13 July 2020

4 Sebab Jangan Makan Lewat Malam Ada Kaitan Dengan Jantung? Betul Ke...

Ramai individu yang sedang gigih berusaha untuk menurunkan berat badan. Antara pantang larang yang diamalkan adalah jangan makan malam atau lebih tepat lagi, makan lewat malam. Ya, petua yang diamalkan oleh golongan ini wajar juga dipraktikkan oleh setiap individu. 

4 Sebab Jangan Makan Lewat Malam Ada Kaitan Dengan Jantung? Betul Ke...
4 Sebab Jangan Makan Lewat Malam Ada Kaitan Dengan Jantung? Betul Ke...

Ini kerana ia bukan sahaja boleh membantu mengawal berat badan malah mengurangkan risiko kesihatan yang lain.  Buat anda yang belum tahu, makan berat pada lewat malam mungkin boleh mendatangkan pelbagai risiko kesihatan. Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih mendalam lagi!

Kenapa pakar kata jangan makan lewat malam?

Sebenarnya, bukan hanya individu yang memasang impian untuk kurus sahaja yang kata jangan makan malam terutamanya lewat malam. Malahan golongan pakar juga turut menyatakan perkara yang sama.



Menurut kajian yang dijalankan oleh Perelman School of Medicine di University of Pennsylvania, didapati makan lewat malam boleh mendatangkan pelbagai kesan negatif terhadap kesihatan.

4 Sebab Jangan Makan Lewat Malam Ada Kaitan Dengan Jantung? Betul Ke...


Berikut merupakan 4 risiko kesihatan yang boleh berlaku jika makan berat pada lewat malam:

Jangan Makan Lewat Malam - Pertambahan Berat Badan
Jangan Makan Lewat Malam - Pertambahan Berat Badan

#1. Pertambahan berat badan

Inilah puncanya mereka yang sedang berdiet untuk kurus tidak mahu untuk makan malam.

Menurut kajian, telah dibuktikan secara saintifik bahawa individu yang gemar makan lewat malam akan mempunyai berat badan yang lebih tinggi berbanding mereka yang tidak mengambilnya. Kenapa?

Ini kerana perbuatan ini hanya akan menyebabkan tubuh badan individu hilang atau kurang keupayaan untuk membakar lemak selain menyimpan lebih banyak karbohidrat.

Dalam pada itu, pengkaji turut menyatakan bahawa individu yang gemar makan pada waktu siang akan berasa kenyang lebih lama ekoran pengeluaran hormon lantas mengurangkan potensi makan lewat malam.

Ini menunjukkan cara yang paling terbaik untuk elak makan pada lewat malam adalah makan pada siang hari!

#2. Asid refluks

Untuk pengetahuan anda, bukan bayi sahaja yang boleh mengalami refluks. Malahan, orang dewasa juga boleh mengalami asid refluks jika makan pada sekitar waktu masuk tidur. Selain itu, makan berat pada lewat malam juga boleh menyebabkan ketidakhadaman, pedih ulu hati serta tidak nyenyak tidur.

Jadi, sila elak makan 1 jam sebelum meletakkan kepala di bantal. Bukan itu sahaja, elakkan juga pengambilan minuman berkarbonat, beralkohol dan berkafein 2 ke 3 jam sebelum tidur. Ini kerana ia juga adalah salah satu pencetus asid refluks.

Jangan Makan Lewat Malam - Meningkatkan Risiko Diabetes
Jangan Makan Lewat Malam - Meningkatkan Risiko Diabetes


#3. Meningkatkan risiko diabetes

Tahukah anda ada kaitan di antara makan lewat malam dengan risiko diabetes menjadi lebih tinggi?Menurut kajian dari Amerika Syarikat, makan berat pada lewat malam boleh meningkatkan risiko diabetes. Ini kerana ia boleh meninggikan kadar insulin, glukosa, kolesterol serta triglyceride.

Peningkatan kadar glukosa dan insulin adalah punca utama terjadinya pradiabetes. Lama-kelamaan, ia akan menjadi lebih teruk dan akhirnya berubah kepada diabetes. Kolesterol dan triglyceride yang bertambah pula adalah disebabkan oleh lemak pada saluran darah yang akan meningkatkan risiko diabetes dan beberapa lagi penyakit kronik yang lain.

#4. Meningkatkan risiko penyakit jantung

Buat anda yang belum tahu, makan pada lewat malam boleh menjejaskan tekanan darah pada tubuh badan anda. Ini kerana tekanan darah manusia akan turun 10% pada waktu malam untuk membenarkan tubuh badan berehat. Namun pengambilan makanan sebelum masuk tidur hanya membuat ia kekal aktif.

Kesannya, tekanan darah anda tetap berada pada kadar yang sama walaupun ketika sedang tidur lantas meningkatkan risiko pelbagai jenis penyakit jantung. Oleh itu, cuba ikut pesan pakar yang menyatakan jangan makan malam terutamanya lewat malam.

Sebaliknya, anda mungkin boleh gantikan hidangan berat kepada snek untuk hilangkan lapar? Selain itu, cuba alihkan perhatian anda terhadap makanan dengan melakukan aktiviti seperti menonton televisyen, melayari internet, bermain telefon pintar atau permainan video.

Ia sudah tentu buat anda lupa untuk makan lewat malam lagi! Selamat mencuba!

Nak dapatkan pelbagai informasi yang bermanafaat, klik SINI

p/s; Ingat tu jangan makan lewat malam, kosongkan perut untuk elak penyakit dan yang pastinya untuk kurus dan cantikkk!



No comments:

Post a Comment

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...