Individu Lahir Dengan Jari Lebih |
Pernah juga melihatnya di depan mata memandangkan beberapa orang anak
jiran, bekas rakan sekolah, adalah individu yang memiliki jari
berlebihan.
Polydactyly: keunikan jari lebih
Polydactyly adalah nama yang diberikan kepada satu keadaan dimana
seseorang individu itu dilahirkan dengan memilliki satu atau lebih jari
tambahan.
Ia boleh berlaku sama ada pada sebelah atau kedua-dua bahagian tangan
dan kaki. Tangan adalah anggota yang paling mudah mempunyai jari yang
lebih berbanding kaki dan ia lebih kerap berlaku dalam kalangan lelaki
berbanding wanita.
Simptom polydactyly
Polydactyly akan menyebabkan seseorang memiliki jari tambahan pada
bahagian kaki mahupun tangan. Jari-jari tersebut pula mungkin memilki
ciri-ciri seperti berikut:
- Berfungsi dengan baik secara keseluruhan
- Terbentuk secara separuh dengan sedikit tulang, tetapi tiada sendi
- Pembentukan kecil tisu lembut tanpa tulang yang dipanggil nubbin
Jenis-jenis polydactyly
Untuk pengetahuan pembaca, terdapat tiga jenis jari lebih yang boleh
tumbuh pada seseorang individu.
Duplikasi ibu jari (radial atau preaxial polydactyly)
Jenis ini kurang berlaku, dan ia berlaku hanya dalam setiap 1,000
hingga 10,000 kelahiran. Jari berlebihan terbentuk di sebelah luar ibu
jari pada sisi tangan yang dipanggil sebagai sisi radial. Apabila ia
terbentuk pada kaki, ia disebut sebagai tibial polydactyly.
Central polydactyly
Ia adalah sejenis keadaan yang amat jarang berlaku. Jari berlebihan
tersebut tumbuh pada sendi hujung atau tengah jari. Ia mempunyai nama
yang sama jika ia berlaku pada jari kaki.
Gambar Tangan Individu Lahir Dengan Jari Lebih |
Apakah sebenarnya penyebab jari lebih ini?
Anda pasti ingin tahu apakah faktor yang menyebabkan berlakunya jari
berlebihan ini. Kebanyakannya berlaku disebabkan oleh faktor genetik
keluarga.Jika bukan disebabkan oleh genetik, ia mungkin terjadi
disebabkan oleh perubahan gen bayi semasa berada di dalam janin.
Bagaimana untuk mengesan jari lebih?
Sekiranya anda ke klinik atau hospital, doktor akan melakukan pengimejan
X-ray untuk mendiagnosis polydactyly ini. Ini bertujuan untuk melihat
struktur tulang pada bahagian tangan atau kaki yang terjejas.
Doktor juga akan bertanyakan soalan mengenai keluarga dan sejarah
perubatan untuk mengenal pasti punca terjadinya polydactyly ini.
Selain itu, doktor juga mungkin akan menjalankan beberapa ujian
termasuklah:
- Kajian kromosom
- Ujian enzim
- Kajian metabolik
Bagi mereka yang memiliki polydactyly ini, anda tidak perlu gusar kerana
ia tidak merisikokan kesihatan anda. Walau bagaimanapun, jika anda
berasa kurang selesa dengan kehadiran jari berlebihan tersebut, anda
boleh melakukan pembedahan kecil untuk membuangnya.
Jika tidak mahu membuangnya, anda merupakan salah seorang yang unik
dalam dunia kerana memiliki jari tambahan yang tidak dimiliki oleh orang
lain. Ketahuilah, anda memilki 11 jari atau lebih dan ia sememangnya
sesuatu yang sangat rare!
#kredit hellodoktor.com
No comments:
Post a Comment