Waktu awal bermulanya PKP aritu, semua ahli keluarga berkumpul di rumah. Susah
nak tengok semua ada di rumah waktu petang sekiranya tiada musibah PKP. Bila
berkumpul, tak lain tak bukan, makan sajalah yang di buat. Dalam kebuntuan nak
masak apa, aku terpandang separuh paket tepung pulut dalam simpanan. Ada juga
dua keping gula melaka dan kelapa parut beku dalam peti ais. Apa lagi,
kuih buah melaka yang terlintas di fikiran. Resepi kuih buah melaka ini senang
sesangat. Tiada istilah tak menjadi, boleh di katakan...!
Kuih Buah Melaka Pecah Meletup Di Mulut, Sedapnya... |
Semasa menguli tepung menjadi doh, terbayanglah aku akan keenakan kuih buah
melaka ini yang kenyal apabila di kunyah. Setelah itu pula ia terasa meletup
di mulut apabila kunyahan terkena gumpalan gula melaka yang manis beraroma itu.
Sedapnya tak terkata dengan keasyikan mengunyah kenyalnya tepung pulut,
gula melaka yang manis beraroma dan kelapa parut yang lemak itu.... Fuh!
Kuih buah melaka ini ada banyak nama tapi bentuk dan rupanya tak jauh berbeza.
Selain di namakan kuih buah melaka, ada tempat panggil nama kuih buah bidara,
kuih onde-onde dan yang paling aku tak pernah terfikir keluarga suami aku di
Rembau Negeri Sembilan panggil kuih buah kelepung. Itulah pasal, lain tempat
lain nama panggilan kuih buah melaka ini. Jangan tak tau... hehe!
Resepi Kuih Buah Melaka Pecah Meletup Di Mulut, Sedapnya...
Bahan-bahan:
3 cawan tepung pulut
2 keping gula melaka
1/2 cawan air daun pandan
Kelapa parut secukupnya
Air secukupnya juga
Garam secukup rasa
Cara-cara membuat kuih buah melaka:
Gula melaka di potong dadu kecil. Tepung pulut di bancuh dengan air daun
pandan sehingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan. Sekiranya air daun
pandan tidak mencukupi, boleh tambah air biasa secukupnya.
Kelapa parut di gaul dengan sedikit garam dan di kukus sebentar. Ini adalah
untuk menghalang kelapa parut dari menjadi cepat basi atau sekiranya beku dari
peti ais ia mencairkan kelapa parut yang beku juga.
Panaskan seperiuk air sehingga mendidih. Gentel doh tepung pulut
dan masukkan inti gula melaka ke dalamya. Bentukkan menjadi seperti sebuah
guli yang membulat cantik. Buatlah sampai habis adunan doh tepung pulut
tadi.
Sementara mengentel doh, masukkan bebola tepung pulut yang sudah siap ke dalam
air yang mendidih itu. Tunggu hingga bebola tepung pulut timbul ke permukaan.
Ini menandakan bebola buah melaka sudah masak. Angkat dan toskan serta
golekkan ke dalam bekas mengandungi kelapa parut.
Buat berulangkali sehingga semua kuih buah melaka selesai di masak. Setelah
itu, bolehlah di hidangkan dan di jamah seisi keluarga. Sedapnya, ralit kami
sekeluarga makan dan licin tinggal pinggan akhirnya.... gittew lerr!
Resepi kuih buah melaka ini yang paling senang, gerenti jadi dan sudah pasti
sedap dan di sukai ramai. Kuih tradisional zaman berzaman kuih buah melaka
ini. Selagi ada penggemarnya, ia mesti sentiasa jadi juadah yang tak lekang
dek panas dan tak lapuk dek hujan... huhu!
Nak resepi yang mudah dan senang di buat di blog ini, klik
SINI
p/s: Kebiasaannya bulan puasa, kuih ni memang rajin aku buat tapi di
bulan-bulan lain kalau teringin nak buat, tak ada salahnya juga.
Kalau belah kelantan panggil kekoh char.. mmg sedap kuih nie.. igt mse bulan puasa mmg selalu buat..
ReplyDeleteOrg sabah panggil kuih onde-onde haha
ReplyDeletekueh feveret ni hehe
ReplyDelete