Siapa yang tak kenal aroma daun pandan yang wangi menusuk hidung. Masakan jadi
sedap beraroma apabila di masukkan daun pandan dalam masakan. Selain untuk
masakan kuih muih, daun pandan adalah bahan penting dalam penyediaan nasi
lemak. Jika tiada. tidak sempurnalah masakan nasi lemak.
Kegunaan Daun Pandan Selain Untuk Masakan, Banyak Khasiat Juga Rupanya... |
Kegunaan daun pandan tidak terhad sebenarnya hanya sebagai bahan masakan
sahaja. Banyak juga petua orang dulu-dulu memanafaatkan khasiat daun pandan
ini dengan pelbagai tujuan yang munasabah untuk kesihatan.
Kegunaan Daun Pandan Selain Untuk Masakan, Banyak Khasiat Juga Rupanya...
Berikut adalah manafaat daun pandan untuk kesihatan dan cara penggunaannya:
- 1 - Menurunkan darah tinggi
Rebus beberapa helai daun pandan dengan sukatan 2 gelas air. Didihkan sehingga
airnya tinggal kira-kira setengah gelas sahaja. Minum airnya.
- 2 - Matikan kuman dalam darah
Amalan minum air rebusan daun pandan secara kerap dikatakan juga dapat
membantu mematikan kuman dalam darah agar tubuh lebih sihat.
- 3 - Mengecutkan rahim
Akarnya direbus dan diminum oleh wanita yang baru melahirkan anak. Amalkan
secara berterusan selama 40 hari.
- 4 - Melicinkan kulit
Perah dan dapatkan air daun pandan lebih kurang 5 titik. Amalkan minum air
perahan tersebut bersama dengan pisang.
- 5 - Teh pandan untuk mewangikan bau badan
Amalkan minun teh pandan yang di sediakan dengan cara merebus selama 10
ninit. Tambahkan halia dan serai untuk rasa sedap.
Penggunaan daun pandan dalam makanan antaranya adalah seperti berikut:
- 1 - Melembutkan daging
Daun pandan yang dicampur dalam masakan membantu melembutkan daging.
- 2 - Makanan tidak cepat basi
Masukkan daun pandan semasa memasak untuk mengelakkan makanan atau minuman
daripada cepat basi.
- 3 - Pewangi alami
Ikat atau potong daun pandan kecil-kecil ke dalam bekas dan letakkan ke
dalam kereta atau almari rumah untuk bau atau sebagai penghalau lipas
semulajadi.
- 4 - Pewarna asli
Kisarkan dengan sedikit air dan tapis. Sesuai untuk dijadikan pewarna asli
makanan atau minuman.
Alangkah beruntungnya pada sesiapa yang ada menanam pokok daun pandan.
Boleh menggunakannya pada bila-bila masa apabila di perlukan. Adalah
banyak kegunaannya yang ramai lagi orang tak tau... kan!
Nak dapatkan informasi yang berguna di blog ini, klik
SINI
p/s; Biasanya daun pandan di gunakan untuk masak saja. Rupanya untuk
sihat pun boleh guna daun pandan. Dah tau, boleh kongsi pengetahuan
tentang khasiatnya, huhu!
#kredit FB Leha Yusuf
Banyak manfaat daun pandan wangi ini rupanya
ReplyDeletebanyak khasiat khazanah alam ni kan :)
ReplyDelete