Bila sebut lauk telur teringat masakam telur yang aku masak hampir setiap hari
waktu zaman meleset kehidupan kami sekeluarga dulu-dulu. Masa tu hanya masakan telur saja yang sentiasa menjadi hidangan yang mampu aku
sediakan untuk juadah makan tengahari dan malam. Masa itu anak-anak
masih kecil dan kami di timpa kesusahan apabila bisnes suami jatuh teruk.
Begitulah, hidup ini umpama air laut yang ada pasang surutnya... kan!
|
12 Resepi Masakan Telur Sedap Yang Sesuai Untuk Bajet Berjimat Cermat
|
Masa tu setiap awal bulan mesti beli 2 papan telur. Bekalan untuk sebulan.
Kebiasaannya tak sampai sebulan dah habis. Nasib baiklah gaji en. suami 2 kali
sebulan. Masa awal bulan, beli juga lauk lain, tapi masuk nak tengah bulan dan nak hujing bulan,
memang telurlah jawbnya hari-hari. Pandai-pandai akulah nak olah resepi
masakan telur hari-hari agar tidak menjemukan. Hari-hari berlaukkan telur jemu
juga. tau..!
Memang serik rasanya makan lauk telur hari-hari tapi itulah kenangan pada aku.
Tapi bagi en. suami dia memang suka dengan telur. Kebiasaanuya sekarang hampir
tiap hari mesti ada lauk telur goreng untuk en.suami. Sesekali aku masak
sambal tumis telur untuk dia dan anak-anak. Jadi aku nak letak pelbagai resepi
masakan telur di blog ini untuk mudahkan aku cari resepi yang sesuai aku masak
lain kali... hehe!
12 Resepi Masakan Telur Sedap Yang Sesuai Untuk Bajet Berjimat Cermat
#1 Telur Rebus Goreng Masak Merah
|
Telur Rebus Goreng Masak Merah
|
Bahan-bahan :
5 biji telur ayam (direbus dan digoreng)
1 cawan santan pekat / susu cair
1 labu bawang besar sederhana saiznya (dikisar)
2 biji bawang merah (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
1 sm halia (dikisar)
1 sm lengkuas (dkisar) - optional
1 senduk cili giling (-/+)
1 sudu besar puri tomato / sos tomato
sedikit sos cili
sedikit kicap
sedikit sos tiram
garam dan gula secukup rasa
Cara-cara memasak telur rebus goreng masak merah:
Sediakan minyak secukupnya di dalam kuali/periuk. Tumis bahan-bahan kisar
hingga terbit bau.
Masukkan pula cili giling dan tumis lagi hingga pecah minyak. Kemudian
masukkan sos tomato/puri tomato, sos cili, sos tiram, kicap, garam dan gula
secukup rasa.
Masukkan santan dan sedikit air. Kacau sebati. Biarkan ia mendidih hingga
pekat. Tutupkan api.
Masukkan telur dan gaulkan. Bolehlah dihidangkan bersama nasi.
*kredit Dapurkusayang
#2 Sambal Tumis Telur Rebus
|
Sambal Tumis Telur Rebus
|
Bahan bahan:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar - hiris
3-4 sb cili kisar
Sedikit belacan
Garam
Gula
Air asam jawa
Telur - rebus, kupas & goreng
Cara cara memasak sambal tumis telur rebus:
Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih yang dimesin sehingga
garing dan wangi.
Masukkan cili kisar dan goreng dengan api perlahan sehingga betul betul
garing. Masukkan gula terlebih dahulu supaya sambal berwarna merah
cantik.
Masukkan garam, belacan dan air asam jawa. Kalau terlalu pekat, tambahkan
air sedikit demi sedikit. Kemudian masukkan bawang besar yang dihiris.
Akhir sekali masukkan telur rebus yang telah digoreng. Sesuaikan rasa dan
kepekatan
Angkat dan hidangkan panas panas dengan nasi lemak atau nasi putih atau
nasi minyak.
*kredit Aziekitchen
#3 Sambal Telur Pecah Hancur Meletop
|
Sambal Telur Pecah Hancur Meletop
|
Bahan-bahan:
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
4 s/mkn cili kisar
3 s/mkn cili sos
1 s/mkn gula merah
2 s/mkn gula pasir
garam secukup rasa
Cara-cara memasak sambal telur pecah hancur meletop:
Tumbuk lumat bawang merah dan bawang putih. Tumis cili kisar bersama bawang
merah dan bawang putih yang di tumbuk lunat tadi. Masukkan cili sos.
Masukkan gula merah, gula pasir dan garam. Apabila rasa dah ok
dan meletop, pecahkan telur sebiji-sebiji dalam kuali, Biarkan telur
1/2 masak, Terbalikkan dan kaup perlahan-lahan dalam kuali.
Nak yang hancur lebih kurang kaup baikkan telur dengan perlahan-lahan tapi
kalau nak hancur halus-halus, selepas masukkan telur terus gaul sekali gus.
Sedia untuk di hidang.
