Bagi aku kalau waktu makan tiada sambal belacan terhidang sekali bersama nasi
macam tak cukup rasa dan selera. Apatah lagi kalau lauk yang di hidangkan itu
sejenis yang kurang pedas. jadi mesti ada sambal belacan terbaik yang sesuai
dengan masakan untuk membangkitkan selera. Barulah terasa nikmatnya apabilah
menikmati lauk pauk juadah itu bersama resepi sambal belacan terbaik dan
meletup sedap!
Resepi Sambal Belacan Terbaik Untuk Di Cuba, Meletup Sedap! |
Resepi sambal belacan ini pula berbagai jenis dan rupa, Kebiasaanya sambal
belacan mesti di hidangkan ikut kesesuaian masakan yang di hidang ataupun
bahan untuk di cicah bersama seperti ulam-ulaman. Selain itu ada juga tempat
yang berlainan lain pula resepi sambal belacannya. Ada juga yang di campur
dengan buah-buahan yang sesuai untuk menjadikan sambal belacan lebih sedap dan
berperisa.
Apapun juadah resepi sambal belacan yang ada, sambal belacan akan terus
menjadi pelengkap hidangan kepada sesiapa yang menyukai sambal belacan ini.
Kalau tak ada sambal belacan, boleh mati selera untuk menikmati hidangan walau
sesedap mana pun juadah yang di hidangkan. Tak hairanlah walau sebesar dan
sekecil manapun majlis, sambal belacan mesti ada di sediakan sebagai pelengkap
hidangan.. kan!
Seterusnya di sini aku nak memperkenalkan 9 resepi sambal belacan terbaik
untuk di cuba, meletup sedap yang kebiasaannya di buat untuk juadah hidangan
khas untuk tatapan pembaca blog ini. Senang saja sebenarnya membuatnya.
Semuaya semudah a, b, c saja. Jom buat dan rasa sambal belacan penambat
selera ini... hehe!
9 Resepi Sambal Belacan Terbaik Untuk Di Cuba, Meletup Sedap!
- 1 - Sambal Belacan Asam Limau
Bahan:
10 biji cili padi
2 biji cili merah
1 sudu besar perahan air limau nipis/kasturi
2 cm belacan bakar
1 sudu kecil cuka - supaya sambal belacan tahan lama
garam
gula
Cara-cara:
Cili padi, cili merah di tumbuk lumat. Seterusnya masukkan belacan bakar,
garam dan gula secukup rasa.
Di gaul dan di tumbuk lumat sekali lagi. Seterusnya masukkan perahan asam
limau. Untuk tahan lebih lama masukkan cuka.
Sekiranya tiada asam limau boleh gantikan dengan air asam jawa.
Sambal Belacan Goreng |
- 2 - Sambal Belacan Goreng
Bahan-bahan:
10-15 biji cili padi ikut kesesuaian, jika mahu lebih pedas boleh tambah
2-3 inci belacan
2-3 biji bawang merah
1 biji tomato
Garam gula secukup rasa
Air asam jawa - jika suka
sedikit minyak untuk menggoreng
.
Cara:
.
Bawang dipotong atau belah 4 atau 6. Tomato dibelah 4 atau 6 juga.
Goreng semua bahan seperti cili padi, belacan, bawang merah dan tomato
kecuali garam dan gula.
Goreng sampai layu, tapi jangan sehingga garing. Setelah itu baru semua
bahan ditumbuk..memang lembut dan senang untuk menumbuk.
Akhir sekali baru masukkan garam gula secukup rasa. Jika nak lebih
berperisa, masukkan sedikit air asam jawa.
- 3 - Sambal Belacan Limau Kasturi
Bahan-bahan:
4 tangkai cili merah
9 tangkai cili padi
1 sudu besar belacan melaka - dibakar hingga wangi
Garam dan gula secukupnya
7 biji Limau Kasturi
Cara:
Masukkan kesemua bahan seperti cili merah, cili padi, belacan, garam dan gula
kecuali limau kasturi kedalam lesung.
