Secara suka-suka aku telah bercucuk tanam di tepi rumah sekadar untuk
menghabiskan masa lapang. Tanah di tepi rumah aku memang luas.Namun yang aku
gunakan hanya sedikit saja keluasanya. Tak sempat nak membersihkan sebahagian
lagi dari menjadi belukar kecil. Apa taknya kudrat seorang nak mengerjakan,
tak laratlah jawabnya.
Tanaman Sayur-sayuran Aku Di Tepi Rumah... |
Pokok yang aku tanam di atas tanah adalah terung, bendi, jagung cili, labu dan
tembikai. Bukan tanam elok mana pun. Cuma korek lubang tanam anak pokok. Labu
dengan tembikai aku tanam terus atas tanah. Terung, jagung dan bendi aku
sudah dapat merasa hasilnya tapi cili masih muda di pokok. Manakala labu dan
tembikai baru berputik.
Aku cuma bercucuk tanam terus atas tanah yang agak berbatu kesan dari
tambakan tanah membuat rumah. Tak sangka boleh membuahkan hasil. Walau hanya
sedikit, bangga apabila menuai hasilnya. Angan-angan tinggi nak
memeperluaskan bercucuk tanam ini hingga menjadi sebuah kebun yang
menghasilkan banyak tnnaman yang boleh di rasa hasilnya. Tapi apapun aku
buat seadanya saja.
Tanaman Sayur-sayuran Aku Di Tepi Rumah...
Ada juga ku bercucuk tanam secara hidropnik dalam botol iaitu sayur sawi,
kailan, bayam dan kangkung. Cerita dan catatan tentang itu telah aku
abadikan di blog ini pada bulan lepas. Cara mudah dan jimat aku dengan
menanam dalam botol terpakai. Nak baca ceritanya boleh tengok di
SINI.
Jadi aku abadikan di sini hasil penanaman aku di atas tanah pula di sini.
Buat kenang-kenangan di kemudian hari. Nanti bolehlah mengenang kembali apa
yang aku buat itu. Kalau tidak, entah kemana-manalah gambar hasil titik
peluh aku ni. Itulah gunanya adanya blog aku ini. Boleh menyimpan gambar
sebagai rujukan dan kenangan... kan!
Dulu pada yang pernah membaca blog aku ini, asyik aku berangan nak bercucuk
tanam itu dan ini di tapak tanah buat rumah. kini sudah tinggal di rumah
tapak tanah itu. Buat sajalah seperti yang di angan-angankan walau tak
seberapa. Bukankah impian dan angan-angan itu percuma dan kebiasaannya tak
seperti dalam realiti sebenar... hihi!
Walau apapun aku seronok tinggal di kawasan yang di kelilingi kawasan yang
masih menghijau di Shah Alam ini. Tapi mungkin 2 - 3 tahun lagi kawasan ini
tidak akan seperti sekarang apabila tanah di sebelah menyebelah dan hadapan
rumah aku ini di dirikan rumah dan di huni ramai orang. Sementara itu aku
nak nikmati momen tinggal di pekebunan hijau ini denagan sepuasnya... huhu!
Nak dapatkan pelbagai catatan dan cerita prkongsian kehidupan aku boleh klik
SINI.
p/s: Itulah saja sedikit penceritaan dan luahan rasa... hahahah!
Jagung.
ReplyDeleteAlhamdulillah.Rezeki.
Best berkebun..hijau mata memandang..
ReplyDeletewah terbaik, samalah saya pun minat bercucuk tanam juga =)
ReplyDeleteberbudi kpd tanah, pasti ada hasilnya...
ReplyDeletehi..cantik blog.. bw here done follow, follow me back :)
ReplyDelete