*kredit Aleen Aireish
#4 Telur Goreng Asam Kicap Pedas
|
Telur Goreng Asam Kicap Pedas
|
Bahan-bahan:
Telur 4 biji
Sebiji Bawang besar dihiris halus*
Cili padi 7 biji dihiris*
Setengah biji Tomato dipotong dadu*
Kicap*
4 biji Limau kasturi dibelah 2
Minyak untuk menggoreng
Cara-cara memasak telur goreng asam kicap pedas:
Goreng telur. Angkat dan letak dalam pinggan. Campurkan semua bahan bertanda
bintang* dan kicap, di dalam bekas lain. Perah sedikit limau kasturi.
Tuangkan di atas telur yang siap digoreng tadi. Siapp!
#5 Telur Mata Kerbau Masak Sos
|
Telur Mata Kerbau Masak Sos
|
Bahan-bahan:
2 biji bawang besar dihiris kasar
3-4 inci halia dihiris kasar
3-4 sudu makan cili kering kisar
Sos tomato - kuantiti lebih sikit dari sos cili
Sos cili - kuantiti sikit dari sos tomato
Kicap manis 4-5sudu makan)
Sedikit air
Telur goreng mata kerbau -ikut suka berapa biji nak
Minyak menumis
1 tin kecil kacang peas, tak perlu buang air
Cara-cara memasak telur mata kerbau masak sos:
Panaskan minyak. Tumiskan cili kering kisar hingga masak dan pecah minyak.
Masukkan separuh uantiti bawang besar hiris dan halia hiris. Kacau hingga
bawang layu. Masukkan semua sos dan kicap bersama sedikit air.
Masak hingga mendidih. Masukkan baki bawang besar dan kacang peas. Kacau
rata.Masukkan telur goreng renihkan seketika. Dan siappp! (Tak perlu garam,
gula dan asam jawa, rasa dah cukup semua dari bahan-bahan,)
#6 Telur Rebus Sambal Cili Api
|
Telur Rebus Sambal Cili Api
|
Bahan-bahan:
Telur rebus
Cili api - ikut banyak di kehendaki
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 keping asam keping
1 biji bawang besar
Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara memasak telur rebus sambal cili api:
Telur rebus di goreng garing. Cili api, bawang merah dan bawang putih di kisar
lumat. Goreng bahan yang di kisar lumat tadi sehingga naik minyak.
Masukkan asam keping dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Seterusnya masukkan bawang besar dan masak sampai garing. Setelah itu gaul
bersama telur rebus goreng tadi. Siapp!
*kredit Nollyepin
#7 Telur Rebus Air Asam
|
Telur Rebus Air Asam
|
Bahan-bahan:
Telur
Cili api
Bawang besar
Tomato
Air asam jawa
(bancuh dengan air masak)
Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara memasak telur rebus air asam:
Telur di rebus dalam anggaran 7 minit iaitu telur putih sudah keras tapi
bahagian kuning agak masih belum pekat sepenuhnya. Rendam telur dengan
air sejuk sekejap, baru kupas, telur akan nampak licin cantik dan di belah dua
bahagian.
Cincang cili api, bawang besar dan tomato. bancuh sebati bahan cincang bersam
air asam jawa dan persakan dengan garam dan gula secukup rasa. Susun telur
agak-agak paras tenggelam sedikit dalam air asam dan biarkan air asam sebati
dan meresap ke dalam telur.
#8 Sup Telur
|
Sup Telur
|
5 biji telur
3 bji bawang putih
2 ulas bawang merah
1 biji cili merah
1 kiub ayam
Sedikit suhoon
Daun bawang
Serbuk lada hitam-jika suka
Cara-cara memasak sup telur:
Tumiskan bawang merah, bawang pituh dan cili merah yang telah di hiris.
Setelah layu dan berbau wangi, Masukkan air dan serbuk lada hitam(jika suka).
masukkan juga 1 ketul kiub ayam.
Apabila mendidih, pecahkan telur sebiji sebiji kedalamnya. Kacau dengan
berhati-hati. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Setelah itu
masukkan suhoon yang gtelah di rendam terlebih dahulu ke dalam sup.
Tutup api, siap untuk di hidangkan.
#9 Kari Telur Ayam
|
Kari Telur Ayam
|
Bahan-bahan:
Telur 4-6 biji (yg telah direbus)
Ubi kentang - 2 biji (dibelah 4 atau 6)
Serbuk kari daging - 4-5 sudu besar
(Serbuk kari dibancuh dengan sedikit air sehingga agak cair)
Santan - lebih kurang 1/2 - 1 cawan
Halba campur - lebih kurang separuh sudu kecil
Daun kari - 1 batang
Bahan-bahan untuk ditumbuk/dihiris :
Bawang kecil - 2 biji
Bawang putih - 2-3 ulas
Halia lebih kurang 2cm
Cara-cara memasak kari telur ayam:
Panaskan kuali dengan lebih kurang secawan minyak dan goreng telur yang telah
direbus tadi. Kemudian ketepikan. Panaskan sedikit minyak dlm periuk. Tumiskan
bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi, daun kari dan halba campur sehingga
kekuningan dan naik bau.