Tumbuk sampai 90% lumat boar nampak cili berkepinngan sedikit. Perahkan
dengan jus limau kasturi kemudian hiris sedikit kulit limau kasturi
nipis-nipis dan gaul dengan sambal.
Kaut sambal dari lesung dan masukkan kedalam bekas yg sesuai. Hidangkan
bersama ulam-ulaman yang anda suka.
- 4 - Sambal Belacan Gesek
Bahan-bahan:
20 biji cili api
1 labu bawang besar ~ potong kecik supaya senang nak tumbuk
2 ulas bawang putih
1 cawan ikan bilis ~ basuh dan toskan
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
1/4 cawan minyak
Sepotong limau nipis - jika suka
Cara-cara:
Tumbuk cili padi, gula dan garam hingga lumat. Masukkan bawang besar dan
bawang putih, tumbuk hingga separuh hancur. Ketepi kan.
Tumbuk kasar ikan bilis. Panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga
separuh garing, masukkan cili padi dan bawang yang telah di tumbuk tadi.
Goreng dengan api yang perlahan sehingga sambal gesek menjadi garing. Nak
makan, perahkan sepotong limau nipis jika suka.
- 5 - Sambal Belacan Kedai Siam
- Sediakan bahan-bahan di bawah;
Segenggam cili padi merah + hijau
1/2 biji bawang merah (saiz besar)
1/4 keping kecil nisse / gula melaka
1 labu bawang putih jeruk
2 inci belacan
- Masukkan kesemua bahan tadi ke dalam pengisar.
Tambahkan :
2 sudu besar cuka
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu besar gula
secubit dua ajino
sedikit air masak ( jangan letak banyak. Nanti cair sangat)
* kuantiti garam gula mungkin perlu ditambah atau dikurangkan mengikut bahan
atau citarasa sendiri*
- Selepas itu, kisar semua bahan hingga lumat. Hidangkan. Perah sehiris dua
asam limau nipis.
Siap!
Rahsianya nak hasilkan rasa serupa seperti sambal belacan kedai Siam, bawang
dan belacan tak di bakar macam sebelum ini. Betul-betul sedap!
- 6 - Sambal Belacan Air Asam Lada Picit
Bahan-bahan:
Cili padi
Sedikit belacan yg telah dibakar
Sedikit Asam jawa
Gula
Garam
Sedikit Air masak
Cara:
Masukkan semua bahan seperti cili padi, belacan, asam jawa, garam dan gula ke
dala mangkuk. Tambahkan sedikit air masak.
Seterusnya picit dan pecahkn cili padi dan bahan-bahan ini dengan
hujung jari semasa nak memakannya. Jadilah sambal belacan air asam picit yang
ringkas.
Sambal Belacan Buah Kuinin |
- 7 - Sambal Belacan Buah Kuinin
Bahan:
Cili padi
Lada merah besar
Sedikit belacan yang sudah dibakar
Garam
Buah kuinin masak
Sedikit gula
Cara:
Tumbuk cili padi dan lada merah besar sehingga lumat. Seterusnya
campurkn belacan, garam dan gula,
Kemudian bila cili sudah hancur dan bahan-bahandi dalam lesung bergaul sebati,
masukkan buah kuinin masak yang telah di hiris kasar dan gaul serta tumbuk
perlahan-lahan hingga sebati.
Bolehlah di hidangkan. Selain buah kuinin, boleh juga gantikan dengan buah
mempelam, mangga, bacang dan seumpamanya.
- 8 - Sambal Belacan Air Asam
- Bakar semua bahan di bawah.
Guna pan/boleh bakar atas bara api.
4 ulas bawang putih
1 1/2 inci belacan
6 biji bawang merah saiz bola ping pong
- Sediakan lesung untuk menumbuk.
Kupas bawang bakar.
Sediakan beberapa tangkai cili padi
2 biji asam limau nipis saiz besar.
