok besar seperti pokok mempelam, pokok rambutan, manggis dan lain-lain. (Untuk umur tanaman setahun ke atas).
● Ajinomoto 5 sudu makan (75g) + air 1 liter.

Kaedah  membaja pokok dengan serbuk perasa:

Siram keliling pokok dan sembur pada batang dan daun pokok. Kekerapan siraman adalah seminggu sekali.

Kesannya biasa dapat di lihat seminggu selepas penyiraman atau semburan dibuat. Pucuk baru akan mula muncul. Pokok yang tidak pernah berbunga akan mula berbunga. Demikian juga pokok yang tidak pernah berbuah akan mula berbuah  Kaedah ini telah pun  di cuba oleh sepupu seperti di ceritakan di artikel ini. Memang sangat  berkesan dan berhasil.... huhu!

Jom kita kongsi pengetahuan dan manafaat ini pada semua yang bercucuk tanam. Semestinya sangat mengujakan apabila tanaman yang di tanam hidup dengan subur. tiada lagi istilah pokok tak subur. Hanya tambah serbuk perasa untuk di jadikan baja. Hasilnya tip-top sungguh!

Nak dapatkan pelbagai informasi dan tips di blog ini, klik SINI

p/s: Sudah pasti akan aku gunakan serbuk perasa ini untuk menyuburkan tanaman aku... hehe!


Kredit : Rozie Zieiy

2 comments:

  1. Pernah dengar juga
    ta[i tak pernah cuba lagi.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas perkongsian ini. Sangat membantu sebab pokok-pokok yang LZ tanam mogok tak nak keluar bunga / buah. Esok terus cuba petua ni.

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...