07 June 2020

Resepi Mee Hailam Sedap Dan Simple

Sesekali nak makan masakan berkuah yang simple saja cara pembuatannya tapi sedap untuk di makan.  Pastinya yang mengenyangkan dan seciukup rasa dengan khasiat dan manafaatnya. Fikir punya fikir, mee  yang kenyal dan bertekstur serta berkuah  adalah jawapanya. resepi mee hailam sedap dan simple cara aku akhirnya aku buat. Senang sangat nak masak ikut resepi mee hailam sedap dan simple ini.

Mee Hailam Sedap Dan Simple
Mee Hailam Sedap Dan Simple 

Kali ini aku buat mee hailam daging. Nak letak ayam pun boleh, ikut citarasa sendiri. Aku tak letak pun udang. hanya tambah telur yang di pecahkan dalam kuah mee hailam. Sayur hanya sawi sahaja. Seterusnya dengan sedikit hiasan daun sup dan cili merah. Tak kisah sebenarnya nak masuk 2-3  jenis sayur selain sawi macam kobis dan bunga kobis tapi waktu tu aku cuma ada sawi jer... hahaha!



Itulah namanya mee hailam sedap dan simple. Rencahnya pun simple saja. Kita yang buat dia, tak kisahlah macam mana dan bagaimana. Asal sedap di tekak sendiri dan anak-anak sudah. Aku tak sebut en.suami sebab di tam makan apa juga jenis masakan mee. Pendek kata tak suka mee kuning. Meehoon sebelum ni tak makan tapi kebelakangan ni baru dia makan sejak aku rajin masak meehoon goreng... hehe!

Resepi Mee Hailam Sedap Dan Simple 


Bahan-Bahan:

1kg  mee kuning
1 cawan daging yang di potong kecil
2 biji telur
Secekak sawi 
2 biji cili merah
4 ulas bawang putih
1 sb lada hitam
3 sb kicap pekat
3 sb sos cili
1/4 dari seketul kiub ayam
Air secukupnya
Minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

Bahan hias :
Daun sup
Cili merah

Cara membuat mee hailam simple:

Mee kuning di celur dan toskan. Bawang merah di hiris nipis. Bawang puting di ketuk. Sawi di potong dan di bersihkan,

Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih sehingga wangi. Tumiskan bawang merah sekali.  Masukkan daging dan air. Biarkan sehingga lembut. Bila daging sudah masak, Masukkan sawi dan kiub ayam.

Seterusnya masukkan kicap, sos cili, lada hitam dan mee kuning . Kacau rata dan pecahkan telur ke dalamnya. Kacau perlahan-lahan sehingga telur nampak sedikit berketul-ketul. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

Angkat dan masukkan dalam pinggan dan taburkan daun sup yang sudah di potong kecil dan cili merah yang di potong menyerong. Sedia dihidangkan.

Inilah dia mee hailam sedap dan simple yang biasa aku buat. Anak-anak bagi 5 bintang. Sesuai dengan selera mereka. Orang lain aku tak tahulah. Rasanya inilah resepi mee hailam paling sedap dan simple serta  paling rare yang pernah orang tengok kot. Tak banyak bahan dan main campak gitu-gitu jer. Asalkan sedap sudahhh!!

Nak lagi resepi dari blog ini, klik SINI

p/s: Gambar yang aku tunjuk tu dah terkering pula kuahnya. Kalau nak kuah banjir ikut sukalah... kan!

1 comment:

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...