* kalau asam kecil guna 3 biji
-Tumbuk bahan bakar tadi bersama cili sehingga lumat.
- Perasakan dengan
3/4 sudu besar gula
3/4 sudu kecil garam
*segala kuantiti terpulang kepada citarasa masing-masing.
- Kemudian perahkan 2 biji asam limau nipis tanpa biji untuk dapatkan airnya.
- Tambahkan 1/2 cawan air kosong. Kacau sebati. Siap!
*Sesuai untuk dicicah bersama ikan bakar.
Sambal Belacan Air Asam Pekat |
- 9 - Sambal Belacan Air Asam Pekat
- Sediakan bahan-bahan berikut.
2 biji bawang merah
1 biji bawang besar Holland
1 biji tomato
3 ulas bawang putih
2 inci belacan
*Belah dua bahan di atas kecuali belacan. Bakar atas pan non stick.
- Selepas dibakar, sediakan bahan tambahan;
1 biji lemon dan sebiji limau nipis.
*Perah jusnya. Asingkan biji. Ambil sekali sari buah.
3 tangkai cili padi hijau
3 tangkai cili padi merah
3. Masukkan semua bahan tadi dalam pengisar.
Tambahkan sekali 1 1/2 gelas air asam jawa.
(Segenggam besar asam jawa + 1 1/2 gelas air)
*Ikut kepekatan yang diingini*
- Masukkan juga 1 sudu besar garam bukit dan 1/2 sudu besar gula perang.
Kemudian kisar selumatnya.
- Selepas dikisar, masukkan stok air asam ke dalam bekas kedap udara. Simpan
dalam peti.
- Cara hidangan untuk kesegaran berpanjangan.
*Ambil beberapa sudu besar stok air asam. Masukkan dalam mangkuk.Tambahkan
potongan bawang merah, tomato dan cili padi. Sedia dihidangkan.
*Untuk kelainan rasa air asam versi Thai, boleh juga masukkan hirisan daun
ketumbar dan bunga kantan.
Jika ingin tambahkan sekali hirisan lemon, perlu terus menikmati air asam. Tak
boleh biar lama. Sebab pahit kulit lemon akan merosakkan rasa air asam.
Mesti bertambah-tambah makan berpinggan-pinggan apabila mengadap juadah
hidangan berserta sekali sambal belacan terbaik yang tersenarai ini. Jadi, tak
sesuai untuk orang-orang yang sedang berdiet. Seeloknya skip hidangan sambal
belacan kepada mereka.. hahaha! (gurau jer)
Nak pelbagai resepi dan informasi di blog ini, klik
SINI
p/s; Aku sebenarnya alergik dengan belacan dan makanan laut tapi aku tak
kisah. Semenjak kebelakangan ini rasa macam dah tak ada alergik tu, Itu yang
menjamah tak hinggat tu... huhu!
# Kredit Group masakan Aneka Resepi & MAHN
Pelengkap hidangan
ReplyDeleteSambal belacan kuinin sedap tu
ReplyDeleteterliur pula ngk sambal belacan.. makan nasik menambah la kalau ada sambal belacan dgn ulam
ReplyDeleteMeriah hidangan kalau ada sambal sebagai pelengkap!
ReplyDeleteTengok gambar terus terliur. Dalam pipi pun rasa meremang sekarang ni hahahha. Ya Allah sedapnya sambal belacan. Tak ada kuah pun, ada sambal belacan dah cukup
ReplyDeleteAlamak sdpnyaa..save post ni..nnt sha nak refer klu buat smbal..smua sdp2
ReplyDeleteKesukaan saya makan nasi kena ada lauk pedas.. kalau ada sambal-sambal dalam list ni mmg dah cukup bagi saya. lama tak makan sambal buah kuini mana nak cari buah ni sedap tu../
ReplyDeleteSambal belacan memang favourite kalau tak ada sambal belacan tak sah. Rasa tak lengkap makanan bila makan
ReplyDelete