12 June 2020

Resepi Lempeng Kelapa, Juadah Nostalgia Kampung Halaman

Apabila memasak juadah minum petang lempeng kelapa mesti teringat juadah nostalgia kampung halaman yang  di masak oleh emak waktu kecil dahulu. Lempeng kelapa inilah yang biasa di buat oleh emak waktu pagi sebelum dia pergi ke kebun menoreh getah. Berebut aku adik-beradik makan walau hanya di cicah gula. 

Resepi Lempeng Kelapa, Juadah Nostalgia Kampung Halaman
Resepi Lempeng Kelapa, Juadah Nostalgia Kampung Halaman

Kadang-kadang apabila ada lebih sambal tumis atau kari semalam kami cicah dengan lempeng kelapa tu. Kalau tidak cukup hanya sekadar cicah gula. Masakan emak semuanya rasa sedap di tekak. Samalah seperti anak-anak aku sekarang. Semuanya sedap walau hanya masak masakan simple dan tak cukup bahan serta main campakcampak di kuali saja.

Lempeng kelapa @ tepek nyor ( panggilan orang kampung aku) ni aku buat untuk minum petang pada suatu hari  pada awal-awal PKP bulan 3 hari tu. Masa tu dah buntu nak masak apa. Stok barang dapur banyak habis dan tak sempat nak pergi beli. Terbit idea nak buat lempeng apabila ada tepung dan tengok ada kelapa parut beku dalam peti ais. Maka terjadi lah lempeng kelapa. 



Resepi lempeng kelapa ni ataupun tepek nyor ni aku campak-campak saja dalam bekas dan gaul sebati. Tapi nak letak di blog ini, aku hasilkan resepi yang boleh di gunapakai kalau ada yang tak berani nak campak-campak macam yang aku buat.. hehe!

Resepi Lempeng Kelapa, Juadah Nostalgia Kampung Halaman


Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum
1/2 biji kelapa parut
2 cawan air 
Sedikit garam
Sedikit gula

Cara-cara membuat lempeng kelapa:


Masukkan tepung ke dalam sebuah bekas. Masukkan kelapa parut ke dalamnya. Kelapa parut  ini, kalau dapat kelapa yang muda dan bahagian yang putih sahaja lagi bagus. Tapi kelapa parut yang biasa pun boleh.
Masukkan garam dan gula secukup rasa. Seterusnya masukkan air sedikit demi sedikit ke dalam adunan tepung sehingga menjadi pekat dan likat. Tak terlalu cair dan sepekat buat cekodok.

Panaskan pan atau kuali dan lenser dengan sedikit minyak. Masukkan sesenduk adunan dan leperkan kepada tebal atau nipis yang di kehendaki.

Apabila telah garing sebelah, terbalikkan sebelah satu lagi. Masak sehingga garing kedua-dua belah lempeng kelapa. Buatlah berulangkali sehingga mendapat beberapa keping lempeng kelapa.

Dah siap, bolehlah di hidangkan dan makan dengan pencicahnya. Iaitu samada makan lempeng kelapa bersama sambal tumis. gulai kari ataupun sekadar cicah dengan gula.

Inilah lempeng kelapa yang mengimbau nostalgia kampung halaman. Teringat mak dan bapa di kampung. Sekarang dah PKPP, boleh balik kampung tapi biar dulu, tak nak tempuh kesesakan lalu lintas. Laluan dah tenang nanti aku nak balik kampung.... haihh!

p/s: Sebenarnya pun kereta nak buat pemerikasaan menyeluruh dulu, almaklum kereta dah bertahun usia, kenalah servis dulu... huh!

1 comment:

  1. Abah saya suka buat lempeng taruk kelapa...saya tak pandai pulak makan...hehehe

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...