Kemudian masukkan kari tadi. Tunggu sehingga pecah minyak. Ubi kentang boleh
dimasukkan sekali untuk cepatkan ubi empuk dan lembut. Apabila kari sudah
pecah minyak bolehlah masukkan santan dan sedikit air ikut kepekatan kuah yang
dikehendaki.
Perasakan dengan sedikit garam dan boleh ditambah sedikit serbuk perasa.
Setelah mendidih bolehlah masukkan telur dan siap.
*kredit Yongsalmi
#10 Sambal Telur Ikan Bilis
|
Sambal Telur Ikan Bilis
|
Bahan-bahan:
4 biji telur, digoreng mata kerbau
1 genggam ikan bilis yang telah dibersihkan, rendam sekejap dan toskan
1 pokok daun bawang, hiris halus
Daun salad secukupnya untuk hiasan
2 senduk nasi cili kisar
1/2 cawan jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
1 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
3/4 inci belacan*
1/2 inci halia*(*ditumbuk halus)
Cara-cara memasak sambal telur ikan bilis:
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, masukkan
cili kisar dan tumis hingga cili garing, tambah jus asam jawa dan masak
hingga pekat. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Masak sekejap,
rasa dan jika ok boleh matikan api.
Susun daun salad dalam bekas sesuai, kemudian susun pula telur mata kerbau
tadi. Ratakan sambal dan tabur dengan ikan bilis goreng dan hirisan daun
bawang. Hidangkan bersama nasi hangat dan lauk-lauk lain.
#11 Kurma Telur
|
Kurma Telur
|
Bahan-bahan:
Telur - di rebus
2 paket kecil rempah kurma
5 ulas bawamg putih (hiris)
1 labu bawang merah besar -hiris besar)
1 inci halia
2 biji tomato (optional)
1 biji lobak merah
Kulit kayu manis
Buah pelaga
Bunga lawang
Air asam sikit
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Cara-cara memasak kurma telur:
Tumis bawang putih, bawang merah, halia, kulit kayu manis, buah pelaga,
bunga lawang sampai naik bau. Masukkan rempah kurma yg telah dibancuh dgn
air. Tumis sampai pecah minyak .
Masukkan air asam, dan air sedikit demi sedikit, kacau hingga sebati.
Masukkan kentang, lobak, Masak sehingga empuk. Masukkan telur, cili merah,
tomato, dan garam secukup rasa. Lepas tu sesuaikanlah
kuah dia nak pekat ataupun cair. Siapp!
#12 Telur Bungkus
|
Telur Bungkus
|
Bahan-bahan:
2 keping isi ayam dipotong kecil2
1/2 biji bawang holland dicincang halus
1 biji tomato dubuang biji dan didadu kecil
1/2 batang daun saderi didadu kecil
1/2 peket sayur campur (carrot, jagung, kacang peas)
1 biji cili merah
2 sudu sos tomato
2 sudu sos cili
1 sudu sos tiram
Sedikit hirisan daun sup atau daun ketumbar
secubit garam jika perlu
Minyak untuk menumis
2 biji telur ayam
Cara-cara memasak telur bungkus:
Panaskan minyak dan tumis bawang holland sehingga sedikit layu. Masukkan
hirisan dada ayam dan kacau seketika biarkan sehingga isi ayam
masak. Masukkan hirisan tomato, batang saderi ,cili merah serta sayur
campur dan dikacau rata.
Perasakan dengan sos cili,sos tomato dan sos tiram dan kacau lagi. Taburkan
secubit garam jika perlu. Sebelum diangkat bolehla ditaburkan daun sup
atau daun ketumbar. Dalam kuali berasingan, panaskan minyak dan seratakan
keliling kuali.
Pukul telur ayam tadi dan goreng dalam kuali dengan kaedah melenggangkan
kuali sehingga telur sekata. Letak kan inti ditengah2 dan bungkuskan
telur tersebut. Biarkan telur garing seketika dan bolehla di terbalik kan
ke dalam pinggan. Siapp!
Nasib lah sudah tak terpaksa makan lauk telur hari-hari walaupun kehidupan
kami tidaklah sesenang mana sekarang. Perbezaannya dengan dulu adalah
anak-anak sudah habis belajar dan sudapun bekerja. Tinggal dua orang lagi yang
masih belajar. Itu yang agak lega sedikit. Sampai sekarang bila menjamu selera
dengan masakan telur mesti teringat nostalgia lama itu.... Haihh!
Nak dapatkan pelbagai resepi dan informasi di blog ini, klik
SINI
p/s: Ingat sangat kenangan makan lauk telur hari-hari tu. Nak makan sayur kutip pucuk ubi tepi jalan
ataupun kutip kangkung di longkang besar. Selain tu kait petai
belalang,... hmmm!
#kredit Group FB Resepi Ibu
No comments:
Post a Comment